Kisah Si Burung Kecil

Si Burung Kecil

Assalam Sahabatku Yang Mulia.

Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim sewaktu Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air di dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar.

Itulah yang dilakukannya berulang kali !!

Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah lain yang kehairanan melihat perlakuan burung kecil tersebut, lalu bertanyalah mereka kepada si burung kecil itu;
“Wahai sang pipit, apa yang engkau mahu lakukan?”

Sang pipit menjawap;
“Aku mahu membantu Nabi Ibrahim dengan memadamkan api yang membakar tubuh Baginda”

Bertanya mereka lagi;
“Bagaimana kamu mahu memadamkan api itu? Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu pula kecil, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu. Sia-sia saja usaha kamu itu !!”

Subhanallah, Sang pipit menjawap;
“Memang usahaku ini tidak akan mampu memadamkan api itu namun, aku lebih takut kepada Allah yang akan menyoal aku nanti iaitu apakah yang telah aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

Burung kecil itu tidak berputus asa dan meneruskan usahanya untuk membantu Nabi Ibrahim. Lalu ia membawa air yang disimpan di dalam paruhnya itu ke arah api yang marak. Dengan izin Allah SWT, api yang marak itu semakin berkurangan. Itu sahaja yang ia mampu untuk membantu Nabi Ibrahim. Walaupun sedikit sahaja pertolongannya, ia berpuas hati. Sekurang-kurangnya ia telah menjalankan tanggungjawabnya, tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

Setelah kayu-kayu itu menjadi bara, maka orang ramai menghampiri unggun api yang telah menjadi bara. Burung pipit berasa gembira. Keyakinan burung pipit terhadap kekuasaan Allah semakin kuat dan terbang dengan penuh kesyukuran. Orang ramai yang berada di situ berasa terkejut apabila melihat Nabi Ibrahim keluar daripada bara api itu seperti sediakala. Badannya sedikitpun tidak melecur atas izin Allah SWT.

Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang Agung;

قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلَامًا عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ

Kami berfirman: “Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! “. ( Surah Al-Anbiyaa’ : Ayat 69 )

Sahabatku yang mulia, berusahalah demi menegakkan kebenaran walau dengan sedikit pengorbanan kerana ianya mempunyai impak yang sangat bernilai apabila kita bertemu Allah SWT di hari pertimbangan kelak.

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,
Berilah daku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.
Allahumma Ameen.

Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebaikan dan kesabaran.

Advertisement

One thought on “Kisah Si Burung Kecil

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s