Bangsa Melayu pernah digentar,Ular, harimau ditepuk tampar,Kerisnya bisa silatnya gempar,Amuk Melayu bumi bergegar.Bangsa Melayu pernah gagah,Berkaki ayam hutan diredah,Pernah cuba diganyang penjajah,Umat Melayu jihad sabilillah.Bangsa Melayu pernah berdaulat,Seantero dunia kesultanan hebat,Tujuh penjajah cuba menempat,Dengan kudrat semua dihambat.Bangsa Melayu bangsa keramat,Nabi (SAW) pernah beramanat,Buat dakwah di bumi berkat,Di akhir masa akan ramainya wali hebat.Bangsa Melayu terasnya hikmat,Sejarah Melayu … Continue reading Karamah Melayu
Category: Sekadar Renungan
Hikmah di Setiap Percubaan
Saudaraku yang bahagia, Jika sebiji telur itu dipecahkan oleh kekuatan dari luar, maka kehidupan di dalamnya akan berakhir. Tetapi, jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari dalam, maka kehidupan baru yang akan lahir ! Yakinlah akan kemampuan diri. Segala-galanya bermula dalam dirimu sendiri. Dirimu adalah insan luarbiasa dan sangat diyakini sebagai makhluk ciptaan Ilahi yang … Continue reading Hikmah di Setiap Percubaan
Outer Journey – Perjalanan Nan Indah dan Penuh Dengan Hikmah
Kita adalah makhluk spritual yang sedang menjalani pengalaman sebagai manusia dan bukannya manusia yang sedang menjalani pengalaman sebagai makhluk spritual! Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung; Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya … Continue reading Outer Journey – Perjalanan Nan Indah dan Penuh Dengan Hikmah
Bakul Jerami – Perumpaan Mensucikan Hati
Dikisahkan seorang anak kecil sedang membaca Al-Quran tetapi, dia tidak dapat menghafalnya walaupun sedikit. Maka, anaknya yang kecil itu bertanya kepada ayahnya; "Apa faedahnya membaca Al-Quran tanpa menghafalnya sedikitpun?!" Jawab sang ayah; "Aku akan beritahu kepadamu sebentar lagi apabila engkau penuhkan bakul jerami ini dengan air laut lalu bawa kepadaku." Kata anak; "Mustahil ianya penuh." … Continue reading Bakul Jerami – Perumpaan Mensucikan Hati
Kisah Tentang Kentang, Telur dan Biji Kopi
Salam buatmu Saudaraku yang bahagia. Ada kisah seorang anak yang selalu mengeluh kepada ayahnya;"Ayah, kenapa hidup saya selalu diliputi kesengsaraan? Tidak habis-habis masalah itu datang kepada saya. Jika seperti ini terus, kapankah saya bisa berjaya dan bahagia?" Bukannya menjawab pertanyaan anaknya, Sang Ayah malah melakukan sesuatu hal yang unik. Ia mengisi tiga periuk dengan air … Continue reading Kisah Tentang Kentang, Telur dan Biji Kopi
Hajar Aswad
Antara keutamaan Hajarul Aswad adalah kerana ia berasal daripada batu yang mulia (yaqut) dari syurga yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s agar diletakkan di satu sudut Kaabah. Dikatakan juga Nabi Ibrahim a.s yang menemui Batu Hitam dan apabila baginda membina semula Kaabah, Malaikat Jibril a.s membawa batu itu keluar dan memberikan kepada baginda. Menurut cerita, … Continue reading Hajar Aswad
La Tahzan
Jangan Bersedih,Selagi mana urusan duniaMu, ianya bukan masalah yang besar ! Seorang lelaki yang sedang dirundung kesedihan datang menemui Sayidina Ali bin Abi Tholib r.a, ia pun berkata;“Wahai Amirul Mukminin, aku datang kepadamu kerana aku sudah tidak mampu lagi menahan beban kesedihanku.” Sayidina Ali menjawab;“Aku akan bertanya dua pertanyaan dan jawablah !” Lelaki itu berkata;“Ya, … Continue reading La Tahzan
Tersenyum Lah !
Tersenyumlah wahai Saudaraku yang bahagia. Kerana rezekiMu telah dibahagi dan disusun oleh Allah dan begitu juga urusan hidupmu. Urusan dunia tidak layak untuk membuatmu bersedih semacam ini kerana semuanya ada di tangan Yang Maha Hidup dan Maha Mengatur. Seorang mukmin hidup dalam dua hal, iaitu kesulitan dan kemudahan. Keduanya adalah nikmat jika dirimu menyedari. Maha … Continue reading Tersenyum Lah !
Harga Segelas Susu
Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan. “Kakak, boleh berikan saya segelas air?” Direnung wajah budak yang kelihatan … Continue reading Harga Segelas Susu
Wahai Orang Yang Tertipu
“Wahai orang yang tertipu ! Tiang atas kehidupanmu telah retak, dinding kehidupanmu juga telah condong, bahkan rumah yang kamu duduki telah roboh. Kamu harus segera meninggalkannya dan pindah ke tempat lain. Carilah rumah akhirat,Langkahkan kakimu ke sana. Apakah kakinya?Kakinya ialah amal yang baik. Persembahkan hartamu untuk akhirat, supaya kelak kamu boleh mendapatkannya di sana. Wahai … Continue reading Wahai Orang Yang Tertipu
