Kisah Rasulullah diSerang Tukang Sihir

Yakinlah bahawa Allah SWT ingin menguji kita sebagai hamba-Nya samada kita tergolong dalam kalangan orang yang sabar atau kufur dengan nikmat Allah. Oleh itu janganlah kita mengeluh kenapa kita diuji dengan kesakitan, disantau, diganggu jin dan sebagainya.

Ketika mana kita diuji dengan kesakitan, hikmah sebenarnya adalah Allah sayangkan kita dengan Allah memberikan pahala yang sangat besar disebabkan kesabaran kita dengan ujian kesakitan tersebut.

Seterusnya, Allah sayangkan kita dengan mengampunkan dosa-dosa yang kita telah kita lakukan dan Allah akan mengangkatkan darjat kita.

Kerana itulah kita jangan hairan dan jangan menyalahkan Allah dengan ujian yang diturunkan kepada kita. In Shaa Allah pasti ada hikmah di sebaliknya yang hanya Allah mengetahui.

NABI DI SIHIR

Hatta Nabi Muhammad SAW sendiri pun, kekasih Allah yang maksum dari melakukan dosa, Allah uji dengan sihir yang dihantar oleh seorang Yahudi yang bernama Labid bin Aksam dari Bani Zuraiq.

Peristiwa ini berlaku tatkala Nabi SAW balik dari Hudaibiah dalam bulan Zulhijjah tahun tujuh hijriah. Setelah selesai perang Khaibar maka datanglah ketua-ketua Yahudi bertemu seorang tukang sihir Yahudi yang terkenal dalam kalangan mereka bernama Labid bin Aksam, bertujuan untuk melakukan sihir ke atas Nabi SAW.

Dengan kerjasama daripada seorang budak Yahudi yang juga khadam nabi, mereka telah mencuri sikat rambut Nabi SAW beserta rambut yang terdapat pada gigi sikatnya.

Orang-orang Yahudi ni perangai mereka amat buruk dan bongkak. Mereka sudah menandatangani perjanjian Madinah dengan Nabi SAW dan beraku janji bahawa mereka tidak akan memerangi semua pihak termasuk kepada umat Islam.

Tetapi dalam beberapa peristiwa Yahudi di Madinah telah melanggar perjanjian dan memeranagi Rasulullah SAW dan mereka akhirnya kalah dan diusir dari perkampungan mereka.

Tidak cukup dengan ejekan, fitnah, peperangan mereka menggunakan sihir. Bahkan dalam sejarah kenabian, merekalah kaum yang suka membunuh nabi-nabi yang diutuskan dalam kalangan mereka.

Ruqyah Jibril

BAGAIMANA SIHIR ITU DI BUAT?

Tukang sihir tersebut membuat patung berupa Nabi SAW daripada lilin, lalu ditikam dengan sebelas bilah jarum dan disimpul dengan sebelas ikatan. Maka dicampakkan ke dalam telaga keluarga Zarwan di mana telaga Nabi SAW selalu mandi.

Maka setelah Nabi SAW mandi di telaga tersebut, ditakdirkan, baginda terkena sihir selama 40 hari.

Ilmu santau ini kekal dan diamalkan sehingga sekarang iaitu dikategorikan dengan santau melalui kaedah menanam nya. Pengunaan apa-apa bahan dari badan kita yang dibuat santau sangatlah keras dan mendalam kesannya. Kerana itu rambut atau kuku jangan kita buang bersepah atau merata-rata. Bisa jadi, diambil oleh orang yang ingin sihirkan kita.

Kesan daripada sihir ini, sebagaimana dalam satu hadis daripada Syaidatina Aisyah r.a. menceritakan, bahawa Nabi  SAW mengalami sakit yang tenat sehingga Baginda berasa tidak keruan dan mengigau kerananya.

Perkara yang telah dilakukan, Nabi SAW berasa ragu-ragu sama ada sudah dilakukan atau tidak dan Nabi  SAW merasakan telah melakukan sesuatu yang sesungguhnya tidak dilakukannya.

Pernah satu masa Nabi SAW melakukan solat dua rakaat dalam solat yang empat rakaat. Apabila ditanya oleh sahabat adakah ada syariat baru?  Nabi SAW menjawab tidak ada syariat baru dan baginda bertanya adakah aku solat dua rakaat? Sahabat menjawab, ya Rasulullah. 

Lalu nabi SAW tambah dua rakaat lagi dan nabi sujud sahwi sebanyak dua kali kerana kesilapan itu akibat disihir.

DATANG DUA MALAIKAT

Pada satu malam Nabi  SAW berdoa kepada Allah. Lalu datang dua malaikat berupa dua orang lelaki menemui Nabi  SAW ketika Baginda sedang tidur. Salah seorangnya duduk di sebelah kepala manakala yang seorang lagi di sebelah kaki Nabi SAW.

Maka yang seorang lagi membacakan beberapa ayat dari al-Quran, iaitu Surah ‘Mu’awwidataini’ (Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas). Inilah sebab turunnya dua surah tersebut sekali gus.

Nabi SAW kemudiannya terjaga dari tidur, lalu mengutus Saidina Ali, Saidina Zubir dan Ammar ibnu Yasir pergi ke telaga tersebut.

Sesampainya di sana, mereka melihat air telaga itu seperti rendaman daun inai kemerah-merahan darah warnanya, manakala pokok kurmanya kelihatan bagaikan kepala-kepala syaitan.

Mereka menimba airnya dan mengangkat seketul batu besar, kemudian menemui bungkusan berikat tersebut lalu mereka mengambil dan mengeluarkannya dari telaga itu, seterusnya bungkusan berikat itu disampaikan pada Nabi  SAW.

Pada bungkusan tersebut terdapat sebelas simpulan bersama sikat rambut, gigi sikatnya dan sebelas jarum.

Kemudian Nabi  SAW membaca ‘Surah Mu’awwidataini’ iaitu dua surah yang diturunkan kepada Nabi  SAW dalam mimpi semalam.

Setiap kali dibaca satu ayat dari kedua-dua surah tersebut, terurailah satu ikatan, sehinggalah terurai kesemua simpulannya. Maka dengan takdir Allah, Nabi SAW  dapat berdiri dan seakan-akan baru terungkai dan terlepas dari belenggu ikatan.

Apabila dicabut pula satu persatu jarum tersebut, terasa sakit dalam tubuh Nabi SAW yang kemudiannya beransur hilang.

Jika kita teliti makna ayat dua surah tadi pun menunjukkan ia merupakan penghalang dan pembuka ikatan sihir.

Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung;

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”. (Surah Al-Falaq : Ayat 1 – 5)

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. “Yang Menguasai sekalian manusia, “Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, “Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, – “(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”. (Surah An-Nas : Ayat 1 – 6)

Aisyah bertanya; “Wahai Rasulullah, apakah engkau tidak membakarnya?” Baginda menjawab; “Tidak. Adapun aku, maka Allah sudah menyembuhkan aku, dan aku tidak suka kalau aku membuat keburukan kepada manusia.” Lalu Baginda memerintahkan agar dipendam barangan sihir itu.” (Hadis Riwaat Ibnu Majjah r.a.)

Dalam hadis lain; “Bahawasanya, Allah SWT telah menyembuhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalangan manusia dan aku telah sembuh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Daripada hadis ini sebenarnya menunjukkan bahawa membalas santau dengan santau adalah satu perkara dosa. Bahkan disebabkan kita menggunakan bomoh dan meminta pertolongan jin untuk membalas santau, maka itu boleh membawa kepada syirik kepada Allah SWT.

Ketika hal itu disampaikan kepada si Yahudi tersebut, maka dia tidak lagi berani sama sekali menunjukkan mukanya pada Nabi SAW.

Demikianlah kisah bagaimana Nabi SAW sendiri terkena sihir ini dan mudah-mudahan kita akan dijauhi daripada amalan kurafat tersebut.

Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung;

“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” (QS. Al-Isra’ 17: Ayat 82)

One thought on “Kisah Rasulullah diSerang Tukang Sihir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s