Asalnya Huwa-Allah menjadi Hu-Allah dalam kekosongan, sekosong-kosongnya yang ada Hu-Ah. Sesiapa yang benar-benar ingin mencari kebenaran hakikat ketuhanan pasti akan mencari apakah rahsia disebalik kalimat ‘Dia Allah‘ (Huwa Allah).
Kenapa Huwa-Allah?
Kenapa tidak Allah Allah…?
Di dalam Surah Al-Ikhlas, ada disebutkan kalimat Huwa-Allah. Surah Al-Ikhlas ini adalah kunci gerbang untuk kita mengenal diri-Nya yang esa.
Huwa ini menekankan tentang Allah yang berdiri sendiri, kata huwa dapat juga menjadi kunci pintu untuk memasuki ‘Alam Rabb‘ atau alam ketuhanan iaitu Allah yang bukan lagi huruf dan bukan lagi kalimat kata.
Huwa-Allah menjadi sangat penting dalam memasuki alam makrifat. Kerana itu setiap aliran tarekat pasti di hujung pengajarannya mengajarkan zikir Huu-Allah ini dan menggabungkan dengan keluar masuknya nafas .
Rahsia dibalik kalimat Huu-Allah adalah sebab kalimat ini dapat menjadi kunci untuk masuk ke alam makrifat. Huu-Allah yang dikombinasikan dengan nafas menjadi latihan yang efektif untuk menuju pada kesedaran tentang dzat Allah. Setelah terbukanya ilmu zikir nafas ini maka yang rahsia sudah tidak rahsia lagi.
Sesiapa sahaja dapat memasukinya dan sesiapapun dapat mempelajarinya. Ilmu Allah sudah terbuka luas bagi anda, yang penting sekarang adalah apakah niat dan kemahuan kita, mahu bersama Allah atau tidak.
Orang zaman dahulu tidak dapat menerangkan tentang kesedaran ‘consciousness’ tapi sekarang perkembangan ilmu psikologi dan ilmu neurologi dapat menjelaskan dengan sangat jelas tentang hal yang masih dianggap rahsia.
Rasulullah SAW selalu memerintahkan kita untuk bertauhid dengan benar, bertauhid dengan kelurusan jiwa dan mendalami alam hakikat dan makrifat sehingga kita benar-benar faham.
Surah Al-Ikhlas adalah surah yang menceritakan akan Ke-Esa-an Allah tetapi, mengapakah ianya dinamakan Al-Ikhlas walaupun tiada perkataan ikhlas dalam surah ini?
Ianya adalah kerana ‘ikhlas’ itu adalah kunci gerbang unuk kita mengenal diri-Nya yang esa.
Dari kaca mata syariat, ikhlas itu adalah perbuatan hanya kerana Allah. Manakala dari pandangan makrifat pula ianya lebih mendalam iaitu perbuatan itu perlu kembali kepada Allah dengan kata lain, mengembalikan dzat, asma, sifat, af’al makhluk itu kepada Allah.
Setelah itu barulah dinamakan hakikat ikhlas atau sebenar- benar ikhlas apabila tiada lagi wujud ‘berhala diri’ ataupun ‘keakuan diri’.
Demi Allah, saya berpesan kepada diri saya dan anda agar mengamalkan pembacaan Surah Al-Ikhlas ini setiap hari. Jangan sesekali tinggalkan sehingga ia sebati dengan kehidupan seharian kita sehinggalah kita terbiasa dan merasa janggal apabila tidak membacanya.
Allahu Allah, biarpun sedikit asalkan kita istiqamah. InsyaAllah