Assalam teman-teman Teratak Emas sekalian.
Sebagai bakal atau Pelabur Emas sedia ada, teman-teman pastinya mementingkan keuntungan yang maksimum dalam jangkamasa yang kalian tetapkan. Persoalannya, Emas jenis apa yang terbaik untuk dijadikan sandaran ??
Bagi saya secara peribadi semestinya Emas Pelaburan Public Gold samada Gold Bar ataupun Dinar Emas kerana:
✔ Spread nya hanya 5% ~ 8% berbanding Emas perhiasan yang mempunyai Spread antara 25% ~ 40%
✔ Ianya tiada Workmanship hanya premium fees serendah RM 5 hingga RM 80 (untuk semenanjung) bagi setiap product tergantung kepada berat Emas dan kuantitinya …. manakala Emas perhiasan ada masanya Workmanship Cost antara RM 100 ~ RM 200
✔ Merupakan Emas padu Au 999.9 yang pastinya mempunyai kandungan Emas murni manakala Emas Perhiasan 916
✔ Ianya diiktirafkan sebagai Emas Pelaburan yang mendapat pengiktirafan LBMA bertaraf dunia juga bebas GST berbanding Emas perhiasan yang pastinya kalian dikenakan cukai ini. Namun, jangan terpengaruh dengan janji manis kebanyakkan kedai jualan Emas perhiasan yang mengatakan produk mereka itu bebas GST kerana berkemungkinan kos GST telah diserapkan melalui Workmanship atau spread jualan balik nanti
✔ Ianya disimpan oleh lelaki dan wanita berbanding Emas perhiasan yang majoriti kaum Hawa sahaja yang menggunakannya
✔ Sangat cantik dan mempunyai Elegan tertentu pada pandangan semua pihak berbanding Emas perhiasan yang hanya menarik perasaan wanita yang teruja dengan rekabentuknya
✔ Kini mudah dipajak di mana2 Ar-Rahnu atas sebab kepentingan menyimpan Aset Pelaburan ini dan pastinya nilai pajakan lebih tinggi berbanding Emas perhiasan
✔ Kurangnya risiko bahaya kehilangan kerana tidak dinampak orang dan hanya Pelabur Emas itu sendiri yang menyimpannya samada di Bank atau Safe Deposit Box Swasta berbanding Emas perhiasan yang terang2an dilihat semua mata yang memandang
Suatu pengalaman menarik yang dikongsikan oleh salah seorang Mentor hebat saya iaitu Tuan Syukor Hashim, yang menemui seseorang yang amat berminat mengubah wang simpanannya ke dalam bentuk Emas demi keuntungan di masa hadapan. Namun, atas kekurangan Ilmu yang tepat lelaki ini tanpa sengaja telah membeli Emas perhiasan secara berdikit sehingga keseluruhannya mencapai 455 gram.
Tanpa sedar, beliau mendapati pelaburan Emasnya masih di dalam kerugian walaupun bertahun menyimpan secara konsisten. Yang pasti, susut nilai atau spread barangan kemas amat tinggi.
Spread ini membawa maksud perbezaan harga antara harga belian dan jualan semula dan Formula pengiraan peratusan (%) spread harga emas ini adalah seperti di bawah:
Peratus Spread Harga Emas % = Harga Jualan – Harga Belian / Harga Jualan x 100%
Kebiasaannya, tawaran harga di kedai emas hanya memaparkan harga jualan semasa Emas sahaja tetapi tidak kepada harga belian balik kerana ianya lebih kepada mengikuti persetujuan antara kedua-dua belah pihak yang kebiasaannya berkadar antara 15% ~ 40%.
Sebagai langkah penyelesaian terbaik juga menjana keuntungan berganda, beliau dinasihatkan agar menjualkan keseluruhan Emas perhiasannya sebelum mengubahkannya kepada Emas pelaburan keluaran Public Gold melalui akaun simpanan GAP (Gold Accumulation Program).
Ini lebih menguntungkan kerana:
- Public Gold International membeli barangan kemas dengan harga yang tinggi berbanding di kedai-kedai Emas
- Produk Emas Pelaburan Public Gold mempunyai susut nilai terendah sekitar 5% ke 8% sahaja
Memandangkan nilai jualan balik Emas perhiasan ini melebihi RM60k, secara automatiknya beliau layak menjadi Priority Dealer Public Gold yang sah dengan dianugerahkan perbagai keistimewaan dari pihak pengurusan.
Secara jujur saya tidak sesekali menafikan kebaikkan juga kepentingan Emas perhiasan cuma, pada pandangan saya yang Maha Dhaif ini, tidak salah sekiranya teman-teman mula beralih untuk menyimpan Emas Pelaburan sebagai medium pelaburan yang baru setelah memiliki Emas Perhiasan demi menggandakan keuntungan di masa mendatang.