Sempurna ialah kecukupan perasaan sendiri berserta keinginan untuk menjadi lebih baik. Apabila kita berusaha menjadi sempurna di mata Allah SWT, pasti kita tidak akan sesekali kecewa. Ianya terbahagi kepada 4 jenis iaitu; FizikalFikiranEmosiSpritual / Rohani 5 langkah menuju ke sempurnaan adalah; Mengetahui apakah tujuan hidup kitaMenjalankan semua amanah dan perananMengawal emosiMemberi dan membahagiakan orang lainLakukan … Continue reading Sempurna
Bahana Fitnah
"Habib... Maafkanlah saya yang telah memfitnah Habib dan ajarkan saya sesuatu yang boleh menghapuskan kesalahan saya ini.” Aku berusaha menjaga lisanku agar tidak ingin sedikitpun menyebarkan kebohongan dan menyinggung perasaan Habib lagi, detik kata hatiku. Habib Umar tersenyum; “Apa kau serius?” katanya. Aku menganggukkan kepalaku dengan penuh keyakinan; “Saya serius, Habib. Saya benar-benar ingin menebus … Continue reading Bahana Fitnah
Kayu Cendana
"Jadilah bak kayu cendana yang menebarkan keharuman ke seluruh udara. Mereka yang menyentuhnya turut menjadi harum. Bahkan ketika dipotong pun, kayu cendana memberi wangi pada pisau yang membelahnya!" Inilah makna integriti kekukuhan jiwa, dan ketulusan hati dalam menghadapi berbagai persoalan. Masih anda ingat kisah dua anak Adam yang bertengkar? Al Qur'an menceritakan ketika Qabil hendak … Continue reading Kayu Cendana
Saudi Arabia – Pengalaman Mendewasakan Pemikiran
Alhamdulillah.Diam tak diam pada hari ini, 30 September 2020 maka genap lah selama 5 tahun diriku bertugas di Saudi Arabia bumi bertuah. Terlalu banyak memori indah untuk dikenang sebagai pembakar semangat untuk terus maju ke hadapan. Tugasan di Saudi ini merupakan negara ke-8 daku bertugas sepanjang menceburkan diri di dalam dunia Oil and Gas. Antara … Continue reading Saudi Arabia – Pengalaman Mendewasakan Pemikiran
Syair Makrifat
Jikalau diibarat sebiji kelapa,Kulit dan isi tiada serupa,Janganlah kita bersalah sapa,Tetapi beza tiadalah berapa. Sebiji kelapa ibarat sama,Lafaznya empat suatu makna,Di situlah banyak orang terkena,Kerana pendapat kurang sempurna. Kulit itu ibarat Syariat,Tempurungnya itu ibarat Tariqat,Isinya itu ibarat Haqiqat,Minyaknya itu ibarat Makrifat. Shaykh Abdul Rauf ibn Ali al-Fansuri
Renungan Buat Hatimu
Secara logiknya, setiap bibir manusia baik di atas mahupun di bawah akan secara automatis nya bergerak tatkala kita berbicara. Namun,Tidak sesekali di saat kita membasahi lidah pada kalimah agung "Lailaha illallah". Sungguh,Allah Maha Pengasih kepada hamba-nya! Manakan tidak, tatkala diri terkulai lalu di atas pembaringan akibat keuzuran mahupun menunggu waktu sebelum ajal menjelma, kasih dan … Continue reading Renungan Buat Hatimu
Sentuhan Kisah
Suatu ketika, syaitan telah memasuki ke dalam hati salah seorang daripada murid Al Junaid Al Baghdadi dan telah membisikkan bahawa murid itu telah mencapai kesempurnaan dan tidak perlu lagi menuntut dengan Aulia Allah tersebut. Maka dari itu, murid tersebut telahpun memencilkan dirinya. Berkata murid itu pada suatu hari bahawa dia telah dikunjungi oleh malaikat setiap … Continue reading Sentuhan Kisah
Antara Kelebihan Logam Mulia
Benar,Harga semasa emas dan perak dunia itu tidak menentu malah, adakala sukar meramalkan apakah kondisi harga di waktu hadapan. Apa yang pasti, keuntungan Logam Mulia ini lebih ke arah jangkamasa panjang. Kerana itu buat mereka yang inginkan keuntungan pada kadar yang segera, lebih baik beralih kepada medium pelaburan yang selainnya. Namun begitu, pada waktu mendesak … Continue reading Antara Kelebihan Logam Mulia
Selamatkan Duit Kepada Harta Fizikal
Sangat mengagumkan jika melihat insan-insan di luar sana yang mampu menyimpan wang fiat dalam jumlah yang cukup banyak dengan penuh komited, etika dan disiplin. Secara jujur, kebanyakkan kita (termasuk saya) juga kadang kala tertewas atas nafsu berbelanja yang akhirnya menyebabkan kebocoran wang yang sangat parah. Kebocoran wang atas sebab pembelian harta yang bersifat kekal yang … Continue reading Selamatkan Duit Kepada Harta Fizikal
Ilmu Tanpa Sempadan
Alhamdulillah,Sejak menceburkan diri sepenuh masa menyumbang pelbagai ilmu berkaitan emas dan perak, terlalu banyak info yang saya miliki, teman-teman baru juga pelbagai pertanyaan secara 2 hala. Ilmu yang bermanfaat wajib di kongsikan agar kita bersama mendapat manfaatnya. Semakin banyak pertanyaan juga perkongsian ilmu, pasti menajamkan lagi pengetahuan sedia ada. Apa yang saya dapati kebanyakkan 'New … Continue reading Ilmu Tanpa Sempadan
