Umpama Kapal Dilanda Badai

Resilience-

Matawang fiat boleh kita ibaratkan sebagai sebuah kapal di tengah laut yang mana kondisinya yang tidak begitu stabil lebih-lebih lagi ketika dilanda badai yang kuat. Sebentar tenggelam sebentar timbul mengikuti arus sang ombak.

Manakala Emas pula ibarat tebing di tepi pantai, kukuh dan utuh menahan ganasnya sang ombak !!

Penggunaan Sang Emas sebagai matawang sejak ribuan tahun tanpa sebarang kesulitan telah disangkal oleh pemikiran cetek segelintir manusia yang mengubahkannya kepada sistem kewangan yang berkiblatkan wang fiat. Akhirnya, walau Sang Emas kini hanya komoditi, ianya tetap mengekalkan nilai beliannya tanpa diragukan.

Emas yang mengekalkan nilai intrinsik ini meningkat sejak berabad yang lalu sebaliknya kertas yang ditandai dengan angka semakin hilang taringnya !

Emas adalah anugerah dari Maha Pencipta yang tidak mampu dihasilkan dari pemikiran manusia. Pasti adanya sesuatu untuk kita fikirkan akan kehebatannya baik secara tersurat mahupun tersirat.

Tidak bermaksud mengubah segala-galanya yang dimiliki kepada Emas kerana tidak mampu buat kita menolak akan penggunaan Matawang Fiat namun, paling tidaknya dengan sedikit jumlah yang ditukarkan kepada Emas mampu menyelamatkan kekayaan yang dibina selama ini dari kemelut matawang dunia yang terbukti mudah dimanipulasikan serta terdedah dengan bahaya inflasi yang mencengkam.

“Gold is desired, Silver is needed”

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s