Ramai sahabat handai yang bertanya kepada saya apakah kelebihan menyimpan Silver Public Gold ini ?? Dan tak dilupakan juga ada yang masih ragu kerana sejak dahulu pemikiran masyarakat kita hanya disogokkan dengan keupayaan Emas yang mampu menghasilkan keuntungan yang tinggi.
Bagi saya, sesiapa yang ingin melabur dalam Silver, bakal Pelabur itu harus bermula dengan simpanan Emas dahulu kerana Ilmu Silver berlainan dari Emas.
Sebagai pengetahuan anda, Silver lebih sesuai dijadikan simpanan untuk suatu tempoh yang benar-benar panjang … !!
Mungkin perasaan keraguan menebal dalam diri anda. Tidak mengapa, dan saya akui kerana sebagai pembeli kita mempunyai hak untuk membuat sebarang penilaian sebelum pembayaran dilakukan. Apa yang perlu anda lakukan adalah membuat sedikit Research melalui pelbagai sumber Ilmu yang kini hanya mampu dicapai dihujung jari.
Di bawah ini saya senaraikan kelebihannya supaya anda faham dan hayatinya sebaik yang mungkin.
=======================================
Pergerakan Harga Lebih Agresif
Dari sudut pergerakan harga, apabila harga Emas meningkat, Silver juga akan meningkat antara 2 ~ 3 kali ganda lebih banyak daripada emas. Kadar Volatility nya 1.6 kali ganda berbanding Emas. Namun, apabila harga menurun, kondisinya juga sama.
Sekitar tahun 2010 ~ 2011, harga Emas naik sehingga 35%, tetapi Silver meningkat sebanyak 100%. Bayangkan terdapat banyaknya pembeli dalam keadaan terdesak ketika itu. Setelah waktu harga Emas menurun 30%, Silver juga menjunam dengan drastic sehingga 60% mengakibatkan ramai pembeli sewaktu harga meningkat ketika itu mengalami kerugian yang besar.
Tahukah anda bahawa harga Silver masih di paras terendah ketika ini ?? Ayuh buat pembelian sekarang … !!
Potensi Untung Lebih Besar
Dari sudut potensi kenaikan, Pakar Precious Metal meramalkan Silver akan jadi ‘Gold in Future’. Maksudnya, peratusan kenaikan dia akan jauh menandingi Emas pada masa hadapan. Ini disebabkan:
(a) Lombong Berkurangan, Demand Meningkat
Silver diperlukan untuk industri, sedangkan pengeluaran Silver dari lombong semakin berkurangan berbanding perkembangan sebenar industri. Ia jadi semakin berkurangan disebabkan Silver terpakai biasanya terbuang (dalam alat elektronik) tanpa di recycle kerana kos untuk extract balik tidak berbaloi berbanding Emas.
(b) Harga Sekarang ‘Undervalue’
Harga silver sekarang ni terlalu murah. Kalau tengok dari sudut nisbah Emas vs Silver, sekarang ni sekitar 1 : 75. Maksudnya dengan harga 1 kilogram Emas anda boleh membeli 75 kilogram Silver. Nisbah ini dijangka akan berubah kepada 1 : 16
Tak Mudah Dijual dan Pajak
Silver lebih rendah kecairan berbanding Emas. Maksudnya, apabila kita menjual, tidak banyak tempat sanggup membeli Silver kecuali pengeluarnya sendiri. Berbanding Emas, kita boleh jual di mana-mana kedai Emas seluruh dunia pada bila-bila masa.
Silver juga tidak boleh kita pajak di ArRahnu sebagaimana Emas. Setakat ni, cuma Ar-Rahnu Koperasi Dagangan Emas (KDE) yang menerima pajakan Silver dan hanya terhad kepada Silver keluaran Public Gold sahaja. Margin pinjaman juga rendah, cuma 50% sahaja berbanding Emas 65% – 75%.
Kesimpulannya, Silver tidak mudah kita rolling seperti Emas. Hanya sekadar beli, simpan dan jual ketika harga meningkat yang pastinya mengambil waktu yang lama
Ruang Penyimpanan Lebih Besar
Dengan harga jualan yang murah pastinya pembelian yang lebih oleh para Pelabur dan apabila pembelian banyak pastinya berat Silver yang kita dapat juga meningkat. Sehingga tulisan ini di tulis (20th Aug 2017), harga 1 kilo Silver sekitar RM2,850 sahaja. Dari sudut penyimpanan agak susah berbanding Emas kerana ianya memerlukan ruang yang besar juga tidak berbaloi jika kita menyewa Safe Deposit Box hanya untuk menyimpan Silver ini.
Maka dengan itu, saya sangat menggalakkan anda membeli Silver melalui Public Gold Silver Accumulation Program (SAP) yang mana pihak kami menyimpannya secara percuma dan anda boleh mengeluarkan fizikal malah menjualnya pada bila-bila masa mengikut keperluan anda.
Susut Nilai Lebih Tinggi
Susut nilai Silver sangat tinggi jika dibandingkan dengan Emas. Contohnya, Silver Bar untuk 1 kg keluaran Public Gold susut nilainya 12%. Kalau coin 10 dirham, susut nilai 16%. Ia memang tinggi tetapi sekiranya harga Silver meningkat tinggi, ianya pasti sangat berbaloi.
Dan jangan terkejut, Silver jenama lain yang dijual di pasaran Malaysia susut nilainya jauh lebih tinggi. Ia boleh cecah 40% … !!
Maka dengan itu saya amat menyarankan anda yang ingin melabur di dalam Silver membeli produk keluaran kami kerana Public Gold adalah pengeluar Emas dan Perak TERBESAR di Malaysia, mempunyai susut nilai yang sangat kecil malah semua produk kami juga mempunyai pengiktirafan LBMA (termasuk Dirham).
Bagaimana dengan Anda ? Ingin memulakan langkah menyimpan Silver ??
Saya sendiri secara peribadi juga menyimpan Silver. Bagi anda yang baru ingin bermula, saya syorkan menyimpan Emas terlebih dulu. Sekiranya ada wang lebihan barulah membuat keputusan pembelian Silver ini.
Dari sudut nisbah simpanan Emas dan Silver, Saya menyimpan 70% Emas dan 30% Silver. Dan jika harga Sillver meningkat, 30% simpanan Silver itu In Shaa Allah mampu memintas kenaikan harga Emas semasa.