Saintis Temui Pohon Yang Mengeluarkan Zarah Emas

 

72662.adapt.768.1

Assalam teman-teman Teratak Emas sekalian. Sedikit perkongsian maklumat sebagai pengetahuan am berkaitan kehadiran Emas di bumi Allah ini agar menambahkan lagi rasa takjub akan keagungan ciptaan Yang Maha Esa buat hamba-hambanya.

Apa yang telah diberitakan, kumpulan Penyelidik Commonwealth Scientific and Industrial Research Organisation (CSIRO) dari Perth, Australia telah mengesahkan penemuan ini dalam Jurnal ilmiah Nature Communications pada 22hb Oktober 2013.

Dalam jurnal tersebut dijelaskan secara terperinci perihal penemuan zarah Emas pada daun, ranting dan kulit pohon Eucalyptus. Bukan itu sahaja, mereka turut menemukan kehadiran Emas pada beberapa tumbuhan lain seperti Akasia dan Mulga.

Dr. Melvyn Lintern, seorang Pakar Geokimia dari pasukan penyelidik CSIRO dan penulis utama kajian itu berkata, kebanyakkan tumbuhan tersebut tumbuh di atas tanah yang mengandungi Emas jauh di bawah perut bumi. Pada dugaan awal para pengkaji, akar phon berkemungkinan telah menyerap zarah Emas di bawah tanah dan kemudiannya didepositkan kepada bahagian daun.

Walaupun begitu, para penyelidik belum dapat memastikan samada tumbuhan tersebut sememangnya boleh menyerap zarah Emas dari bawah bumi atau ianya sekadar kebetulan. Ini kerana, ada kemungkinan angin telah menerbangkan debu-debu Emas dari tapak perlombongan dan mendarat di dedaunan pohon tersebut.

Bagi menjawap segala kemungkinan ini, Dr. Lintern bersama pasukan penyelidik CSIRO telah melawat bandar Kalgoorie (pernah menjadi lokasi perebutan Emas pada akhir tahun 1800) di Australia barat iaitu sebuah kawasan yang banyak ditumbuhi pohon Eucalyptus ini. Setibanya di sana, mereka melakukan kerja-kerja penyelidikan dengan mengumpul beberapa helaian daun Eucalyptus dari dua buah lokasi berbeza di bandar tersebut. Sampel kemudiannya dibawa ke makmal dan seterusnya dianalisa menggunakan Sinaran – x bagi mengesan sebarang kewujudan partikel Emas pada daun berkenaan.

Menakjubkan hasil dari penelitian itu mereka mendapati, Emas ternyata wujud dalam tumbuhan tersebut. Partikel Emas berukuran sekitar lapan mikron lebar atau sekitar 10 sekitar 1o kali lebih tipis dari rambut manusia berjaya dikesan berada di dalam sel pohon ini. Zarah logam berkenaan bukan sahaja dijumpai berada di dalam daun, bahkan juga ada pada ranting dan kulit pohon berkenaan. Pemerhatian ini menyamai seperti mana andaian awal Dr. Lintern.

131023015442_gold_particle_eukalyptus_304x171_1_nocredit

Soal bagaimana zarah Emas boleh hadir dalam tanaman tersebut turut menjadi fokus utama kajian pasukan CSIRO. Dalam penelitian yang sama, pasukan itu cuba memahami kehidupan biologi pohon Eucalyptus secara dasarnya. Tetapi, alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati tanaman tersebut memiliki kemampuan yang sangat luar biasa terutamanya dari segi sistem akarnya.

Pohon yang menjadi kegemaran Koala ini rupanya mempunyai akar dengan kemampuan atau fungsi seperti Pam Hidrolik. Dalam apa juga keadaan, pohon ini boleh memandu akarnya jauh ke dalam tanah sehingga ke kedalaman 30 meter atau menyamai bangunan 10 tingkat untuk mencari air di kawasan kering.

Menurut Dr. Lintern lagi, ketika akar pohon mula menyerap air, di saat itulah zarah-zarah Emas juga secara kebetulan akan disedut bersama. Serapan air bercampur partikel Emas ini kemudiannya diangkut dan bergerak secara semulajadi ke bahagian-bahagian pohon seperti kulit, ranting sehinggalah berakhir ke bahagian daun.

image_1486_2-Eucalyptus-gold

 

 

Menerusi rakaman imej Sinaran – X jelas menunjukkan bahawa jumlah partikel Emas paling banyak ditemukan di bahagian daunnya. Malah, partikel itu sering dikesan berada tersembungi di bahagian Tisu Vaskular dan berhampiran Kristal Kalsium Oxalate dalam daun.

Tetapi, mengapakah partikel Emas paling banyak tersimpan di bahagian tersebut ??

Ujar Dr. Lintern, kehadian unsur Emas itu ada kemungkinan menjadi bahan toksik tidak berbahaya kepada tumbuhan. Namun, disebabkan pohon tersebut bertindak secara aktif, maka zarah logam tersebut akan berpindah ke bahagian daun sebelum dilepaskan atau diturunkan ke tanah.

Walaupun jumlah kandungan Emas dalam daun tersebut agak kecil, yakni memerlukan lebih dari 500 pohon untuk menghasilkan sebentuk Cincin Emas, perkara ini sejujurnya sudah cukup menggembirakan para Pelombong Emas ….. !!!

Berdasarkan kepada perangkaan Majlis Emas Dunia, lebih daripada 174,000 tan Emas telah dikeluarkan dari bawah bumi bermula sejak ketamadunan manusia. Pada tahun 2011, kajian geologi Amerika Syarikat menganggarkan terdapatnya 51,000 tan Emas masih belum diterokai dan kekal sebagai rizab dunia.

Maka dengan menggunakan teknik pensampelan dan analisis tumbuh – tumbuhan ini, kata Dr. Lintern, ia mungkin lebih mudah untuk mengesan kehadiran Emas di bawah permukaan bumi tanpa sebarang penggerudian.

Secara tidak langsung, cara ini dapat menjimatkan kos carigali malah mengurangkan kesan kemusnahan alam sejagat …. !!!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s