Salam Kemerdekaan Dari Saudi Arabia

21149989_681092552015256_4591881612990842299_n

Satu Kata …. Merdeka !!

Hingga detik ini ribuan darah telah tertumpah
Hingga detik ini ribuan nyawa telah melayang
Hingga detik ini ribuan belulang telah berserakan
Sebuah harga yang harus dibayar
Demi terwujudnya kemerdekaan bangsa
Demi terwujudnya satu kata
Merdeka !!

Detik ini bangsa kita telah merdeka
Detik ini Malaysia telah merdeka
Bangsa besar telah lahir
Terwujud dengan semangat para pejuang
Yang terbayarkan dengan titisan darah dan air mata
Serta jiwa-jiwa yang terkorbankan
Demi satu kata
Merdeka !!

Tak terhitung jiwa gugur di medan pertempuran
Darah segarmu merasuk ke dalam sela-sela tanah air
Dengan bangga jenazahmu tersenyum
Menyaksikan kemenangan yang tak pernah kau nikmati
Semuanya demi satu kata
Merdeka !!

Pentingnya Menghargai Kemerdekaan 

Kemerdekaan hanya datang sekali. Ia bukanlah barang mainan mahupun timbul berulang-ulang. Kerana itu, ia harus dijaga, dipupuk dan dipelihara sebaik-baiknya. Hakikatnya, kemerdekaan adalah sebuah anugerah yang besar lagi tidak ternilai. Ia mengajar sesebuah bangsa negara itu berdiri di atas kaki sendiri, mendewasa, dan mematangkan diri.

Kita perlu akui dan menerima hakikat bahawa Malaysia sebuah negara berbilang kaum yang unik. Keunikan inilah yang menjadikan kita sangat istimewa.

Kini bukanlah masanya untuk kita berpecah belah dan saling berbalah. Walau apa dugaan yang merintang, kita tidak boleh berputus asa, sebaliknya harus terus mara ke hadapan untuk memajukan negara berasaskan kepada perpaduan nasional.

Pada masa yang sama, jangan sesekali lupa untuk bangkit berusaha mencapai kewangan diri / keluarga yang lebih sempurna. Dunia kini semakin mencabar tatkala menghadapi ekonomi yang semakin merundum. Secara tidak langsung, ianya mampu menjadi satu bentuk jajahan terbaru tanpa kita sedar akan hakikatnya oleh ‘Si Dia’ yang rakus ingin menghambakan bangsa.

Justeru itu, pada masa yang sama ayuh MERDEKAkan diri Anda sekeluarga dari;

  • Kejatuhan nilai wang fiat
  • Manipulasi sistem kewangan
  • Kesempitan hidup di masa mendatang
  • Bahana inflasi yang mencengkam

Masa semakin suntuk. Bertindak secepatnya sebelum berputih mata !!

 

 

 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s