
Butterworth: Kerana mahu menambah pendapatan sampingan serta mengejar hidup mewah yang diimpikan, seorang penjawat awam wanita mendakwa terjerat dan ditipu lebih RM10,000 selepas menyertai kelas pelaburan dianjurkan seorang lelaki di Damansara, Selangor, sejak November lalu.
Wanita yang mahu dikenali sebagai Hafizah, 44, berkata, dia yang bekerja sebagai pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini mula terjebak dengan pelaburan forex selepas diperkenalkan rakan sekerjanya.
Katanya, selepas mempelajari sedikit selok-belok pelaburan itu, dia terjebak dan mahu mempelajari lebih lanjut mengenai pelaburan berkenaan sebelum mereka menghubungi remaja berusia 25 tahun dikenali sebagai Ijan yang mengaku guru dan pakar pelaburan forex berpangkat ‘Datuk’ di Damansara.
“Saya melihat sendiri gambar kereta mewah, wang tunai yang dimuat naik di laman sosial miliknya serta membaca testimoni peserta yang menghadiri kelas pelaburan dijalankannya di Kuala Lumpur itu.
“Dia memuat naik gambar kemewahan dimilikinya termasuk gambar memegang ketulan wang kononnya hasil pelaburannya,” katanya di sini, semalam.
– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108194#sthash.cD7R0PaM.dpuf