Tujuan utama menyimpan dan melabur dalam Emas bukan sekadar mendapat keuntungan ke atas modal tetapi melindungi nilai aset daripada masalah utama kewangan zaman berzaman iaitu inflasi dan deflasi.
Emas dianggap sebagai logam yang paling berharga dan nilainya digunakan sebagai piawai untuk kebanyakkan matawang dunia. Sejarah menunjukkan bahawa Emas pernah digunakan untuk menyokong matawang dalam sistem yang digelar piawaian Emas dan sehingga kini Emas masih kekal dengan status istimewa dikalangan komoditi lain sebagai stor simpanan nilai.
Emas sering dikaitkan sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi, kedaulatan dan lambang kemewahan kepada individu mahupun negara yang memilikinya. Ianya akan kekal bernilai kerana kesukaran mendapatkannya, kecantikan fizikalnya dan satu fungsi uniknya Emas mengatasi yang lain iaitu emas bertindak sebagai penyimpan nilai terbaik.
Walau bagaimanapun, Emas tidak menjana pendapatan iaitu tiadanya dividen di atas simpanan Emas fizikal. Jujurnya ia sangat tidak sesuai buat individu yang berminat dalam menjana aliran tunai. Melainkan mereka adalah seorang Trader mahupun peniaga Emas itu sendiri.
Harus diingat, dalam apa pun matlamat sebagai penyimpan, pelabur atau peniaga Emas fizikal, kepatuhan shariah dalam urusan muamalat perlu dititik beratkan.
Emas sentiasa berharga hingga kiamat
LikeLike
Benar dan bukan sahaja itu. Ramai yang tidak menyedari bahawa emas adalah anugerah tuhan dari Syurga. Maha Suci Allah dengan sifat Ar-Rahman nya telah mengurniakan logam mulia ini untuk kebaikan sejagat. Namun, apabila minda dan nafsu telah dikuasai, hilangnya keagungan nilai dan riba menjadi ikutan. Akan sampai suatu masa emas dan perak kembali menjadi matawang sebenar. In Shaa Allah
LikeLike