Assalam teman-teman Teratak Emas sekalian. Pada kali ini kami kemukakan beberapa pertanyaan umum berkaitan GAP sebagai pengetahuan asas khas buat bakal penyimpan Emas melalui rangkaian Hailmy Wealth Management. Sebarang pertanyaan lebih lanjut berkaitan produk, kami berbesar hati membantu sebaik yang mungkin demi kebaikan bersama.
Apakah itu GAP ?
- GAP merupakan singkatan dari ‘Gold Accumulation Program’ yang mana merupakan salah satu program pengumpulan Emas secara mampu milik oleh setiap pelanggannya
- Produk Emas yang ditawarkan mempunyai pengiktirafan LBMA, berketulenan Au 999.9 24 Karat juga bebas GST
Berapakah modal yang diperlukan untuk menyertai Program GAP ini ?
- Hanya pembelian serendah RM100 atau 1Gram yang mengikuti harga semasa pada setiap jam 12 malam
- Sangat disyorkan akan membeli dalam gandaan per gram agar mematuhi syariah
Bagaimanakah caranya menyertai program GAP ini ?
- Hanya dengan membuat pembelian melalui Dealer yang sah atau di setiap Branch Public Gold yang berdekatan
Bagaimanakah cara mengeluarkan Emas Fizikal dari program GAP ini ?
- Sebelum itu, setiap pelanggan akan dibekalkan dengan PG Code dan MyGAP System untuk melihat statement terkini
- Setelah yakin akan keputusan yang ingin dibuat, para pelanggan perlu menghubungi Branch terdekat dengan menyatakan PG Code anda serta jenis dan kuantiti yang ingin dikeluarkan samada Gold Bar ataupun Dinar
- Pembayaran Premium Fees serendah RM10 dikenakan mengikut jenis, berat dan kuantiti Emas yang ingin dikeluarkan
- Sila bawa salinan kada pengenalan bagi pengeluaran pertama
Bagaimana caranya menjual Emas GAP Public Gold ?
- Ianya sangat telus dan mudah di hujung jari pada bila-bila masa 24 jam sehari seantaro dunia asalkan anda mempunyai talian internet
- Hanya melalui Portal MyGAP Buy Back, pelanggan perlu mengisi maklumat jualan balik melalui format yang sangat mudah
- Para pelanggan juga boleh berurusan di Branch terdekat seluruh negara bagi tujuan ini
- Wang akan di bank in ke dalam account pelanggan dan mengambil masa sehari waktu bekerja
- Pelanggan harus menyatakan no account serta bukti pemilikan yang sah bagi tujuan ini
Adakah caj penyimpanan dikenakan dalam program GAP ?
- Tidak dan ianya PERCUMA
- Harus diingat bahawa baki minimum 1Gram wajib ada di dalam balance statement anda
Bila tarikh luput Akaun program GAP ?
- Tiada tarikh luput dan ianya adalah simpanan Emas sepanjang hayat
Siapa yang boleh menyertai program GAP ?
- Sesiapa sahaja walaupun bukan Warganegara Malaysia asalkan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah serta berumur 18 tahun ke atas (individu)
Bolehkan anak-anak di bawah umur 18 tahun menyertai program GAP ?
- Boleh dan sangat digalakkan
- Bagi kes ini, ibu bapa atau penjaga yang sah bersama anak-anak ini membuka akaun bersama / joint account yang mana segala urusan jual / beli diuruskan oleh ibu bapa atau penjaga sehinggalah mereka ini berusia 18 tahun
Adakah pemilik akaun GAP dibekalkan dengan buku simpanan ?
- Tidak
- Urusan pembelian / jualan GAP dibuat secara online yang mana pemiliknya hanya melihat sebarang penyata transaksi melalui MyGAP portal
Bagaimana sekiranya pemilik akaun GAP ini meninggal dunia ?
- Pewaris pemilik akaun GAP hanya boleh menuntut Emas di dalam akaun GAP dengan menyertakan dokumen sijil kematian, wasiat, surat mahkamah serta dokumen berkaitan yang disahkan
Apakah kelebihan membeli Emas melalui GAP ini ?
- Membeli dengan harga mampu milik serendah RM100 atau 1Gram
- Emas yang dibeli disimpankan oleh pihak Public Gold secara percuma serta dijamin keselamatannya
- Harga yang lebih murah berbanding retails price bagi produk 1/2dinar dan 5gram ke bawah
- Dengan membeli dan menyimpan secara konsisten mampu untuk para pelanggan mengeluarkan produk Emas dengan berat yang lebih tinggi demi mengurangkan spread
Apakah caj Gold Premium ?
- Ia merupakan caj tambahan yang dikenakan ke atas semua belian Emas Fizikal Public Gold yang merangkumi kos pengangkutan Emas kami yang dihasilkan di Turki (bertaraf LBMA)
- Caj yang dikenakan sangat minimum bermula dari RM10 sehingga RM250 untuk Semenanjung Malaysia dan dari RM15 sehingga RM500 untuk Malaysia Timur mengikut berat dan kepingan Emas yang dikeluarkan
- Maklumat lanjut berkaitan Gold Premium ini boleh anda dapati di link: https://teratakemas.com/2016/06/30/public-gold-premium-fees/
Paling utama, hilangkan sebarang keraguan dan mulakan langkah pertama menyimpan Emas demi future financial freedom. Biarpun kemampuan hanya sekadar cuma namun, ianya pasti menggunung jua akhirnya sekiranya terus konsisten berusaha memiliki logam mulia ini tanpa henti.
5 thoughts on “FAQ – Public Gold GAP”