Ingin sekali saya berkongsi beberapa fakta menarik sebagai penambah pengetahuan dan keyakinan kita menyimpan logam mulia yang bernama Emas ini.
Semoga kita semakin ‘Celik’ Emas dan hayatinya sebaik yang mungkin. In Shaa Allah
Berapa banyak emas yang wujud di dunia pada hari ini?
Jawapannya mungkin mengejutkan anda. Oleh kerana emas secara praktikal nya tahan selama-lamanya dan tidak berkarat atau turun nilainya, dianggarkan kesemua emas yang pernah dikeluarkan dari dunia ini masih ada di luar sana di sesuatu tempat dan dalam sesuatu bentuk.
Itu betul, semua emas yang pernah dikeluarkan masih wujud. Jadi itu bermaksud, syiling emas dalam tangan anda mungkin pernah dipegang oleh Firaun pada satu masa dahulu ataupun pernah menghiasi beberapa kuil Inca! Adalah dianggarkan ada sejumlah 161,000 tan emas yang wujud di dunia pada hari ini.
Sekiranya semua emas itu dileburkan dan dibentuk semula, ia akan membentuk kiub segi empat dengan saiz berukuran 18 meter, 3 meter pendek daripada kepanjangan satu gelanggang tenis. Atau untuk menyebutnya dalam cara lain, ia akan memenuhi 60 treler trektor. Ia tidaklah banyak, bukan?
Pada harga $1,200 satu auns, nilainya adalah sekitar $6 trilion, yang hanya sekitar 1 peratus daripada kumpulan aset kewangan dunia.
Negara mana yang mengeluarkan paling banyak emas?
Negara Afrika Selatan telah menjadi nombor satu selama bertahun-tahun. Namun kini tidak lagi kerana China telah mengatasi mereka. China mengeluarkan 280.5 tan dalam tahun 2008, diikuti dengan Afrika Selatan (269.9 tan) dan Australia (246.3 tan).
Negara mana yang menggunakan paling banyak emas?
Jawapannya ialah India. Negara itu menggunakan 555.1 tan emas dalam tahun 2007. Dan terma ‘menggunakan’ di sini bermaksud permintaan, dan bukan ‘penggunaan sehingga lupus.’
Apakah kegunaan terbesar emas?
Dalam turutan permintaan:
- Barangan kemas (69 peratus atau 2,548 tan)
- Pelaburan (19 peratus atau 703 tan)
- Perindustrian (12 peratus atau 441 tan)
Apakah itu dana Sovereign Wealth?
Dana Sovereign Wealth adalah dana pelaburan sesebuah kerajaan yang ditaja oleh aset tukaran asing. Dana ini diuruskan secara berasingan daripada rizab rasmi sesebuah negara. Perbezaan utama antara keduanya ialah dana ini diuruskan bagi mendapatkan kadar pulangan yang lebih tinggi sementara rizab diuruskan bagi kecairan dan keselamatan.
Jumlah dana Sovereign Wealth ini berkembang sejak iadilancarkan pada tahun 1950-an. Ada lebih daripada 40 dana Sovereign Wealth yang beroperasi pada hari ini,menguruskan aset-aset bernilai $3.8 trilion. Tiga daripada dana terbesar ialah Abu Dhabi Investment Authority, Government Investment Corporation (Singapura) dan Government Pension Fund-Global (Norway).
Apakah itu Auns Troy?
Emas diukur dengan auns troy, yang berbeza dengan aunsavoirdupois (ukuran yang lebih diketahui umum dan yang digunakan dalam kehidupan seharian kita).
Satu auns troy ialah lebih kurang 10 peratus lebih berat daripada auns avoirdupois (angka yang tepat ialah 1.097 aun). Satu auns troy ialah tepat 31.1 gram atau 480 grain.
Buku-buku sejarah mengatakan bahawa ia mendapat namanya sempena perayaan Troyes di Champaign, Perancis, iaitu pusat perdagangan yang penting untuk logam-logam bernilai pada abad ke-15.
Bolehkah emas dileburkan?
Ya, ia boleh. Emas boleh dileburkan pada had 1,064.43 centigrade.
Apakah graviti tertentu emas?
Graviti tertentu emas ialah 19.3. Bermaksud …. emas adalah 19.3 kali ganda lebih berat daripada sejumlah sama air.
Siapakah yang mula-mula sekali menerbitkan syiling emas?
Ia adalah Croesus, maharaja Lydia (kawasan ini terletak di barat Turki), yang pertama menerbitkan syiling emas pada tahun 560 S.M. Apa yang istimewa mengenai syiling-syiling ini ialah sama berat dan nilainya antara satu sama lain, dan oleh itu bolehdigunakan sebagai wang seperti yang kita ketahui.
Sesetengah orang mengatakan lagenda Raja Midas dan sentuhan emasnya sebenarnya adalah berdasarkan Croesus.
Apakah itu karat?
Emas biasanya dikira dengan karat, iaitu bahagian emas dalam sesuatu produk emas. Emas tulen adalah 24 karat. Angka yang lebih rendah menunjukkan kandungan emas berbanding aloi dalam barangan emas itu. Jadi, 18 karat ialah 18/24 daripada 100 peratus emas atau 75 peratus emas.
Bahagian 25 peratus lagi terdiri daripada logam lain yang mungkin boleh jadi perak,tembaga, zink atau paladium. Tujuan utama menambahkan logam lain ialah untuk menguatkan produk itu (emas tulen adalah lembut).
Secara alternatifnya, kandungan emas boleh dikira melalui ‘ketulenan’, iaitu kandungan emas dalam bahagian-bahagian setiap ribu, sebagai contoh 750 (iaitu 75 peratus atau emas 18 karat).
Untuk pengetahuan anda, carat (yang dieja denganhuruf ‘c’) pula ialah ukuran bagi mengukur berat batu berharga,terutamanya permata.
Apakah itu emas putih?
Emas putih ialah emas 18 karat, yang bermaksud ia dibuat daripada 75 peratus emas dan 25 peratus logam lain. Logam itu menjadi putih kerana ia disalut dengan rodium (logam yang keras, bersinar dan berwarna putih).
Apakah itu Bulion?
Bulion bermaksud satu logam berharga yang disiapkan dan mempunyai berat tertentu. Jadi, jongkong emas dan syiling emas adalah kedua-duanya bulion.
Mengapakah premium syiling yang kecil lebih tinggi daripada syiling 1 auns?
Kos membuat syiling lebih kurang sama tanpa mengira saiznya. Jadi, premium yang dikenakan untuk syiling lebih besar (1 auns) lebih rendah kerana kos pembuatan boleh diratakan kepadajumlah emas yang lebih besar.
Secara amnya, premium untuk jongkong emas lebih rendah daripada syiling kerana ia kurangnya kos pengendalian. Sudah tentu, sebaliknya bagi barangan kemas kerana premiumnya lebih tinggi bagi menampung kos pembuatan dan pengendalian.
Mengapakah syiling didatangkan dengan nilai muka?
Contohnya, syiling 1 auns Kijang Emas mempunyai nilai muka sebanyak RM200. Mengapa? Nilai muka memberikan status niaga kepada syiling berkenaan, yang menjadikannya lebih mudah untuk dibawa merentasi sempadan ke negara-negara lain tanpa dikenakan cukai atau tarif.
Tapi sudah tentu, nilai muka hanyalah perkara nominal. Tiada sesiapa yang membeli atau menjualnya pada nilai muka, walaupun pihak yang mengeluarkan syiling itu sendiri. Sebaliknya, syiling itu diniagakan pada harga semasa emas ditambah dengan premium.
Kenapakah logam lain dicampurkan dengan emas?
Emas tulen adalah lembut jadi logam lain seperti perak dan tembaga selalunya ditambah bagi menjadikannya lebih keras dan tahan lasak. Ini khusus sekiranya emas itu digunakan untuk perdagangan. Segala pengendalian itu akan merosakkan emas, jadi akan menjatuhkan nilainya. Ini juga menjelaskan kenapa kebanyakan barangan kemas adalah dalam bentuk 18 atau 22 karat.
Adakah syiling 24 karat lebih baik daripada 22 karat?
Ya …. Walau bagaimanapun, syiling emas 22 karat akan mempunyai keseluruhan beratnya dalam emas. Berat tambahan itu adalah kerana logam lain telah ditambah kepadanya untuk menjadikannya lebih kuat.
Kedua-dua syiling U.S. Eagles dan Krugerrand adalah emas 22 karat.
Syiling emas Canadian Maple Leaf, Chinese Panda,Australian Kangaroo, Singapore Lion dan Kijang Emas adalah semuanya 24 karat. Memandangkan kesemua syiling ini adalah bertujuan sebagai pelaburan dan bukan perdagangan semata-mata, ia boleh diterbitkan dalam bentuk emas tulen kerana ia jarang dikendalikan.
Adakah emas memerlukan pengendalian atau penjagaan yang khusus?
Emas tidak berkarat, luntur atau kotor. Ini bermakna anda tidak perlu membasuhnya, mengelapnya ataupun mencucinya. Namun, anda digalakkan menyimpannya dalam tiuboriginal, bekas atau bungkusan plastik bagi mengelakkannya tercalar.
Calar itu tidak akan memberi kesan kepada nilai emas itu tetapi ia mungkin memberi kesan kepada harga jualan semula memandangkan kebanyakan penjual menghendaki emas itu kekal dalam keadaan asalnya yang sempurna.
Adakah saya perlu membuat laporan apabila saya membeli emas?
Bagaimana ketika saya menjualnya? Anda tidak perlu melaporkan kepada sesiapa atau mana-mana kementerian apabila anda membeli atau menjual emas … itu adalah hak anda secara keseluruhannya.
Adakah terdapat had maksimum untuk emas yang saya miliki?
Tidak, anda boleh membeli dan memiliki sebanyak mana emas yang anda inginkan. Tidak ada kadar maksimum.
Di manakah saya boleh menjual emas?
Jawapan pertama ialah anda boleh menjualnya di mana-mana di dunia ini.
Jawapan yang lebih baik ialah tempat yang sama di mana anda membelinya. Anda akan melalui kurang kerenah di sana. Ini menjelaskan kenapa anda patut membeli:
1) Emas dalam bentuk yang paling diterima ramai kerana ia mempunyaipasaran yang paling luas
2) Daripada syarikat-syarikat yang besar kerana peluang untuk mereka tutup kedai adalah rendah. Syarikat yang lain mungkin akan membeli emas yang anda beli dari tempat lain tetapi mereka biasanya akan mengenakan caj yang tinggi. Ini mungkin setinggi 25 peratus atau lebih daripada harganya
Adakah saya perlu membayar cukai ke atas keuntungan jualan emas?
Tiada cukai ke atas keuntungan jualan di Malaysia (kecuali untuk hartanah). Jadi, ini bermaksud anda boleh menyimpan semua keuntungan anda.
Semoga keterangan di atas jelas dan dapat menjadi panduan buat Anda !