Ramai orang tidak suka menyimpan emas berbanding wang tunai walaupun emas adalah kekayaan sebenar. Sebenarnya emas sentiasa mendapat permintaan dan ianya berlaku dalam pelbagai cara antaranya;
- Emas tidak mempunyai tarikh luput. Apabila sampai masanya, emas menjadi penyelamat di kala kesusahan. Malah, ianya bernilai buat sepanjang zaman
- Emas yang patah, sumbing, hancur, lebur dah sebagainya tetap laku selagi boleh ditimbang, berbeza dengan Wang kertas
- Jika emas 100gram dipotong dua, ia akan jadi 50gram pada setiap potongan. Dan jika wang RM100 dikoyak dua, bolehkah ianya menjadi RM50 setiap satu.?
- Emas laku di serata ceruk dunia. Bawalah emas ke mana sahaja kerana ia diiktiraf sebagai wang antarabangsa
- Emas juga terkesan di negara yang bergolak politik dan ekonominya, ia akan naik harga. Maknanya dengan emas kekayaan pemiliknya akan meningkat walaupun negara tidak stabil. Dengan keadaan ini, emas bertindak sebagai insuran kekayaan kepada pemiliknya
- Emas memegang nilai. Ia memberi lebih kuasa beli sejak dahulu lagi. Simpan emas untuk tetap berkuasa membeli pada bila-bila masa. Sejarah telah membuktikannya sejak ribuan tahun dahulu antaranya kisah pembelian unta dengan harga 1Dinar pada zaman Baginda Rasullulah SAW tetap juga kita mampu membelinya pada nilai yang sama di waktu sekarang
Emas mempunyai pelbagai fungsi dan ianya bergantung kepada niat mahupun matlamat yang ingin kita capai. Jika kita melihat emas daripada fungsi yang pelbagai ini, maka kita akan menjadi seorang pembeli Emas yang tenang. Kita tahu apa yang kita perlu lakukan apabila harga naik, stabil mahupun turun.
Namun, tidak ada upayanya sekiranya diri masih terus dijajah oleh pemikiran bahawa wang fiat itu adalah segala-galanya.
Bertindaklah segera sebelum ngauman Sang Emas tidak mampu kalian takluki tatkala harganya melambung tinggi di suatu saat nanti !