Nuqud dan Fulus – Apa Bezanya?

WhatsApp Image 2017-09-12 at 2.02.01 PM(1)

Kita selalu dengar perkataan fulus, yang menggambarkan duit. Kita juga mungkin ada yang pernah mendengar perkataan Nuqud, pun bermaksud duit. Tetapi apakah perbezaannya?

1. Semasa zaman awal Syariah Islam, mata wang utama yang mendominasi pasaran ialah terdiri daripada Emas dan Perak. Wang yang dibuat daripada emas dan perak ini dinamakan Nuqud dalam bahasa Arab. Semua emas dan perak boleh dijadikan wang sama ada yang dibentuk (dan sudah ditentukan beratnya) atau pun yang tidak dibentuk (butiran atau scrap) . Untuk mengukur nilai wang dengan lebih tepat, mereka menggunakan timbangan, timbangan dinar untuk emas dan dirham untuk perak. Dinar dan dirham adalah ukuran berat bagi emas dan perak, seterusnya menentukan nilainya. Dalam fiqh Islam juga, emas dan perak dikenali sebagai Nuqud Khalqiyyah.

2. Oleh kerana emas dan perak nilainya tinggi, dan adakalanya sukar diperoleh, bahkan adalah sukar untuk membayar jumlah yang kecil (contohnya beli garam), maka masyarakat ketika itu menggunakan logam lain selain emas dan perak, contohnya biji gangsa, timah, dan lain-lain logam dan ini dikenali dalam kitab Fiqh sebagai fulus. Nilai fulus dikira 1/6 Dirham. Fulus pada asasnya ialah wang sokongan sahaja dan bukanlah wang utama. Fulus dikenali juga sebagai Nuqud istilahiyah, bukan khalqiyah.

3. Para sarjana fekah berbeza pendapat tentang fungsi fulus. Ini kerana sifatnya tidak tetap, adakalanya sebagai wang dan ada kalanya sebagai logam sokongan sahaja, bergantung kepada kebiasaan masyarakat. Bahkan penulis Islam berkenaan wang, al-Maqrizi langsung tidak mengiktiraf fulus sebagai mata wang.

4. Dalam mazhab Syafi’i terutamanya, fulus tidak berfungsi sebagai mata wang tetapi sekadar sokongan kepada mata wang. Atas sebab itu, dalam mazhab Syafi’i, fulus tidak dikenakan zakat walaupun banyak. Fulus juga tidak sah untuk dijadikan modal kontrak perkongsian (musyarakah). Fulus juga boleh dijadikan produk dalam kontrak al-salam (bayar dahulu dapat kemudian) sedangkan Nuqud tidak boleh. Fulus juga tidak tertakluk kepada hukum-hukum riba. Jelas, dalam mazhab Syafi’i fulus bukanlah mata wang, tetapi sekadar logam sokongan sahaja. Sedangkan dalam mazhab Syafi’i, nuqud dikenakan zakat, boleh dijadikan sebagai modal perkongsian, dan tertakluk kepada hukum riba.

5. Berbeza dengan mazhab Maliki dan Hanbali yang jelas menganggap Nuqud dan Fulus berfungsi sebagai mata wang, walaupun fulus cuma sokongan. Atas sebab itu, fulus tertakluk kepada hukum riba, boleh dijadikan modal kontrak perkongsian, dan tetap dikenakan zakat jika ia sudah menjadi mata wang, dengan mengukur nisab menggunakan nilai dirham.

6. Adakah wang kertas sekarang boleh disamakan dengan fulus? Jawapannya ada pada ciri-ciri wang kertas sekarang itu sendiri. Wang kertas sekarang berfungsi penuh sebagai mata wang utama, justeru ia hanya disamakan (qiyas) hukumnya dengan emas dan perak sahaja. Ia tidak sama dengan fulus yang cirinya tidak konsisten antara wang dan logam biasa.

Semoga perkongsian Ilmu ini dapat memberikan manfaat buat kita bersama. In Shaa Allah

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s