Jika di tanya mengenai bagaimanakah kita mengukur kekayaan seseorang individu?
Pasti jawapan yang paling banyak dijawap adalah mengikut berapa besarnya pendapatan bulanan yang diterima setiap bulan…. 😊
Adakah anda bersetuju jika saya katakan ianya adalah jawapan yang tidak tepat? Mengapa?
Pengalaman saya secara peribadi yang sering melihat ‘mereka’ yang memiliki pendapatan 5 angka sebulan pada akhir bulan tidak juga mempunyai simpanan angkara nafsu yang menguasai diri. Pada mereka, gunakan kesempatan yang ada sementara ada wang di tangan untuk memiliki apa yang dihajati. Dan untuk perjalanan hari mendatang, fikirkan ianya di hari kemudian.
Barangkali kehidupan yang ditaburkan dengan ‘kemewahan’ ini tidak pernah terhenti selama ini. Maka dari itu anggapan itu hadir. Tatkala Allah ‘menguji’ hamba-Nya, dikala itu ‘si dia’ tersungkur rebah ke bumi kerana sekelumit wang simpanan yang ada selama ini tidak mampu mempertahankan kehidupan.
Maka benar pepatah melayu yang mengatakan; ‘Sediakan payung sebelum hujan !’. Kita tidak mengetahui apa yang berlaku di kemudian hari. Di waktu kini, terlalu banyak perkara mahupun bencana yang hadir sekelip mata. Maka dari itu wajib kita berwaspada dan bersedia.
Kekayaan haruslah diukur dengan berapa lamakah seseorang itu mampu bertahan sekira tiadanya pendapatan active sebagai contoh kehilangan pekerjaan, dilanda musibah kemalangan yang akhirnya mendapat kecacatan kekal juga hilangnya tempat bergantung harap. Nauzubillah
Antara yang memainkan faktor penentu berapa lamakah kita mampu bertahan adalah;
- Jumlah simpanan dan harta terkumpul selama ini
- Pendapatan pasif yang diterima (termasuk hasil rumah yang disewakan, royalti, komisyen, bisnes yang kita miliki dan mampu beroperasi tanpa kehadiran kita)
- Kos sara hidup kita
- Ansuran pinjaman yang kita tanggung
- Kemahiran lain yang mampu menjana pendapatan sekiranya berubah profession
Maka dengan itu jangan sesekali terkejut jika seorang yang berpendapatan tinggi belum tentu ‘Survive’ dalam tempoh yang panjang jika hilangnya pekerjaan kerana semakin besar pendapatannya maka periuk nasinya mungkin semakin besar juga.
Percayalah, saya salah seorang yang tergolong di dalam kumpulan ini dahulu. Saya turut pernah ‘di buru’ oleh pihak bank kerana bahana penggunaan kad kredit yang melampau dari kemampuan. Hidup penuh gaya menjadi keagungan walhal aset tidaknya pernah bertambah yang akhirnya menyukarkan saya untuk tidur lena saban hari.
Alhamdulillah, fasa itu telah berlalu dan saya anggap ianya sebagai ‘yuran kebodohan’ untuk saya sebagai peringatan keras agar ianya tidak kembali menjelma.
Hujung pangkalnya, perbelanjaan berhemah sangatlah dituntut. Nafsu harus di kawal sepenuhnya oleh minda dan minda yang sangat hebat ini dipunyai oleh setiap insan dimuka bumi iaitu kita semua … 😊