Seorang Mursyid itu tidak semestinya berpenampilan luarannya berjubah serban ataupun penampakan sebagai seorang yang warak kerana ciri utamanya telah sampai ke hadhrat Allah SWT dan ianya boleh membawa orang lain juga untuk sampai ke hadrat Allah SWT (melalui Wasilah Baginda Rasulullah SAW).Sukar dicari ketika ini bukannya asbab akan kerana kita kini sudah berada di akhir … Continue reading Mursyid
Category: Jalan Kesufian
Puisi ‘Berkuntum Indah’ Buatmu Para Guru dan Sahabatku.
Puisi yang berkuntum indah buatmu para Guru dan Sahabatku yang dikasihi dalam terus mengembara mencari 'Erti'. Semoga bahagia buat kita disisi-Nya, Allahumma Ameen. Ku bisikkan selarik puisi pagi berbunga rindu, Harum mewangi dalam zauq tulus sirnamu, Kita kembara mengintari benua - benua penuh berdarah, Dalam membentuk jiwa yang berkerawang manik-manik bercahaya indah.Pada sajadah hati yang … Continue reading Puisi ‘Berkuntum Indah’ Buatmu Para Guru dan Sahabatku.
PakSu Mid – Sebuah Mutiara Yang Hebat!
Apabila berjumpa dan duduk di hadapan Paksu Mid ini, hati secara tidak langsung merasa gementar, timbul segala perasaan hormat, segan, malu dan rasa hina. Walhal Paksu Mid bukannya orang besar, bukan seorang Menteri, bukan orang gagah malah berpengaruh. Tetapi mengapa terbitnya perasaan itu? Jangankan berhadapan dengannya malah sewaktu menuju ke rumahnya pun diri merasa gementar. … Continue reading PakSu Mid – Sebuah Mutiara Yang Hebat!
Tanya Sama Itu Hud-Hud – Maksud Tersirat Mencari Diri
Tujuh Puluh Tiga Pintu... Tujuh Puluh Tiga Jalan... Yang Sampai Hanya Satu Jalan Sebuah hadith Rasulullah SAW menyebutkan tentang umat Islam yang terpecah kepada 73 golongan dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yang terselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya. Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab … Continue reading Tanya Sama Itu Hud-Hud – Maksud Tersirat Mencari Diri
Asal Perkataan Sufi
Dari mana asalnya perkataan "SUFI" ? Ibn Khaldun Rahimahullah (1322M - 1406M) menegaskan bahawa pada kurun ke-2 Hijrah dan seterusnya, masyarakat mula cenderung kepada urusan duniawi. Pada masa itu, nama “SUFI” diberikan kepada mereka yang cenderung kepada ibadah. [Rujukan kitab (al-Muqaddimah, 3/76)] Menurut Abu Nasr al-Sarraj Rahimahullah pula istilah SUFI ditemui seawal zaman al-Imam al-Hasan … Continue reading Asal Perkataan Sufi
Kenali Hawa Nafsu
Sifat ADA adalah sebenarnya sifat Allah. Sifat ADA itu ESA, hanya Allah sahaja yang layak bersifat dengan sifat ADA. Selain daripada Allah sebenarnya bersifat dengan sifat tidak ada atau tiada. Untuk memperkenalkan diriNya, Allah telah tajalli atau zahirkan sifat adaNya. Apabila Allah zahirkan sifat adaNya, sifat ada itu tetap menjadi milik Allah juga dan tidak … Continue reading Kenali Hawa Nafsu
Jalan Pencarian Tuhan
Para penguasa / pemimpin / sultan / pemerintah / raja di waktu silam sentiasa merujuk kepada Guru Rohani mereka. Sepertimana Sultan Muhammad al-Fateh yang sentiasa merujuk Sheikh Aaq Syamsuddin, sepertimana Sultan Zainal Abidin III merujuk Tokku Paloh dan ramai lagi. Mereka tidak membuat keputusan terburu-buru sebaliknya akan merujuk dahulu kepada guru rohani mereka. Seorang pemimpin … Continue reading Jalan Pencarian Tuhan
Mengenali Maqam Diri
Pada diri peribadi setiap manusia terdapat 'tempat' yang disebut 'MAQAM DIRI'. Tempat ini sangat penting untuk diketahui dan difahami kerana apabila sebuah maqam tersebut tidak pernah kita kunjungi atau tidak pernah kita perdulikan sama sekali maka bencanalah yang akan melanda diri baik di dunia mahupun di akhirat. Ada waktu, kita menziarahi maqam kuburan mereka yang … Continue reading Mengenali Maqam Diri
Syair Makrifat
Jikalau diibarat sebiji kelapa,Kulit dan isi tiada serupa,Janganlah kita bersalah sapa,Tetapi beza tiadalah berapa. Sebiji kelapa ibarat sama,Lafaznya empat suatu makna,Di situlah banyak orang terkena,Kerana pendapat kurang sempurna. Kulit itu ibarat Syariat,Tempurungnya itu ibarat Tariqat,Isinya itu ibarat Haqiqat,Minyaknya itu ibarat Makrifat. Shaykh Abdul Rauf ibn Ali al-Fansuri
Sentuhan Kisah
Suatu ketika, syaitan telah memasuki ke dalam hati salah seorang daripada murid Al Junaid Al Baghdadi dan telah membisikkan bahawa murid itu telah mencapai kesempurnaan dan tidak perlu lagi menuntut dengan Aulia Allah tersebut. Maka dari itu, murid tersebut telahpun memencilkan dirinya. Berkata murid itu pada suatu hari bahawa dia telah dikunjungi oleh malaikat setiap … Continue reading Sentuhan Kisah
