Kisah 3 Orang Menteri dan Pokok

Pada suatu hari Sang Raja memanggil tiga orang menterinya dan Baginda memberikan sekarung guni kepada setiap dari mereka.

Berkata Sang Raja;
“Pergi panjat pokok itu dan petik buahnya sehingga penuh karung guni masing-masing !”.

Maka terpinga-pingalah ketiga-tiga menteri tersebut, kenapa seorang menteri diberi arahan sebegitu ?

Namun, disebabkan arahan itu datang dari Sang Raja maka mereka pun terpaksa melakukannya.

trees-lewis-bowman

Menteri #1 merupakan menteri yang jujur dan amanah. Maka beliau pun bersungguh-sungguh panjat pokok buah tersebut dan mencari buah yang paling baik dan berkualiti dan memenuhi karung guni yang di beri oleh raja.

Menteri #2 pula merupakan menteri yang kadang-kadang amanah, kadang-kadang tidak mengikut situasi yang dihadapinya. Iman nya tidak sekukuh Menteri #1. Dia juga panjat pokok itu dan apabila sampai separuh dari ketinggian pokok, dia terfikir;

“ Untuk apa berusaha mengambil yang elok-elok, cukup la sekadar mengutip buah yang sedia jatuh di bawah pokok ini asalkan karung guninya penuh”.

Lalu menteri tu pun turun dan mengutip buah yang sedia ada jatuh di bawah pokok. Di karung guninya bercampur yang baik dan ada yang busuk.

Menteri #3 pula seorang yang sungguh tidak amanah dan hanya mementingkan diri sendiri.

Beliau berfikir;
“ Buat apa aku bersusah payah kerana ini bukannya kerja aku. Lebih baik aku kutip sahaja batu di sepanjang jalan asalkan karung ini penuh kerana aku yakin Sang Raja tidak akan ada masa untuk melihat apa yang terkandung di dalam karung guni ini”.

Lalu beliau pun mengutip batu tersebut dan memenuhi karung guninya.

Arab Man

Sampai masanya, mereka bertiga menghadap Sang Raja.

Maka benarlah telahan Menteri #3, bahawa raja tidak melihat karung guni tersebut. Namun, Raja yang bijak itu mempunyai kaedah yang sangat hebat.

Baginda mengarah pengawal menghumban ketiga-tiga menteri tersebut ke dalam penjara dan mengarahkan makanan yang hanya boleh di makan dari apa yang ada dalam karung yang mereka bawa.

Apa yang berlaku setelah itu ?

Menteri #1 — Alhamdulillah sudah tertentu mempunyai bekalan mencukupi dan mampu menikmati buah yang lazat serta berkualiti

Menteri #2 — Terpaksa memilih buah yang baik dan kadang-kala terpaksa mengikat perutnya untuk mencukupi bekalan makanan memandangkan makanan tersebut bercampur dengan yang buruk kualitinya

Menteri #3 — Maut mengundang di waktu yang pantas

Pengajaran Cerita Ini Dalam Kehidupan

Bayangkan Allah SWT telah mengarah kita supaya mengutip amalan dengan amanah dan bertujuan untuk mencari redhaNya. Watak menteri mana yang akan kita pilih ?

Penjara itu seumpama Kubur yang pasti akan kita lalui dan di situlah tempat perhentian kita sebelum tibanya perhimpunan di Padang Masyar nanti

Maka dengan itu, dalam suasana kubur yang sempit dan gelap, adakah amalan yang dikumpul kini mampu membantu kita ?

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s