
“Jimmy, saya mengalami kerugian yang besar sewaktu membeli Emas Fizikal sekitar harga SAR 30K pada beberapa tahun lepas dan sehingga kini, jika saya menjualkannya tetap tidak akan saya dapatkan keuntungan darinya”
Kenyataan di atas telah diajukan oleh rakan seperjuangan saya yang berasal dari Negara India juga bersama-sama saya kini bertugas dibumi Saudi Arabia.
Jujurnya ini adalah soalan yang sering diutarakan oleh para pembeli Emas !
Jika dilihat, Emas berada di puncak dengan harga menghampiri sekitar USD1900 pada tahun 2011. Ketika itu, pembelian secara terdesak oleh orang awam membuatkan suasana panik untuk membeli atas keyakinan harganya akan melambung lebih jauh lagi sehingga akhirnya jatuh tersungkur sebelum kembali pada penghujung tahun 2015 yang lalu.
Keadaan ini menghadirkan 2 persepsi berbeza di kalangan penyimpan Emas ketika itu iaitu;
- Emas merugikan kerana membeli pada harga tinggi dan tatkala ingin menjual harga semasa nya malah tidak mampu menanggung modal yang dikeluarkan
- Kejatuhan harga merupakan bonus terbaik untuk saya terus berusaha menyimpan Emas
Kenapa Penyimpan Emas tegar mengatakan ianya satu keuntungan? Sudah pasti Averaging Technique memainkan faktor penting untuk mengurangkan harga belian asal. Semakin jatuh harganya, jangan khuatir dan gunakan konsep Beli, Simpan dan Lupakan !
Tips Sebelum Membeli Emas
Pastikan kalian mempunyai wang kecemasan terlebih dahulu paling tidak 3 kali pendapatan bulanan
- Harus diingat, Emas itu bersifat keuntungan jangkamasa panjang dan pasang surut harganya pasti akan ada
- Jangan sesekali percaya bahawa harga Emas akan sentiasa meningkat secara drastik
- Research dan tanyakan kepada yang arif agar input yang didapati meresap kuat dalam diri sebelum wang bertukar tangan
- Carilah mentor atau sesiapa sahaja yang mampu membimbing kalian dalam bidang ini sepenuh hati
- Hanya peruntukkan maksima 5%hingga 10% dari pendapatan bulanan untuk membeli Emas Fizikal
Seliar-liar burung boleh dijerat lalu dikurung. Sejinak-jinak duit tiba-tiba ghaib sebelum sempat ke tabung !
Biar apa sekalipun berlaku, Emas tetap bernilai sepanjang zaman, bertindak sebagai Insuran Kekayaan juga penyimpan nilai yang terbaik !