Emas adalah logam berharga, dikenali dan laku seluruh dunia. Pada zaman dahulu pemakaian barang perhiasan emas adalah suatu kemestian bagi wanita sebagai simbol kecantikan serta kekayaan kerana nilainya yang berharga dan boleh diwarisi. Kini pemakaian barang perhiasan emas yang berlebihan tidak sesuai kerana faktor keselaamatan disebabkan kadar jenayah yang tinggi.
Emas kini digunakan sebagai pelaburan, pelindung harta dan pengelak kebocoran wang. Sifat emas yang unik seperti sentiasa berharga, dikenali dan laku seluruh dunia, kalis inflasi, tidak dapat dibinasa walau terbakar atau bencana alam menjadikan emas adalah penyimpan nilai kekayaan yang unggul.
Melalui ruangan kali ini, saya kongsikan antara fakta mengenai emas agar bersama menghayati kelebihan dari pelbagai sudut antaranya;
- Menyimpan EMAS dan PERAK adalah Sunnah Nabi sejak 1400 tahun dahulu malah pada dasarnya ia adalah matawang
- Nilai 1 DINAR hari ni masih sama nilai 1 DINAR zaman Rasulullah S.A.W
- Pelaburan terbaik kerana harganya semakin naik
- Penyimpan nilai terbaik dan kalis inflasi dimana emas juga disimpan oleh bank-bank pusat di kebanyakan negara bagi memelihara nilai matawang
- Mudah dicairkan / dijual apabila memerlukan wang dengan kadar segera
- Jual beli yang mudah dan tidak perlu pihak ketiga
- Halal dengan akad jual beli mengikut Islam
- Habuk emas lebih bernilai dari habuk kayu
- Aset yang boleh diwarisi tanpa perlu dokumen, prosedur mahkamah dan campurtangan pihak ketiga
- Sifat semulajadi manusia menyukai emas
- Logam yang berharga, menarik dan cantik untuk perhiasan dan pelaburan
- Senang dibawa ke mana-mana dengan pelbagai variasi saiz yang sesuai
- Boleh diniagakan tanpa campurtangan pihak ketiga
- Sebagai salah satu cara menyimpan wang dari membazir membeli barangan yang kurang berfaedah
- Permintaan yang semakin tinggi kerana banyak negara menyimpan emas untuk mengelak kekangan matawang dollar
- Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas bagi orang Islam. Mengeluarkan zakat adalah tanda bersyukur dan Allah akan menambah rezeki orang bersyukur akan nikmatNya. Secara tidak langsung anda menunaikan Rukun Islam yang ke – 4
- Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga menyimpan emas untuk diniagakan
- Membeli emas di dalam negeri membantu aliran matawang di dalam negeri berbanding membeli barangan import
- Membeli emas bagi wanita bukan sahaja untuk dipakai tetapi juga membantu keluarga apabila keadaan memerlukan
- Emas sebagai aset simpanan sebagai persediaan menghadapi keadaan ekonomi, politik yang tidak stabil
- Emas boleh dijadikan hadiah untuk sahabat dan orang tersayang, Boleh dijadikan hantaran kepada mereka yang mendirikan rumahtangga.
- Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun di istiharkan bankrupt
- Kejatuhan nilai dollar (USD) yang mungkin menyebabkan inflasi yang besar
- Menggantikan nilai matawang kertas (wang fiat) yang semakin susut nilainya ditelan masa sedangkan emas kalis inflasi.
- Boleh dipajak di ArRahnu dengan kadar upah simpan yang rendah pada bila-bila masa apabila memerlukan pinjaman wang dari bank
- Kegagalan wang kertas yang terjadi di Zimbabwe adalah kerana mencetak wang melebihi rizab / simpanan emas Negara. Buktinya 100 billion Zimbabwe hanya mampu beli 3 biji telur (Hyper Inflation)
- Emas tidak dicipta dan dikawal oleh kerajaan sedangkan wang fiat dicipta / dicetak dan dikawal oleh kerajaan
- Pelarian Vietnam bertindak bijak dengan menukarkan harta kekayaan mereka kepada emas dan melarikan diri ke Malaysia ketika Negara mereka sedang bergolak dgn peperangan “PERANG VIETNAM 1955 ~ 1975”
- Dikatakan kerajaan China menasihatkan rakyatnya menyimpan 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas. Tahap kesedaran rakyat china terhadap penyimpanan emas begitu tinggi.
- Public Gold adalah sebuah syarikat yang menjual dan membeli Emas pelaburan terbesar di Malaysia dengan menawarkan harga terendah di pasaran dan susut nilai yang sangat sedikit
Penyimpanan emas pada masa kini akan mendapat keuntungan berganda apabila harga emas dunia meningkat kerana harga yang tinggi berganda dengan kejatuhan nilai mata wang malaysia.
Bertindak segera memiliki emas dengan membeli emas sebagai pelindung harta, insuran dan mengelak kebocoran wang.