Berapa Banyak Emas Yang Perlu di Simpan ?

whatsapp-image-2017-09-12-at-2-02-01-pm.jpeg

Emas lebih sesuai dijadikan simpanan yang mampu mengikat kekayaan para pemiliknya. Menyimpan emas tidak merubahkan anda menjadi seorang hartawan namun setidaknya kemiskinan dapat anda hindari tatkala di landa musibah mendatang.

Wang kertas diciptakan untuk berbelanja manakala emas anugerah Allah yang terhebat ini lebih kearah simpanan. Kerana itu emas sering dikaitkan sebagai magnet kekayaan yang sebenar.

Pelbagai persepsi dan idea dilontarkan oleh pelbagai tokoh kewangan dan pelaburan dunia akan hakikat berapa nilai yang perlu dilaburkan untuk memiliki aset mampu milik ini. Pada saya, ianya tergantung kepada para penyimpan emas itu sendiri bergantung kepada keinginan dan target tertentu.

Saya senaraikan beberapa langkah yang dilaksanakan oleh insan-insan hebat di bawah ini mengenai berapa banyak wang yang perlu ada laburkan untuk memiliki logam mulia;

Mike Maloney —Penulis buku “Guide to Investing in Gold & Silver” mencadangkan agar 50% daripada kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk Emas dan Perak

Robert Kiyosaki — Penulis buku “Rich Dad,Poor Dad” menyimpan 25% aset beliau dalam bentuk Emas dan Perak

Tuan Azizi Ali — Pakar Kewangan dan penulis buku “Masa untuk Emas” mencadangkan agar 5% ~ 10% jumlah kekayaan perlu disimpan dalam bentuk Emas pada setiap masa

Tuan Mohd Zulkifli Shafie — Penulis buku “Zero Hutang” menyarankan agar kita menyediakan simpanan tunai sebanyak 3 bulan pendapatan terlebih dahulu selebihnya pula disimpan dalam bentuk Emas

Puan Azizah Hassan (Mama) — Merupakan Official Speaker Public Gold dan juga Direct Mentor Emas saya sehingga kini menyarankan kepada saya bahawa, jika adanya Wang lebihan di tangan, wajib segera diselamatkan. Kata mutiaranya yang masih saya pegang sehingga kini adalah;

  • Hanya beli, simpan dan lupakan
  • Fast Action = Fast Result !!

Apakah Kaedah Yang Saya Sendiri Laksanakan Setiap Bulan ?

Mungkin agak keterlaluan saya katakan bahawa saya memaksa diri saya dengan menggunakan konsep 70-30 yang mana 70% digunakan khas buat perbelanjaan bulanan dan 30% selebihnya saya gunakan untuk;

10%  —  Wang Kecemasan yang mudah untuk saya keluarkan pada bila2 masa dan ianya mampu memberikan pulangan terbaik
10% — Simpanan dalam bentuk Amanah Saham yang mampu memberikan jaminan hasil pulangan yang terbaik
10% — Mengubahkannya kepada Emas dan Perak

Untuk 20% yang pertama saya sediakan target had maxima simpanan yang mana selebihnya secara automatik di ubah ke dalam bentuk Emas dan Perak

Waktu terbaik membeli emas adalah ketika adanya wang lebihan di tangan. Jangan sesekali melihat pada harga emas tersebut. Hanya fokus kepada gram yang akan anda beli nanti

Tidak dinafikan bahawa emas sangat bernilai buat sepanjang zaman, bertindak sebagai insuran kekayaan juga sebagai penyimpan nilai yang terbaik.

Biarpun kemampuan mengubah wang simpanan hanya sekadar 1gram per bulan namun ianya tetap merupakan tindakan terbaik. Ketahuilah bahawa Insan yang bergaji besar sekalipun belum tentu mempunyai Emas Fizikal hatta seberat 0.5gram di genggaman !

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s