Si Arab Badwi

Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata:

“Telah datang seorang Arab Badwi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya.

Wahai Rasulullah … !
Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku didunia dan akhirat.”
Rasulullah berkata kepadanya;
“Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”

Arab Badwi itu berkata;
Aku mahu menjadi orang alim
Baginda menjawab;
“Takutlah kepada Allah SWT”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang paling kaya”
Rasulullah menjawab;
“Jadilah orang yang yakin pada diri.”

Bertanya lagi Arab Badwi itu;
“Aku mahu menjadi orang yang adil”
Lalu dijawab oleh Rasulullah;
“Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”

Dia bertanya;
“Aku mahu menjadi orang paling baik”
Baginda menjawab;
“Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.”

Dia bertanya lagi;
“Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah”
Dan dijawab oleh Rasulullah;
“Banyakkan zikrullah.”

Arab Badwi itu bertanya:
“Aku mahu sempurnakan imanku”
Baginda menjawab;
“Perelokkan akhlakmu.”

Dia bertanya lagi;
“Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik)“
Baginda menjawab;
Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”

unta-padang-pasir

Arab Badwi bertanya lagi;
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat”
Lalu dijawab Baginda;
“Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.”

Dia bertanya lagi;
“ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa”
Rasulullah menjawab;
“Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”

Dia terus bertanya;
“Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya”
Baginda menjawab;
“Jangan menzalimi seseorang.”

Dia bertanya lagi;
“Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat”
Baginda berkata;
“Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”

Dia bertanya;
Aku mahu dihapuskan segala dosaku”
Baginda menjawab;
“Banyakkan beristighfar.”

Dia berkata;
“Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia”
Lalu Baginda menjawab;
“Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”

Dia bertanya;
“Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia”
Baginda menjawab;
“ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.”

Dia bertanya lagi;
“Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah”
Baginda menjawab;
“Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”

Dia bertanya;
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya”
Baginda menjawab;
“Cintailah segala yang disukai Allah dan Rasul-Nya.”

Dia bertanya;
“ Aku mahu diselamatkan daripada kemurkaan Allah pada hari kiamat”
Baginda menjawab;
“Jangan marah kepada orang lain.”

Dia bertanya lagi kepada Rasulullah;
“Aku mahu diterima segala permohonanku”
Baginda menjawab;
“Jauhilah makanan haram.”

Dia bertanya;
“ Aku mahu Allah menutupkan segala keaibanku pada hari kiamat”
Baginda pun menjawab;
“Tutuplah keburukan orang lain.”

Dia bertanya;
“Siapa yang terselamat daripada dosa?”
Rasulullah menjawab;
“Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, meraka yang tunduk pada kehendak-Nya dan mereka yang ditimpa kesakitan.”

Dia terus bertanya;
“Apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah?”
Baginda menjawab;
“Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).”

Dia bertanya lagi;
“ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?”
Baginda menjawab;
“Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”

Dia bertanya;
“Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?”
Baginda menjawab;
“Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”

Dia bertanya lagi;
“Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?”
Baginda menjawab;
“Sabar didunia dengan bala dan musibah.”

Dan telah berkata Imam Mustaghfirin; “Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s