Sebagai penyimpan emas, ada 7 perkara yang harus anda elakkan sebaik mungkin.
Jangan Malas
Sebaik sahaja anda sedar tentang emas,dapatkan info yang berkaitan dengan emas, sejarahnya, perkaitan dengan wang kertas, jenis-jenis emas, produk yang ada di pasaran, dan selainnya. Jangan malas untuk mencari info dan ilmu berkaitan emas yang tidak pernah habis.
Ini akan membantu anda daripada terjebak dengan skim pelaburan emas yang tidak sah oleh syarikat yang menawarkan pembelian saham emas dan sebagainya. Pastikan ketika anda membeli emas anda dapat fizikalnya dan jangan tertipu dengan syarikat yang menjanjikan pelbagai pulangan bulanan kerana mereka telah pun menjual dengan harga yang lebih tinggi dari syarikat emas yang sedia ada. Disebabkan itu mereka boleh memberi anda dividen. Anda harus berhati-hati kerana kebelakangan ini semakin banyak syarikat yang menawarkan pelbagai tawaran yang boleh membuatkan anda rugi.
Anda juga boleh mendapatkan mentor untuk membimbing anda. Saya sendiri masih lagi menimba ilmu tentang EMAS ini melalui mentor jutawan emas saya serta berkongi ilmu melalui Group Teratak Emas secara aktif. Tambah lah ilmu dengan membaca buku atau cari maklumat di internet. Kini segala-galanya di hujung jari.
Jangan Menggunakan Perkhidmatan Ar Rahnu Sebarangan
Ramai yang menyalahgunakan perkhidmatan Ar-Rahnu sejak kebelakangan ini. Peranan Ar-Rahnu ialah memberi pinjaman bercagar kepada yang memerlukan dan bukan kepada mereka yang tamak. Siapakah mereka yang tamak ini ?
Iaitu mereka yang menjual dan membeli menggunakan sistem 35:65 atau 30:70
Contohnya;
Katakan emas 999.9 seberat 50gram berharga RM10k, pembeli hanya sediakan RM3k sahaja kerana bakinya akan dibayar menggunakan hasil pajakan di ar rahnu di mana pemajak akan mendapat RM7k dan menyerahkannya kepada peniaga. Urusan dengan peniaga sudah selesai, dan peniaga tersenyum lebar kerana mendapat untung besar dari hasil jualan emas dengan kaedah ini. Bagaimana pula dengan pembeli ? Keadaan ini menyebbakan pembeli terpaksa membayar pinjaman tersebut beserta kos upah simpan di Ar-Rahnu secara tidak langsung.
Realitinya ramai yang tidak faham tentang sistem ini dan terpengaruh dengan janji manis si penjual tersebut. Akibatnya ramai yang terdesak sehingga terpaksa menjual emas di dalam Ar-Rahnu tersebut dengan harga yang rendah. Lebih parah apabila penjual sengaja memasang perangkap ini agar dapat membeli emas pembeli tersebut yang kini berada di Ar-Rahnu di bawah harga pasaran tatkala pembeli menghubungi penjual untuk mendapatkan bantuan untuk melepaskan diri. Manakan tidak, penjual pasti membeli semula dengan harga terendah dan menjual semua kepada orang lain dengan yang lebih tinggi. Keuntungan berganda mampu di raih atas kesempitan orang lain !
Sistem ini salah di sisi agama dan perlu anda ketahui bahawa Ar-Rahnu bukan perniagaan untuk anda menjana kewangan sewenang-wenangnya.
Contoh seterusnya adalah mereka yang memajak emas mereka untuk menambahkan lagi stok emas atau juga dikenali sebagai REMPIT emas. Teknik ini juga harus anda jauhi kerana jika anda tersilap langkah, ianya pasti memakan diri. Saya sangta nasihatkan agar anda menambah kuantiti emas mengikut kemampuan anda dan bukannya mengikut nafsu atau saranan peniaga emas yang membuta tuli.
Maklumat tambahan berkaitan kaedah memajak emas di Ar-Rahnu boleh anda dapati di link: https://teratakemas.com/2016/02/20/cara-pajak-emas-di-ar-rahnu/
Ilmu itu sangat penting agar Emas tidak terlepas dari hak milik di kemudian hari !
Jangan Jual Emas (Kecuali Keadaan Mendesak)
Jangan jual emas anda tanpa sebab. Ramai yang terkeliru apabila diajar menjual semasa harga tinggi melalui konsep ‘Buy Low, Sell High’ ini. Tanya diri untuk apakah anda membeli emas? Emas adalah aset terunggul yang harus anda pertahankan dan jadikan simpanan jangka masa panjang. Jika harga tinggi sahaja anda hendak jual, maka tidak mustahil tiada apa yang tinggal di tangan anda nanti.
Emas mencapai waktu kemuncaknya pada akhir tahun 2011. Ketika itu ramai penyimpan emas yang mempunyai kuantiti yang banyak berjaya menjadi jutawan segera setelah emas tersebut di jual. Malangnya, ada di antara mereka yang mata tertutup malah memekakkan telinga dari menjana kewangan peribadi dengan giat lagi untuk kehidupan yang lebih sempurna kerana wang hasil jualan banyak di habiskan kepada sesuatu yang sia-sia.
Pastikan apabila sampai waktu, anda hanya wajib menjual emas yang berada di tangan untuk perkara di bawah ini sahaja;
- Rumah
- Hartanah
- Emas dalam bentuk lain (contohnya emas perhiasan)
- Modal bisnes
- Keperluan di waktu terdesak
Secara logik, jika anda menjual emas anda dengan harga tinggi, belum tentu anda mampu membelinya kembali dengan harga anda beli dahulu. Kecuali, jika anda mahir membaca pergerakan harga emas, anda boleh menjual semasa harga tinggi, dan menyimpan wang tersebut sehinggalah harga emas agak turun sedikit dan anda membelinya semula. Namun, faktor Spread / Susut Nilai perlu anda ketahui juga agar keuntungan tetap anda perolehi.
Dengan cara ini juga anda mampu mendapat gram yang lebih sewaktu harga emas semasa jatuh menjunam. Anda memerlukan sedikit kemahiran menganalisis harga emas, tetapi jika anda bukanlah seorang yang suka memantau harga emas dan sibuk dengan aktiviti harian, kaedah ini tidak bersesuaian dengan anda dan saya nasihatkan anda agar menyimpan secara konsisten sahaja. Anda juga boleh menghafal trend pergerakan harga emas semasa dan membuat andaian ketika berlangsungnya sebarang perayaan ataupun konflik antarabangsa yang mampu mengubah harga emas dunia.
Jangan Simpan Wang Kertas
Jangan menyimpan terlalu banyak wang kertas. Sebaliknya simpanlah sedikit untuk keperluan kecemasan dan kegunaan seharian. Emas adalah penyimpan yang terbaik kerana ianya bernilai sepanjang zaman, bertindak sebagai insuran kekayaan juga kalis inflasi. Setiap kali harga emas naik, ianya menunjukkan betapa lemah dan semakin susut nilai wang kertas kita.
Jangan terpedaya dengan bonus, dividen dan pulangan yang ditawarkan sebaliknya buatlah sedikit research akan berapanya peratusan inflasi setiap tahun yang menyebabkan anda mengalami kerugian sebenarnya. Simpanlah emas dalam bentuk fizikal seperti Dinar, Bar dan pelbagaikan pula dengan barangan kemas.
Jangan Terus Menunggu
Jangan terus menunggu harga rendah baru ingin membeli. Orang selalu cakap harga emas mahal dan tidak mampu nak beli.
Ya, memang benar emas itu mahal. Hampir setiap hari orang ramai mengatakan harga emas mahal. Suatu ketika dahulu ketika emas berharga RM16/gram orang mengatakan ianya mahal. Apabila harga meningkat kepada RM38/gram juga dikatakan mahal. Dan kini harganya hampir mencecah RM200/gram sekalipun tetap di anggap mahal. Persoalannya, bila masanya menjadi murah?
Tahukahkah anda bahawa harga emas yang anda anggap mahal pada hari ini menjadi tersangat murah pada masa mendatang?
Jangan terus menunggu. Mulakan bertindak walaupun kemampuan diri terbatas hanya RM100 sebulan sekalipun tetap anda mampu menyimpan emas melalui Public Gold Gold Accumulation Program.
Jangan menafikan
Jangan menafikan tentang Matawang ISLAM iaitu Dinar & Dirham. Kebelakangan ini semakin ramai yg menyokong usaha2 sesetengah pihak yg cuba mengembalikan matawang ISLAM ini. Memang kita tidak mampu kembalikan ia 100% kerana wang kertas masih giat digunakan, tetapi kita boleh mulakannya dengan komuniti kecil kita …. Saya sudah memulakan langkah … Teman2 bila lagi ??
Justeru itu, sokonglah matawang sunnah ini demi memartabatkan kehidupan serta menghapus riba pada masa yang sama. Ketahuilah Bahaya Riba ini sangat berat yang mana ianya merupakan salah satu punca yang mampu membuatkan hilangnya keberkatan dalam kehidupan.
Jangan Pentingkan Diri Sendiri
Setelah anda berjaya menjadi seorang yang celik akan kepentingan emas, janganlah anda hanya berdiam diri serta tidak menyampaikan info yang berguna ini kepada orang lain. Sebarkanlah kepada masyarakat tentang kelebihan logam emas. Bukan sekadar mengikat kekayaan semata-mata tetapi potensinya jauh lebih dari itu.
Benar, mendidik masyarakat mengenai hal ini sangat lah sukar memandangkan pemikiran yang telah lama dijajah akan agungnya wang kertas telah tersemat begitu lama sekali. Namun, dengan pendekatan yang berhemah dalam proses penyampaian mampu membuka pintu hati mereka agar seiring mengecap kehidupan yang sempurna di masa mendatang.
Ketahuilah bahawa perkongsian ilmu secara ikhlas ini adalah sedekah yang menawarkan rezeki berterusan buat dunia dan akhirat. Allahumma Ameen.