Teknik Menyimpan – Secara Paksa Rela

13423961_447223152068865_3985401943782851119_n

Teknik yang saya gunakan di bawah ini adalah gabungan dari pelbagai teknik menyimpan oleh individu tertentu yang saya anggap ianya sesuatu yang amat berguna buat saya sekeluarga. Terima kasih kepada yang memberikan idea untuk saya merealisasikannya juga berkongsi ‪tips‬ ini kepada anda khususnya:

Simpan Wang Syiling — Merupakan simpanan paling minima dalam sehari. Sediakan balang khas bagi tujuan ini

Simpan Sang Hijau — Setiap kali pulang ke rumah, apabila adanya Sang Hijau (RM5‬) dalam dompet, simpan ia ke dalam tabung khas

Simpan Sang Oren — Andai berkemampuan, setiap kali membawa pulang Sang Oren (RM20‬), masukkan ia juga ke dalam tabung khas

Simpan 30% Wang Gajian 

  • 10% — Wang Kecemasan
  • 10% — Wang Simpanan (Tabung Haji, ASB dan seumpamanya)
  • 10% — Logam Mulia Emas dan Perak

Hanya gunakan 70% untuk keperluan bulanan dan habiskan jika mahu tetapi, usahakan hidup sederhana mungkin.

Bersedekah Setiap Hari — Ianya juga merupakan simpanan dan bekalan diri sebelum mengadap Sang Pencipta. Mulakan menabung Saham Akhirat secepatnya sebelum mulut berhenti berbicara manakala mata tertutup buat selama-lamanya

Aliran Wang Orang Kaya – Dapat duit, simpan dan baru belanja

Aliran Wang Orang Miskin – Dapat duit, belanja

Benar, biarpun menyimpan secara berdikit dan konsisten (pastinya secara paksa rela), In Shaa Allah di suatu masa menggunung juga. Apa yang saya gunakan dengan wang ini? Hanya 2 perkara iaitu;

Mengurangkan ‘Hutang Negatif’ dan selebihnya di ubah kepada logam mulia.

Sejarah menunjukkan bahawa wang dicipta untuk dibelanjakan manakala Logam Mulia khusus untuk simpanan serta menyelamatkan harta kekayaan. Mana yang perlu kalian pertahankan ??

Tepuk dada dan tanya selera !

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s