Salah satu contoh terbaik bagaimana Emas boleh membantu seseorang memulakan kehidupan yang baru dapat kalian lihat ketika berlakunya peperangan di Vietnam sekitar tahun 1955 ~ 1975 yang lalu.
Mengikut sejarah, beribu-ribu pelarian Vietnam melarikan diri meninggalkan kampung halaman mereka dengan menjual seluruh harta benda seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka sebelum mengubahkannya kepada kepingan Emas Kim Thanh.
Kim Thanh adalah nama pengeluar dan pengedar bullion Emas di Saigon, Vietnam. Ianya juga merupakan nama bagi salah satu jalan yang pernah wujud di sana. Jongkong Emas Kim Thanh ini dikeluarkan sebelum 1975 yang mana ianya mempunyai kadar ketulenan Au 99.9 dengan berat sekitar 37.5 gram.
Jongkong Emas ini sebenarnya adalah gabungan dari 3 keping Emas yang mana dua keping pertama seberat 15 gram manakala kepingan ketiganya seberat 7.5 gram dengan menjadikan berat keseluruhannya ialah 37.5 gram. Kemudian, kepingan-kepingan Emas ini tadi dibungkus bersama di dalam kertas minyak dan dicop dengan nama pengilang. Jongkong Emas Kim Thanh ini cukup dikenali di sekitar Asia Tenggara khususnya semasa dan selepas perang Vietnam meletus.
Pelarian ini juga bertindak bijak dengan menyembunyikan kepingan Emas ini di dalam jahitan baju bagi menghindari dari kes kehilangan atau rampasan sewaktu di dalam pelarian.
Sangat mengujakan atas prinsip dan keyakinan mereka bahawa hanya Emas sahaja yang dapat diterima di seluruh dunia tanpa sebarang keraguan kerana ianya adalah Matawang yang sebenar walau di mana mereka berada dan dengan anugerah ini juga mereka mampu meneruskan kehidupan bersama insan tersayang.
Tidak dinafikan Emas merupakan aset mampu milik, mudah dicairkan, bernilai sepanjang zaman, penyimpan nilai yang sebenar, bertindak sebagai insuran kekayaan juga kalis inflasi. Tiada yang mampu menandingi makhluk ciptaan Yang Maha Esa ini malah ianya sukar dimanipulasikan berbanding wang fiat yang boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah yang akhirnya tersungkur akibat bahana inflasi.
Amat mendukacitakan Ilmu berkaitan Emas merupakan pendidikan yang tidak diketengahkan.
Secara jujur, anda carilah dalam mana-mana silibus pendidikan di negara kita, bermula dari tadika hingga ke peringkat universiti, jika ada diajarkan Ilmu Emas dari sudut kepentingan, kelebihan, ciri-ciri emas terbaik untuk pelaburan dan simpanan dan sebagainya. Adakah kalian menemuinya?
Jawapannya : TIDAK ADA !
Justeru itu saya menyakini didikan kepada generasi seterusnya harus bermula dari rumah. Melentur buluh biar dari rebungnya agar mereka celik akan kepentingan memiliki logam mulia.
Remember this GOLDEN word;
- To SAVE Your Family, Buy Gold
- To HELP Our Nation, Keep Gold
- To FOLLOW Your Religion, Use Gold
Jangan terus menunggu.