Hutang Langsai Hanya Dengan Selawat

Al kisah seorang lelaki yang sangat kaya raya sebelum ini ditimpa ujian berat yang akhirnya membuatkan beliau jatuh muflis dan dirundung kemiskinan.

Hampir setiap hari akan adanya manusia yang datang menemuinya untuk menuntut hutang yang tertangguh dan malangnya beliau tiada apa harta sekalipun untuk di berikan.

Demikian itu, lelaki ini dengan perasaan terpaksa berjumpa dengan seorang lelaki kaya dengan niat untuk meminjam wang sebanyak 500 Dinar demi membayar hutangnya serta berjanji untuk melangsaikan wang itu pada minggu berikutnya.

Sedihnya, taktala sampai waktu yang dijanjikan lelaki ini masih tetap tidak dapat melunaskan janjinya yang akhirnya orang kaya tersebut menyeret lelaki itu ke muka pengadilan.

Keputusan telah dibuat oleh hakim yang melaksanakan hukuman dengan memutuskan bahawa lelaki itu akan dipenjarakan. Pilu rasa hati yang tidak tertahan menanggung sebak. Beliau akur dengan keputusan tersebut dan redha akan ujian ini.

Tetapi sebelum itu, lelaki tersebut memohon jasa baik hakim tersebut agar memberikan tempoh satu hari kepadanya untuk beliau pulang ke pangkuan keluarga terlebih dahulu untuk bertemu isteri tercinta dan berjanji akan datang kembali pada keesokan harinya untuk meneruskan hukuman yang telah diperintahkan.

Hakim bertanya kepadanya;

Apakah jaminan bahawa lelaki itu akan kembali keesokan harinya? 

Maha Suci Allah, lelaki miskin itu menjawap;

Rasullullah SAW adalah jaminan nya. Jika benar dia memungkiri janji maka bersaksilah bahawa dia bukan lagi di kalangan umat Baginda Rasullullah SAW !!

Sang Hakim terpana mendengar pengakuan dari lelaki miskin itu dan dengan hati yang berat Hakim tadi melepaskan lelaki itu dan mengingatkan nya kembali pada keesokan harinya.

Sampai sahaja di rumah, isteri lelaki miskin itu bertanya adakah suami yang dikasihi itu telah dibebaskan?

Tidak isteriku. Aku hanya dibenarkan untuk pulang sehari bertemu mu atas jaminan nama Baginda Rasullulah SAW.

Subhanallah, isteri lelaki miskin itu redha akan ketentuan Allah malah mengajak suaminya menghabiskan semalaman mereka dengan berselawat kepada Rasullullah SAW sehinggalah mereka tertidur.

Atas keizinan Allah SWT, malam itu lelaki miskin ini bertemu Rasullullah dan baginda memerintahkan kepadanya agar bertemu dengan seorang alim di suatu tempat dan minta kepada orang alim tersebut untuk melunaskan hutangnya.

Si miskin tadi bertanya, bagaimana mungkin seorang yang tidak sama sekali mengenalnya mahu melunaskan hutangnya lebih-lebih lagi dengan kadar yang sangat besar ?

Rasullulah SAW menitipkan 2 benda kepada si miskin itu agar disampaikan kepada lelaki alim itu nanti iaitu;

  1. Sampai salam baginda Rasullullah kepada orang alim itu
  2. Katakan padanya setiap malam dia berselawat kepadaku sebanyak 1000 kali dan tidak sesekali beliau meninggalkan tabiatnya yang murni itu. Tetapi, semalam orang alim ini terlupa akan bilangan selawatnya kepadaku seperti malam-malam sebelumnya

Setelah terjaga dari tidur, lelaki miskin tadi bergegas mencari orang alim tersebut atas panduan dari Baginda Rasullullah SAW dan Alhamdulillah beliau berjaya menemuinya.

Tidak dinafikan bahawa keraguan yang menebal lahir dalam diri orang alim ini apabila lelaki miskin itu meminta agar hutangnya dilangsaikan oleh orang alim itu namun, setelah mendengar kisah lelaki miskin tadi akan mimpinya bertemu Rasullulah SAW, membuatkan lelaki ini menangis teresak-esak.

Kerana betapa terharunya diri apabila bacaan selawat yang ikhlas selama ini sampai kepada Baginda Muhammad SAW malah mengutuskan salam dari insan yang sangat dicintainya.

Sesungguhnya jika bermimpi bertemu Rasulullah SAW adalah sebenar benar kejadian

Allah SWT, memberikan kemampuan kepada syaitan dan jin untuk menyamar dengan bentuk-bentuk yang baik atau buruk. Allah juga memberikan kemampuan kepada mereka untuk menjelma ke dalam mimpi manusia, dengan bentuk mimpi yang mereka inginkan dan dengan wujud yang mereka inginkan.

Syaitan dan jin dapat menyamar dengan rupa manusia. Mereka dapat mengetahui isi hati manusia. Bahkan, mereka dapat mengetahui hal-hal yang tidak diketahui oleh manusia sendiri.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya syaitan berjalan di dalam diri anak Adam melalui aliran darah,” (HR. Bukhari, Muslim)

Namun begitu, Allah SWT menghalangi jin untuk menyerupai Nabi SAW di dalam mimpi manusia. Allah tidak memberikan kemungkinan kepada syaitan maupun jin untuk menyerupai wujud Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang melihatku (di dalam mimpi) maka apa yang ia lihat adalah benar kerana syaitan tidak dapat menyerupai diriku.” (HR. Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang melihatku di dalam mimpi, ia benar-benar melihatku kerana syaitan tidak dapat menjelma menjadi wujudku,” (HR. Bukhari)

Berbalik kepada kisah tadi, orang alim tersebut kemudiannya menyerahkan wang 500 Dinar untuk melunaskan hutangnya si lelaki miskin ini tadi. Bahkan dia menghadiahkan pula 2500 dinar lagi sebagai saguhati kepada lelaki tu.

Maka dengan itu bersegeralah lelaki miskin ini tadi pergi menghadap sang hakim. Sebaik sahaja melihat lelaki miskin ini tadi datang kepadanya, sang hakim tidak semena mena memeluk lelaki miskin tu. Sambil menangis teresak esak.

Terima kasih kerana kamu Rasulullah SAW datang ke dalam mimpiku. Hutangmu itu aku lunaskan sebab Rasulullah berjanji kepadaku andai aku lunaskan hutangmu maka Rasulullah SAW sendiri akan menjamin aku di akhirat kelak. Aku lebih memilih jaminan Rasulullah SAW tentunya dari Dinar yang tidak akan ku bawa ke dalam kubur pun.

Ketika itu juga orang kaya yang meminjamkan wang 500 Dinar kepada lelaki miskin itu tiba dan mendengar perbualan mereka.

Belum selesai perbicaraan mereka, saudagar kaya tadi menangis dan juga memeluk lelaki miskin tadi sambil berkata; aku ikhlaskan hutang 500 Dinar yang kamu pinjamkan itu dan tidak perlu kamu membayarnya kerana Baginda Rasulullah datang dalam mimpi ku semalam dan menjanjikan redhanya ke atasku dunia dan akhirat sekiranya aku ikhlas merelakan hutang itu ke atasmu.

Maha Suci Allah atas setiap kurniaannya. Hanya dengan selawat yang ikhlas kepada Baginda Muhammad yang dikasihi hutang si miskin ini tadi lunas bahkan mendapat hadiah berganda atas izin Allah.

WhatsApp Image 2017-09-14 at 7.02.23 AM

Kisah ini cukup memberikan inspirasi. Percaya dan yakinlah Rasulullah mendengar dan menerima selawat kita ke atas baginda. Walau dalam keadaan apa pun kita berselawat kepada nya.

Bersama-samalah kita hidupkan kembali kerinduan dan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Semoga di Padang Mahsyar nanti kita akan bertemu dengan baginda Rasulullah. In Shaa Allah.

Adakah kita sayangkan Rasulullah sepertimana sayangnya Rasulullah kepada kita?

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s