Saya ingin terangkan mengenai Fractional Reserve System (FRS) yang mana ianya merupakan sebuah sistem bank di seluruh dunia khas untuk mencipta duit … !!
Seperti yang anda sedia maklum, wang fiat tidak lagi disandarkan dengan ‘Simpanan Emas – Gold Standard’ bermula dari tahun 1971 lagi (Bretton Woods).
Untuk itu, semakin banyak wang dicetak, semakin jatuh kuasa beliannya. Dan apabila jatuh nilainya, maka Inflasi pasti meningkat yang mana harga barangan tidak mampu lagi dikawal harganya.
Untuk menyenangkan pemahaman, bayangkan di negara kita hanya mempunyai 1 Bank sahaja dan bagaimana wang dicipta berdasarkan kepada turutan gambar di atas adalah seperti di bawah:
(1). Carl ada RM1000 hasil berniaga dan simpan duit tersebut ke dalam bank dan dalam buku akaun dia tertulis Carl dah deposit RM1000 ke dalam bank. Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM100) duit Carl di dalam reserve bank dan 90% (RM900) lagi bank akan memberi loan kepada orang yang memerlukan.
(2), (3) & (4). Belle membuat personal loan dari bank sebanyak RM900. Duit yang Belle pinjam itu terus bank masukkan ke dalam akaun Belle secara elektronik dan dalam buku akaun dia tertulis Belle mempunyai deposit sebanyak RM900. Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM90) duit Belle di dalam reserve bank dan 90% (RM810) lagi bank akan memberi loan kepada orang yang memerlukan.
(5), (6) & (7). Apa yang berlaku kepada Belle, sama berlaku kepada John and Steve. Sehingga (8) pihak bank memutuskan untuk tidak teruskan lagi memberi pinjaman kepada orang seterusnya (memudahkan cerita).
(9). Jika diperhatikan dengan teliti di dalam kotak hitam (reserve bank), bank hanya mempunyai duit sebanyak RM1000 sahaja (RM100 + RM90 + RM81 + RM729) seperti jumlah asal yang Carl masukkan ke dalam bank. Tetapi jika dikira melalui buku akaun peminjam dan termasuk Carl, duit mereka secara total adalah sebanyak RM3439! (RM1000 + RM900 + RM810 + RM729). Bank berjaya membuat duit dari RM1000 menjadi RM3439 secara digital tanpa kalian sedar. Begini lah caranya bank membuat duit melalui simpanan dan pinjaman anda.
(10). Kenyataan ini saya henti sehingga Steve sahaja. Sekiranya saya teruskan lagi dengan bank memberi pinjaman demi pinjaman kepada orang seterusnya, melalui (FRS – 10%) ini, pihak bank mampu membuat dari deposit sebanyak RM1000 menjadi RM9,999. Dan lebih dasyat lagi RM1,000,000 mampu menjadi RM9,999,999 … !!!
Disebabkan inilah punca sebenar kenapa nilai wang kita semakin jatuh hari demi hari. Semakin banyak wang dipasaran, semakin jatuh nilai duit. Tidak dinafikan bank itu boleh diklasifikasikan antara institusi paling kejam di dunia malah, kita sendiri yang menyokongnya.
Di zaman silam sistem penghambaan dilaksanakan melalui kerahan tenaga manakala di zaman moden ini pula ianya masih berterusan dengan kaedah berbeza iaitu hutang yang menjerut leher buat sesiapa yang tidak berhati-hati dalam membuat sebarang percaturan.
Kerana itu mengapa saya sangat menyarankan agar kita menggunakan konsep 70/30 yang mana, gunakan 70% dari gaji bersih hanya untuk komitmen bulanan dan baki 30% lagi kepada:
- 10% – Wang Kecemasan
- 10% – Wang Simpanan – Tabung Haji, ASB dan sebagainya
- 10% – Logam Mulia Emas dan Perak
Masih belum terlambat untuk berubah dan yakinlah kita mampu merealisasikan impian agar mencapai ‘Financial Freedom’ di masa mendatang. In Shaa Allah