Tidak dinafikan wanita dan barang kemas perhiasan sangat sinonim sejak lebih 3000 tahun sebelum Masihi yang mana ianya di tempa menjadi perhiasan berupa barang kemas juga sebagai barang perhiasan lain yang melambang keagungan di Mesir.
Sesuatu yang ingin saya kongsikan di sini tentang wanita dan Emas seperti di dalam gambar ini yang diambil salah seorang Master Dealer kami (Pn Jonaina) di Gold of Africa Museum sewaktu mengikuti program Public Gold di Cape Town beberapa tahun yang lalu.
Adakah anda perasan wanita ini memakai cermin mata khas berbentuk bulat dan mempunyai jaring ?
Untuk pengetahuan anda, wanita ini adalah seorang yang sangat berpengaruh. Beliau ialah Ibu kepada Raja (King’s mother) di sebuah Empayar yang bernama Ashanti di Africa Utara, juga dikenali sebagai Ghana suatu ketika dahulu dan Wanita ini juga adalah Ikon yang melambangkan kekayaan keluarga diraja.
Oleh sebab terlalu banyak perhiasan Emas yang dipakainya maka beliau memerlukan sekurang-kurangnya dua orang untuk membantu memegang dan mengampu tangan beliau.
Cermin mata Emas yang dipakai oleh wanita ini bukanlah bertujuan untuk mendapat penglihatan yang lebih jelas tetapi sebagai ‘Lambang Kekuasaan’ untuk ditunjukkan kepada Bangsa Eropah yang baru tiba di Empayar itu mengenai kekuasan beliau yang tiada taranya.
Masyarakat Afrika ketika itu juga mempunyai kepercayaan di mana mereka tak boleh sewenang-wenangnya memandang mata Ibu kepada Raja ini kerana khuatir akan menjadi buta.
Sangat hebat Aura Emas ini bukan ?
Buat anda (Wanita) diluar sana, saya yakin setiap dari anda pasti mempunyai barang kemas peribadi. Tidak dinafikan perhiasan diri itu penting kerana ianya ‘Mahkota’ seorang wanita. Maka dengan ini, izinkan saya mengingati anda bahawa Zakat Emas jangan sesekali dilupakan. Apabila kuantiti Emas perhiasan sudah sampai waktunya genap setahun melebihi uruf yang dibenarkan buatlah tindakan segera menyempurnakan salah satu Ibadah suci ini. Harta yang dibelanjakan ke arah kebaikan In Shaa Allah Yang Maha Esa akan menggandakannya.
Bagi yang mempunyai lebihan Emas perhiasan, saya galakkan agar anda mula berusaha menyimpan Emas Pelaburan bagi mendapatkan pulangan yang lebih baik di masa hadapan.