Biji Saga

Sepanjang perjalanan menuju Masjid Wilayah Persekutuan Labuan tadi, laluan itu berselerakan dengan biji-biji buah saga yang berguguran.

Secara tidak langsung, mengimbau kembali zaman kanak-kanak dahulu di Kuantan, Pahang yang mana permainan traditional ini menjadi salah satu hiburan kami di masa itu.

Permainan ini sebetulnya sesuai dimainkan oleh kanak-kanak perempuan. Bagaimanapun ada juga kanak-kanak lelaki yang bermain permainan ini dan saya salah seorang darinya….. 😊

Tempat bermain yang paling sesuai ialah di atas simen dan lazimnya apabila permainan ini diadakan, rakan-rakan sebaya akan duduk berhampiran untuk menyaksikan kecekapan dan kebolehan sesesorang pemain melagakan biji saga yang diselerakkan di atas lantai tersebut.

Natijahnya, permainan tradisional merupakan khazanah warisan yang tidak ternilai. Oleh itu pada saya, generasi muda bertanggungjawab untuk melestarikan khazanah ini daripada generasi kepada generasi.

Alangkah indahnya membesar di tahun 80an. Melalui pelbagai mainan traditional ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan hubungan kemasyarakatan dan fizikal kami menjadi lebih cergas.

Ada ketika saya lalai dengan waktu dek keasyikan bermain dengan teman sebaya. Tahu-tahu arwah Bonda sudah tercegat di depan menyuruh saya pulang ke rumah. Ajaibnya, Bonda tahu di mana saya ketika itu walau tidak saya maklumkan ke mana saya pergi sebelum itu. Itulah antara kehebatan seorang Ibu yang tahu gerak geri dan keberadaan anak-anaknya seumpama ‘tertanamnya’ GPS di tubuh badan saya.

Allahu Akbar!
Semoga damai ruh Bonda di alam sana dan ditempatkan bersama para HambaNya yang istimewa. Allahumma Ameen.

“Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.”

Walaupun zaman beredar, tetapi segala warisan yang baik dan sejati perlu diperkukuhkan supaya bangsa kita tidak digelar sebagai etnik yang tidak berakar umbi dan sentiasa terhanyut oleh arus globalisasi.

Wallahu a’lam

Abu Adam
Memori Masa Lalu
Bukit Sekilau, Kuantan (Pahang)
Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s