Kintsugi – Kesenian Jepun Yang Menakjubkan

 

 

WhatsApp Image 2017-09-11 at 1.51.15 PM

Sejak abad ke-15 Kintsugi juga dikenali sebagai Kintsukuroi merupakan salah satu seni pembaikian hebat berasal dari Negara Matahari Terbit (Jepun) yang mana ianya menggunakan resin yang dicampurkan samada Emas, Perak ataupun Platinum sebagai tampalan kepada sesuatu produk seramik/tembikar yang telah pecah.

Kintsugi seolah ingin memasukkan unsur memori suka duka dan sejarah dari sesuatu benda tersebut. Keunikan kesenian ini di dorong oleh semangat Wabi Sabi iaitu penemuan sesuatu yang indah dalam bentuk yang tidak sempurna.

Menurut kisah asalnya, cangkir kesayangan seorang Shogun pecah dan beliau kemudian mengembalikannya ke tempat dimana ia membelinya untuk diperbaiki. Kerana kecewa dengan hasilnya, Shogun tersebut pun meminta masyarakat setempat untuk memperbaiki cangkir tersebut tanpa mengurangi keindahannya.

Dan dari situlah seni Kintsugi dilahirkan.

Hidup kita juga boleh diibaratkan seperti sebuah cangkir. Sekiranya terjadi sesuatu yang mampu membuatkan kita kecundang, jangan sesekali menyerah.

Perbaiki diri, lakukan perubahan dan berusahalah menjadi seorang yang terhebat setelah ‘Kepingan Emas’ ditampal dengan penuh keazaman.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s