Apakah itu LBMA ??

Bakal penyimpan Emas atau yang sedia ada seharusnya tahu mengenai produk Emas yang mempunyai status antarabangsa LBMA juga kepentingannya terhadap dunia Emas semasa.

LBMA adalah ringkasan dari ‘London Bullion Market Association’ merupakan satu badan induk yang berpusat di London yang mana ianys mengawal dan menentukan pasaran Emas dan Perak di seluruh dunia.

Pengawalan oleh badan ini termasuk:
✔ Harga pasaran semasa dunia
✔ Tahap ketulenan
✔ Kualiti mengikut spesifikasi
✔ Standard berkaitan

LBMA ini ditubuhkan pada tahun 1987 oleh ‘Bank of England’ dengan keahlian sehingga kini sekitar 145 syarikat seluruh dunia dari pelbagai sektor antaranya pelombong, bank, pelabur, pelebur, pembekal dan pengilang.

Bukan semua Syarikat Pengeluar Emas di akreditasikan / dianugerahkan status LBMA ini Teman2 …. Hanya Syarikat besar, kukuh dan hebat sahaja terpilih dan memenuhi kriteria sahaja dapat bernaung di bawah LBMA seperti antaranya Pamp Suisse, Perthmint, Argor, Valcambi, Degussa, Ettihad, Nadir dan bermacam2 lagi.

Bagaimana pula dengan Public Gold ??

Kita sedia maklum di malaysia juga terdapat pelbagai syarikat pengeluar emas antaranya Amethyst, GCP, GSR, Hanagold, GGV, Harimau Mint, Ghaq dan selainnya termasuklah Public Gold.

Dan saya sangat2 ‘BANGGA’ kerana hanya Public Gold satu2nya syarikat Emas Malaysia yang mendapat pengiktirafan LBMA melalui usaha sama atau MoU dengan ahli LBMA yang berpusat di Turkey iaitu Nadir Metal Refinery ( NMR ).

Sebagai penambah pengetahuan, NMR adalah pembekal utama Emas mentah dan Public Gold hanyalah pengeluar / pengedar yang menggunakan platform kilang yang menggunakan jenamanya sendiri tetapi material dan kualiti adalah sepenuhnya mengikut spesifikasi LBMA oleh NMR ini.

Persoalannya, kenapa perlunya pengiktirafan LBMA ??

✔ Tidak dikenakan GST sama sekali kerana ianya tidak dibuat di Malaysia dan pada yang sama ia adalah Emas Au 999.9 / Perak Ag 999 yang bertujuan untuk simpanan dan pelaburan
✔ Diiktiraf di peringkat antarabangsa yang mana urusan penjualan yang tidak merumitkan malah diterima pada harga yang tinggi walaupun di luar negara
✔ Ianya cantik dan Elegan juga sangat mudah untuk diuruskan

Sebaik mana sekalipun produk dengan pengiktirafan LBMA pasti akan adanya kekurangannya seperti:

✔ Seal Pakaging yang bersifat kekal. Sekiranya terbuka, susut nilai boleh menjangkau sehingga 15% kerana ianya secara automatic dianggap sebagai used gold.
✔ Emas ini diterima di kebanyakan ArRahnu di Malaysia tetapi mereka mensyaratkan perlu di buka seal terlebih dahulu untuk pengujian Emas. Bagi tujuan pajakan ArRahnu ini, saya sangat2 menggalakkan anda berurusan dengan ArRahnu Pos Malaysia bagi sebarang urusan melibatkan produk Public Gold kerana pihak kami dan Pos Malaysia telahpun mempunyai persefahaman dalam soal ini
✔ Spread sedikit tinggi tetapi tidak keterlaluan
✔ Gold Premium juga sedikit tinggi dan tidak membebankan pembeli

Maka dengan itu, adakah anda yakin dengan produk Emas di dalam simpanan / genggaman anda kini mempunyai spesifikasi yang diharapkan ?? Yakinkah anda dengan ketulenan juga berat yang dicatatkan ??

Bagi pelabur baru, buatlah ‘Research’ terlebih dahulu sebelum wang bertukar tangan agar Teman2 tidak tersalah langkah yang boleh mengakibatkan kerugian. In Shaa Allah

Untuk maklumat lanjut mengenai LBMA ini, sila layari: http://www.lbma.org.uk/

 

One thought on “Apakah itu LBMA ??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s