Keuntungan Menjadi Dealer Public Gold

Ramai yang bertanya kepada saya apakah keuntungan menjadi seorang Dealer Public Gold?

Bagi saya, jika anda mempunyai budget yang besar untuk membeli emas, sebaik mungkin bertanyakan kepada Dealer / Introducer kepercayaan anda untuk mendapatkan maklumat akan keistimewaan dari Public Gold ini dan rebut peluang secepatnya.

Ini adalah kerana, sebagai seorang yang berstatus Dealer, anda mampu menjana keuntungan dalam setiap urusniaga emas samada harga emas semasanya di dalam trend menaik atau menurun. Baik membeli mahupun menjual semula emas tersebut, anda tetap mendapat keuntungan darinya asalkan anda tahu posisi anda dan manfaatkan kelebihan itu.

Menjadi Dealer di Public Gold bukan bermaksud anda WAJIB menjual setiap produk dan menjadi komitmen bulanan yang mana pembelian dibuat setiap bulan. Anda boleh mendapatan status ini untuk kegunaan diri sendiri!

Saya bermula sebagai penyimpan emas yang tidak berstatus dealer pada awalnya sekitar tahun 2012 yang lalu. Ketika itu belum lagi saya melihat akan keupayaan ‘Sang Emas‘. Pembelian emas hanyalah sekadar syarat menunjukkan saya ini menyimpan emas. Sehinggalah pada tahun 2015 terdetik hati saya untuk terus menggali lagi ilmu berkaitan logam mulia. Pada waktu yang sama, amat menggemparkan saya bahawa selama ini saya membeli emas dengan nilai yang jauh lebih tinggi dari sepatutnya berbanding produk di Public Gold International.

Oleh kerana itu, atas sebab harga jualannya yang sedia rendah dan saya turut mampu mendapatkan harga belian yang lebih rendah lagi, maka saya dengan hati yang ikhlas menaikkan taraf kepada Normal Dealer. Ketika itu, syarat untuk menjadi seorang Normal Dealer, wajib membeli emas dengan nilai 100gram melalui akaun ‘Gold Accumulation Program‘ (singkatan GAP) di dalam satu resit pembelian.

Status yang membawa keuntungan ini hanyalah untuk kegunaan peribadi pada awalnya sehinggalah saya melihat terlalu ramai masyarakat kita di luar sana yang tidak mengerti akan kepentingan memiliki emas. Tidak terkecuali mereka yang berhabisan ratusan ribu ringgit di tipu Skim Emas yang mengarut sehinggakan ada yang menanggung hutang bank sehingga kini malah tidak terkecuali ada yang menjadi muflis!

Ingin sekali saya kongsikan 2 sebab utama kenapa ramai Insan yang menghadapi masalah kewangan sewaktu membuat pelaburan iaitu:

  • Sifat TAMAK yang inginkan keuntungan 100% atau lebih daripada apa yang ingin dilaburkan.
  • KEJAHILAN diri sendiri yang mempercayai sepenuhnya kata-kata orang yang menjanjikan keuntungan 100% atau lebih di atas apa yang dilaburkan oleh bakal Pelabur.

Mengikut kajian kes, kebanyakkan mangsa tidak mempunyai ilmu berkaitan sesuatu pelaburan ditambahkan lagi dengan sifat malas dan hanya memikirkan keuntungan segera. Maka hasilnya, mereka ini mula melabur kepada skim cepat kaya.

Benar, ilmu mengenai emas ini tidak sesekali akan kita jumpa di pengajian persekolahan walaupun kaki menjejak ke universiti sekalipun. Apa yang di war-warkan kepada kita selama ini, semakin banyak wang di dalam bank maka kita semakin kaya walhal membuatkan kita merana kerana tangan gatal untuk terus menggunakannya setelah melihat angka yang besar di depan mata malah turut terkesan dengan inflasi yang mencengkam tanpa kita sedari.

Sejak itu, saya turut mendidik generasi saya untuk menyimpan emas sebaik mungkin. Semakin kita menyimpan emas maka semakin kita menjadi kaya. Bukan hanya di dunia tetapi turut sama di akhirat!

Mengapa saya katakan penyimpan emas yang bertuah turut menjadi kaya di akhirat?

Ya, penghasilan itu datang dari pembayaran ‘Zakat Emas‘ yang telah dibuat dan ianya ikhlas kerana Allah Yang Maha Pemberi tatkala cukup haul dan nisabnya. InsyaAllah

Alhamdulillah, tidak menunggu lama setelah itu saya merebut peluang menaiki 1 lagi tahap menjadi Priority Dealer setelah saya berjaya merekrut 6 orang Normal Dealer di bawah saya dan status ini masih kekal sehingga kini. Perjalanan saya masih jauh untuk mendaki ke tangga seterusnya. Mohon doakan saya agar menjadi salah seorang Master Dealer Public Gold secepatnya atas izin Allah. Allahumma Ameen

Berbalik kepada keuntungan menjadi Dealer Public Gold, di bawah ini saya senaraikan kelebihannya agar anda faham dan mendapat panduan sebaik yang mungkin;

#1 – Rebat Belian Emas Sendiri

  • Untuk menjadi seorang Dealer, anda perlu bertanya kepada Dealer atau Branch PG terdekat dengan anda berkenaan promosi ‘Dealer Recruitment Drive’ bagi bulan tersebut. Promosi ini berubah mengikut bulan dan event PG yang berlangsung pada bulan dan amount tertentu di dalam satu resit pembelian. Rebat / intensive akan di bayar kepada anda bermula dari bulan KEDUA dan seterusnya mengikut status Dealer anda.
  • Di Public Gold ada 3 jenis Dealer iaitu Normal, Priority dan Master. Dari segi rebat pula bermula dari 1%, 1.5% dan 2%.
  • Pengiraan mudah, jika anda membuat belian seterusnya berjumlah RM10,000, maka anda akan menerima rebat sebanyak rebat RM100 (jika Normal Dealer).
  • Insentif / komisyen berjumlah di bawah RM100 akan dimasukkan ke dalam ‘eWallet PG Mall‘ manakala di atas nilai RM100, pihak pengurusan PG akan ‘Bank In’ ke dalam akaun bank yang telah anda daftarkan sebelum ini
  • Bayangkan, harga emas Public Gold murah sekitar RM15 – RM20 segram berbanding kedai emas, anda jimat lagi rebat 1%. Sangat menguntungkan bukan?

#2 – Rebat Jual Balik Emas Sendiri

  • Jika anda menjual kembali emas anda kepada Public Gold, maka anda akan dibayar rebat 0.3% atas setiap harga jualan tersebut.
  • Pengiraan mudah, jika and menjual semula emas anda dalam nilai keseluruhan RM10,000, maka anda akan dapat RM30.
  • Walaupun rebetnya kelihatan rendah, secara jujurnya ia sangat membantu terutamanya transaksi emas dengan kuantiti yang sangat besar

#3 – Komisyen Introduce Pembeli

  • Setiap pelanggan yang membeli emas atas recommendation dari anda, Public Gold akan membayar komisyen 1%, 1.5% dan 2.0% mengikut level komisyen masing-masing.
  • Namun harus di ingat, sebagai Dealer anda harus membimbing sebaik yang mungkin. Niatkan kerana Allah kerana membantu saudara kita sendiri untuk terus berjaya di dalam kehidupan juga mengikuti Sunnah Nabi SAW.

#4 – Beli Emas Pada Harga Diskaun dan Simpan

  • Sekiranya pelanggan ingin menjual semula emas simpanan kerana keperluan yang mendesak, anda berpeluang membeli dengan harga ‘PG Buy‘, iaitu harga bersih selepas di tolak denan ‘Spread‘ / susut nilai 5.0% – 9.0%.
  • Pelanggan boleh menjual emas tu di mana-mana branch Public Gold atau Dealer mengikut kesesuaian mereka dan harganya adalah sama mengikut ‘Website Public Gold‘. Pelanggan yang berdekatan biasanya suka menjual kepada Dealer kerana mereka boleh mendapatkan duit jualan secara on the spot. Jika menjual kepada Public Gold, duit itu pula akan masuk ke dalam akaun pelanggan dalam masa 1 hari bekerja.

#5 – Beli Emas Pada Harga Diskaun dan Jual

  • Apabila semakin banyak stok simpanan anda hasil belian semula emas dari pelanggan anda sebelum ini melalui ‘PG Buy’ dan suatu masa anda pula inginkan wang fiat untuk kegunaan yang lain, maka anda boleh menjualkan emas itu semula pada harga ‘PG Sell’ kepada pelanggan yang baru.

#6 – Komisyen Overriding ‘Dealer

  • Antara pelanggan kita pasti akan ada mereka yang membuat pembelian untuk ‘Upgrade’ kepada status Dealer setelah sekian lama. Oleh itu, anda jangan terkejut melihat urusniaga besar yang akan anda hadapi sehingga mampu menjangkau 7 angka.
  • Dan pelanggan yang membuat pembelian ini membuatkan anda mampu mendapatkan ‘Overriding Commission’ dari pihak PG.
  • Pengiraan mudah, jika pelanggan anda membeli sebanyak RM10,000, Public Gold akan membayar anda sebagai Intoducer RM100 (1%), atau RM150 (1.5%), atau RM200 (2%) mengikut tahap Dealer anda.
  • Apabila pelanggan yang bergelar Dealer baru itu membuat belian kedua dan seterusnya, Public Gold membayar kepada anda perbezaan tahap komisyen Dealer baru tersebut dengan tahap komisyen kita sebagai Introducer.
  • Pengiraan mudah, jika anda sebagai Master Dealer (level 2%), Public Gold akan bayar kepada anda 1% atas belian Normal Dealer (level 1%), dan 0.5% atas belian Priority Dealer (level 1.5%).
  • Komisyen ni akan terus dibayar setiap kali adanya urusniaga buat sepanjang hayat

Sebagai maklumat tambahan, sekiranya ditakdirkan anda tidak berumur panjang, maka waris anda boleh mewarisi legasi empayar emas anda hanya dengan membuat permohonan melalui mana-mana Branch PG yang terdekat.

PG Wealth Card

Namun begitu, sebagai syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Public Gold, setiap Dealer adalah wajib mempunyai ‘Wealth Card‘ yang mana ianya merupakan pengenalan diri anda sebagai Dealer sah PG. Melalui kad ini, details anda seperti nama penuh, nombor PG Code dan status Dealer akan di print ke atas kad tersebut.

Menariknya, ia bukan sebarang kad pengenalan diri yang biasa. Selain dari mendapatkan potongan harga bagi penginapan hotel dan restoran yang terpilih, card ini juga dilengkapi dengan emas murni 24 karat yang mempunyai berat sebanyak 0.5 gram bertaraf LBMA.

Buat anda yang telah membuat pesanan PG Wealth Card sebelum ini, prosesnya mengambil waktu selama 4 minggu untuk disiapkan oleh oleh pihak HQ. Sekiranya melebihi waktu, anda perlu menghubungi branch PG anda secepatnya.

Kesimpulannya, jika anda mempunyai budget mencukupi (pastikan anda mempunyai simpanan kecemasan terlebih dahulu) maka jangan terus menunggu. Rebut peluang ini sebaik yang mungkin kerana tiada kerugian yang akan anda hadapi. Lagi pula, pembelian emas yang melayakkan anda mendapat status Dealer tersebut adalah milik anda sepenuhnya.

Pastikan akaun anda kekal aktif dan pembelian di buat dalam tempoh 6 bulan agar status Dealer anda kekal aktif. Pada masa yang sama, ikuti segala ‘Term and Condition‘ yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Public Gold. Hadiri setiap seminar anjuran mereka demi memantapkan pengetahuan dan skill dalam membina empayar emas anda sendiri.

Semoga maklumat di atas menjadi panduan buat anda yang berhasrat membina kekayaan melalui emas. InsyaAllah

Akhir kalam, selain dari usaha meningkatkan status dan kejayaan di dalam bidang ini, ianya bukan berkisar kepada keuntungan dunia semata-mata. Niatkan agar setiap perkongsian ilmu yang anda lakukan itu adalah demi pembangunan ummah dari segi membuka hati mereka akan kepentingan memiliki logam mulia yang merupakan ‘Matawang Sunnah‘ ini ikhlas kerana Allah.

Pisang Raja Dalam Perahu,
Masak Buah Pisang Sekerat,
Barang Siapa Yang Tinggi Ilmu,
Insya Allah Darjat Akan Diangkat.

Saya berpesan kepada diri saya dan anda, di penghujung hayat, ilmu berguna yang diajarkan kepada masyarakat adalah merupakan suatu asbab kebaikan buat anda di ‘alam sana’ kelak seperti mana sabda junjungan besar kita Baginda Muhammad SAW;

Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.

Wallahu a’lam

2 thoughts on “Keuntungan Menjadi Dealer Public Gold

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s