Hasrat Terima Pulangan Pembelian Emas Lebur

image

JOHOR BAHRU – Hasrat seorang kakitangan swasta menerima pulangan daripada pembelian emas dilakukannya tahun lalu tidak kesampaian, malah terpaksa berdepan kerugian ratusan ribu ringgit dan tiga pinjaman bank.

Mohd Nazri Bachok, 30, berkata, dia membeli emas tersebut dari sebuah syarikat di Kulai, Johor, tetapi malangnya semua emas itu langsung tidak kelihatan dan individu terlibat dalam urusan jual beli berkenaan turut lesap.

Mohd Nazri yang kini menetap di Sabah berkata, syarikat itu pada mulanya menjanjikan pelbagai kebaikan  jual beli tersebut tetapi mula berdolak-dalih selepas dia membayar sepenuhnya harga ditetapkan.

“Pada mulanya saya diperkenalkan kepada syarikat terbait daripada salah seorang ahli keluarga menetap di Johor pada 2012.

“Bagi memastikan lagi perniagaan tersebut, saya turut ambil keputusan pergi sendiri ke premis perniagaan syarikat terbabit dan bertemu pemiliknya.

“Pemiliknya menunjukkan beberapa kepingan emas yang dimaklumkan milik semua pembeli yang belum diserah, malah turut menunjukkan kepada saya testimoni pelanggan yang telah berurus niaga dengannya,” katanya, kelmarin.

Mohd Nazri berkata, dia tidak memberikan sebarang kata putus pada pertemuan tersebut kerana mahu meminta pendapat isterinya yang berada di Sabah.

“Saya kemudian bersetuju beli emas tersebut kerana  syarikat berkenaan menawarkan operasi jual beli, yang didakwa tidak menyalahi undang-undang,” katanya.

Katanya, bagi membolehkan dirinya mendapat modal cukup untuk membiayai pembelian emas tersebut, dia membuat tiga pinjaman bank.

“Saya turut menambah sedikit duit simpanan yang sudah saya kumpul sejak beberapa tahun ini.

“Saya buat tiga kali pembayaran dalam tempoh lapan hari, bermula 21 hingga 29 Januari tahun lalu,  keseluruhannya RM127,000 ke akaun syarikat berkenaan,” katanya.

Ujarnya, pada permulaannya urus niaga sesama mereka berjalan lancar, malah turut menerima pulangan sebanyak tiga kali berjumlah RM14,400 yang dimasukkan menerusi akaunnya.

“Kemudian setelah beberapa hari, syarikat terbabit minta saya pulangkan resit pembelian emas tersebut atas sebab nak beri resit baharu, tetapi saya mempersoalkan perkara tersebut.

“Akhirnya saya diberitahu, pemilik syarikat tersebut mendakwa wang miliknya dilarikan individu lain dan berjanji memulangkannya,” katanya.

Selepas mulai curiga, Mohd Nazri berkata, dia terus mendesak pemilik syarikat itu membayarnya tetapi dimaklumkan urusan jual beli emas itu adalah satu bentuk pelaburan dan wang saya dianggap ‘hangus’ .

“Menyedari syarikat ini menipu dan ingin melarikan diri tanpa ganti rugi, saya telah buat laporan polis dan mengadu kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) sebagai langkah untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas syarikat terbabit.

“Saya juga turut melakukan siasatan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mendapatkan maklumat syarikat berkenaan dan ternyata jenis perniagaan dilakukan adalah jual beli emas bukannya pelaburan,” katanya.

Sumber dari Sinar Harian: http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/hasrat-terima-pulangan-pembelian-emas-lebur-1.505309

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s