Saudaraku Yang Bahagia,Rasulullah SAW dalam beberapa hadisnya sering menggunakan analogi dengan menggunakan garisan. Baginda mengambil patahan ranting dan membuat gambar segi empat di atas pasir. Lalu beliau menarik garis lurus ditengahnya. Dari garis tersebut, dibuat cabang-cabang tegak lurus. Lalu Beliau bersabda; ‘‘Ini adalah manusia dan ini adalah ajalnya yang telah mengitarinya atau yang mengelilinginya dan … Continue reading Garis Segi Empat
Category: Sekadar Renungan
Rudi dan Sikat Gigi – Kisah Sederhana Yang Penuh Hikmah
Kisah Rudi dan sikat gigi (berus gigi) ini merupakan satu kisah yang saya dapatkan ketika mengikuti 'Training ESQ' dan semestinya ia menyentuh hati saya. Kisah ini membuat saya mengerti tentang erti keikhlasan, integriti dan sikap memberi. Izinkan saya menceritakan kembali kepada anda agar bersama mendapat pengajarannya. InsyaAllah Di suatu pagi, Rudi pergi ke sebuah syarikat … Continue reading Rudi dan Sikat Gigi – Kisah Sederhana Yang Penuh Hikmah
Api Kemarahan
Nyamuk-nyamuk itu menggigit,Darah dihisap tanpa sedar,Panasnya hati batin menjerut,Marahkan nyamuk kelambu dibakar. Sudahkah bersedia untuk berpindah?Bakar kelambu merebakkan bara berbahang,Api menjulang garang ke bumbung rumah,Menjilat rentung berbara debu dan arang. Kemarahan itu,Panas yang membakar,Syaitan menari di hidung yang tinggi,Memperkudakan siapa yang takbur hatinya. Padamkan api !Yang kian marak di sekitar jiwa,Yang pasti menghanguskan peribadi,Dengan menghangus … Continue reading Api Kemarahan
Antara Kehebatan Bersedekah
Dalam banyak-banyak amalan kebaikan, akan ada manusia ketika di dunia dulu sangat berat untuk bersedekah. Namun, ketika menghadapi saat kematiannya, dia merayu kepada Allah supaya ditangguhkan seketika supaya dia dapat berbuat demikian. Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung; “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu … Continue reading Antara Kehebatan Bersedekah
Beza Makna Antara Sedekah, Infaq dan Waqaf
Sedeqah bererti pemberian yang padanya dicari pahala daripada Allah Taala. Manakala Ibn Manzur memberikan definisi sedekah sebagai apa yang apa yang engkau berikan kerana Allah kepada golongan fakir, yakni yang memerlukan. Sedekah merangkumi maksud zakat wajib, dan sedekah sunat, seperti yang dimaksudkan dalam al-Quran. Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung; Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) … Continue reading Beza Makna Antara Sedekah, Infaq dan Waqaf
‘Mata Lebah’ atau ‘Mata Lalat’?
Seorang alim bertanya;"Apa yang lebah akan cari apabila dicampak ke dalam sampah?" Si Dia menjawab;"Pasti lebah akan mencari madu." Orang alim itu berkata;"Tidak. Sebaliknya lebah akan mencari bunga terlebih dahulu, kemudian baru akan datangnya madu" Setelah itu orang alim itu bertanya lagi;"Apa yang akan terjadi apabila lalat dicampakkan ke dalam taman yang dipenuhi dengan bunga-bunga … Continue reading ‘Mata Lebah’ atau ‘Mata Lalat’?
Menteri Yang Kebingungan Mencari Jawapan
Pada zaman dahulu ada seorang Sultan yang telah mengambil seorang ilmuan untuk dijadikan menterinya. Maka dari itu diberikan kurnia berupa istana, gelaran dan pangkat serta seorang isteri yang cantik dan pelbagai kemewahan yang lainnya. Sehinggalah pada suatu hari Sultan memanggil menteri tersebut kerana mahu bertanyakan tentang 3 soalan yang sarat berlegar di mindanya ketika itu … Continue reading Menteri Yang Kebingungan Mencari Jawapan
Melangkahlah Dan Jangan Sesekali Mengalah !
Dikisahkan ada seorang yang kaya bertanya pada seorang miskin; "Jika aku boleh tunaikan satu permintaan untukmu, apa yang ingin kamu minta?" Jawabnya:"Aku mahu minta kamu berikan aku modal berniaga. Aku seorang miskin mana mungkin aku mampu untuk mulakan perniagaan." "Kamu pernah berniaga?", tanya si kaya. "Tidak pernah tetapi aku ingin mencuba untuk mengubah nasibku", orang … Continue reading Melangkahlah Dan Jangan Sesekali Mengalah !
Kisah Ahli Maksiat Yang Membenci Maksiat, Menyintai Para Soleh Dan Mengharapkan Rahmat Allah
Di kisahkan terdapat seorang lelaki pada zaman Nabi Musa ‘alaihissalam yang telah meninggal dunia. Orang ramai tidak mahu menguruskan jenazahnya kerana kefasikan lelaki ini. Mereka kemudiannya membuang jenazahnya ke sebuah tempat yang kotor dan busuk. Allah Subhanahu Wa Taala kemudiannya memberikan wahyu kepada Nabi Musa ‘alaihissalam; “Wahai Musa, seorang lelaki telah meninggal dunia, tetapi orang-orang … Continue reading Kisah Ahli Maksiat Yang Membenci Maksiat, Menyintai Para Soleh Dan Mengharapkan Rahmat Allah
Yang Di Junjung Teguh
"..... dan dijunjung orang melayu itu hanya ada tiga perkaranya iaitu Al-Quran, keris, tanjak ... maruah maruah maruah ...." (Laksamana Hang Tuah) Al-Quran - Melambangkan Agama IslamKeris - Melambangkan BangsaTanjak - Melambangkan tanah yang dipijak iaitu Tanah Melayu. Memakai tanjak adalah bermaksud mengaku Tanah Melayu merupakan tempat asal usul orang melayu. Maka sesiapa menghina pemakai … Continue reading Yang Di Junjung Teguh
