Bagaimana Memandang Wajah-Nya

Maha Suci Allah yang mengatur segala sesuatu dengan kemas, rapi dan sempurna. Benar,Sesungguhnya setiap ciptaan dari Allah Yang Maha Agung itu tidaklah sia-sia. Maha Benar Allah di atas Firman-Nya yang agung; إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada … Continue reading Bagaimana Memandang Wajah-Nya

Pesanan Suci – Sheikh Abdul Qadir Al Jailani

"Jika Allah SWT telah memberikan harta benda kepadamu, kemudian engkau sibuk dengannya dan melupakan taat kepada Allah SWT, maka Allah SWT akan membuat penghalang antara engkau dan Dia dengan harta benda tersebut di dunia dan akhirat. Boleh jadi, Allah SWT akan mencabut harta benda itu darimu, mengubah nasibmu, dan membuatmu menjadi miskin kerana engkau telah … Continue reading Pesanan Suci – Sheikh Abdul Qadir Al Jailani

Kewalian

Menurut Al Tirmidzi ada 2 jalur yang dapat ditempuh oleh seorang Sufi untuk meraih darjat kewalian. Jalur Pertama - Disebut thariq ahl al-minnah (jalan golongan yang mendapat anugerah)Jalur Kedua - Disebut thariq ashhab al-shidq (jalan golongan yang benar dalam beribadah) Melalui jalur pertama, seorang Sufi meraih darjat wali di hadapan Allah semata mata kerana kurniaNya … Continue reading Kewalian

Nafsumu Itu Berhala Dalam Dirimu

Sesungguhnya nafsu yang memerintahkan kejahatan itu lebih memusuhimu daripada Iblis! Iblis dan tenteranya melalui syaitan jin dan syaitan manusia hanya memperalatkan hawa nafsu untuk menguasaimu. Maka janganlah tertipu. Watak nafsu adalah berasa aman, suka berlengah-lengah, bersuka-suka dan bermalas-malas. Setiap rayuannya adalah batil dan palsu belaka. Jika engkau lemah melawannya, lalu mengikuti keinginannya, tentulah dia melemparkanmu … Continue reading Nafsumu Itu Berhala Dalam Dirimu

Usah Dirimu Menilai Seseorang Dari Luaran

Dalam pandangan Allah, kemuliaan seseorang bukan hanya dilihat dari sisi lahirnya sahaja seperti rupa yang cantik atau tampan, harta yang berlimpah ruah mahupun keturunan yang baik, akan tetapi Allah hanya melihat amal hati seperti keikhlasan, rasa khauf (takut), ketundukan dan juga amal anggota badan seperti solat, puasa, dan selainnya. Berapa banyak dari manusia yang memiliki … Continue reading Usah Dirimu Menilai Seseorang Dari Luaran

Khutbah Paling Pendek Dari Syeikh Abdul Qadir Al Jilani

"Satu suap engkau masukkan ke dalam perut orang yang lapar lebih baik dari membangun seribu Masjid Jami'. Dan lebih baik dari memberi kiswah Kaabah dengan kain sutera. Dan lebih baik dari orang yang qiamulail dan rukuk. Dan lebih baik dari berjihad melawan kekafiran dengan pedang yang terhunus. Dan lebih baik daripada berpuasa sepanjang tahun waktu … Continue reading Khutbah Paling Pendek Dari Syeikh Abdul Qadir Al Jilani

Rahsia Khidir (Guru Mursyid)

Sayyidina Ali bin Abi Talib berkata; "Ketahuilah bahawa Khidir berada di antara Lautan "ALAM SEDAR" dan Lautan "BAWAH SEDAR", iaitu suatu tempat di antara Bahr Al-Ajsam (Lautan zahir yang mata kasar) dan Bahr Al-Ma'na (Lautan Batin)" Pernahkah suatu ketika kamu mengalami, takkala kamu duduk berzikir terus di antara sedar dan tidak, seperti mimpi kita melihat … Continue reading Rahsia Khidir (Guru Mursyid)

Kasyaf

Kasyaf adalah salah satu karamah atau kelebihan yang diberikan Tuhan kepada hamba-hambaNya yang dikasihiNya. Apa yang ingin disebut di sini adalah kasyaf yang dianugerahkan Tuhan kepada kekasihNya atau waliNya.Walaupun tidak dinafikan, ada kasyaf yang didapati oleh orang awam, kasyaf sebegitu boleh menipu dan merosakkan diri merka. Kasyaf itu jika tidak dipimpin dan dijaga, nescaya menjadi … Continue reading Kasyaf

Rasa Lapar Boleh Menjernihkan Hati

Syekh Ibnu Atha'illah dalam kitab Taj al-'Arus mengatakan; Terdapat empat perkara yang dapat membantu membeningkan hati: 1) Banyak berzikir 2) Banyak diam 3) Banyak khalwat 4) Mengurangi makan dan minum Pertama, zikir kepada Allah akan membersihkan hati dari kesesatan dari kebergantungan kepada selain Dia. Hati yang biasa dan mudah berzikir adalah hati yang mengenali iman, … Continue reading Rasa Lapar Boleh Menjernihkan Hati

Membuka Mata Hati

Menurut Ibnu Athoillah manusia mempunyai 2 mata, iaitu Mata ZAHIR dan Mata BATIN. Mata Zahir berfungsi untuk melihat hal-hal yang sifatnya fisik, sedangkan mata batin berguna untuk melihat hal-hal metafisik. MATA ZAHIR termasuk dalam susunan tubuh manusia yang terbentuk dari susunan daging dilindungi oleh tulang dan rambut yang berada di bagian muka manusia. Dalam proses … Continue reading Membuka Mata Hati