5 Kelebihan Menyimpan

PG Product

Jika ingin dihuraikan, kepentingan memiliki Emas tidak akan habis. Dan jika kita berusaha menambah Ilmu berkaitan ini Masha Allah, kita pasti kagum dan tidak berfikir panjang untuk memulakan tindakan segera menjadi seorang penyimpan yang tegar.

Selalunya apabila saya berada di Malaysia, samada melalui personal or group coaching secara sembang santai pasti mengambil masa sehingga hampir 3 jam. Cepat benar masa berlalu dan itu adalah keterujaan yang amat dalam mendidik masyarakat akan kepentingan memiliki logam mulia.

Dikongsikan 5 kelebihan memiliki Emas secara asasnya agar dapat kalian serap sebaik mungkin juga penambah semangat untuk terus berusaha menyelamatkan kekayaan yang dikumpulkan selama ini:

  1. Simbol Kekayaan Sebenar — Memilikinya membuatkan kekayaan kita terpelihara walau menjangkau beberapa keturunan sekalipun oleh kerana kekuatan nilai Emas itu sendiri
  2. Harga Meningkat Setiap Tahun — Ini mampu dibuktikan atas sebab kelemahan Matawang Fiat yang sering dimamah inflasi yang mencengkam juga manipulasi kewangan yang parah menyebabkan Emas mendapat kenaikan harga. Pada masa yang sama, harganya diransang oleh permintaan secara global juga some fundamental effect
  3. Dikikis Kadar Inflasi — Emas lebih dikenali sebagai penyimpan nilai terbaik. Inflasi tahunan boleh menjejak sehingga 8% setahun di Kota Besar jika tanpa kawalan mengikut apa yang saya dengar dari Financial Executive dahulu. Dengan kenaikan harga Emas yang menjangkau purata 20% setahun, secara tidak langsung ianya mampu mengikis kadar inflasi itu sendiri
  4. Tidak Boleh Diciptakan Oleh Manusia — Maha Suci Allah, hanya padanya yang mempunyai kekuatan mencipta walau kita mempunyai Ilmu seluas buih di lautan sekalipun, tidak ada upayanya bagi kita 
  5. Aset Yang Tiada Tandingan — Merupakan Aset yang sangat unik kerana mempunyai harga mampu milik, boleh dicairkan pada bila-bila masa dan pasti kita juga mampu mengubahkannya kepada Hartanah apabila sampai masanya nanti

Sejarah lalu telah membuktikan bahawa Emas sangat bernilai buat sepanjang zaman, bertindak sebagai Insuran Kekayaan juga penyimpan nilai yang terbaik.

Sebagai pembimbing, saya seikhlas hati menyarankan agar anda menyimpan Emas fizikal dan bukannya sesuatu yang tidak mampu digenggam malah dilihat. Yakinlah akan kuasa Sang Emas. Takluki lah ia sebelum ngauman membuat kita kecut, pasrah juga kecewa di kemudian hari !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s