Teknik Mengira Premium Over Spot Price

Ingin sekali saya kongsikan satu Ilmu terbaik bagi mengenalpasti adakah sesebuah pengeluar / syarikat itu memberikan keuntungan lebih kepada pembeli atau sebaliknya. Kaedah ini boleh kalian gunakan sewaktu membandingkan harga Emas semasa sebelum wang bertukar tangan. In Shaa Allah

Sebelum itu, apakah yang dinamakan Gold Spot Price ??

Ia merupakan harga Emas yang diniagakan dalam pasaran Emas dunia pada waktu terkini yang mana ianya adalah berbeza dengan harga kontrak masa hadapan (Gold Futures Prices) dan ia juga sentiasa berubah setiap saat.

Amda boleh perhatikan perubahan Gold Spot Price secara “Live” melalui carta harga Emas dunia di Laman Web:http://www.kitco.com/charts/livegold.html

Dan sekiranya Anda ingin juga melihat Gold Spot Price dalam nilai matawang Ringgit Malaysia, silalah ke Laman Web: Goldprice.orghttp://goldprice.org/gold-price-malaysia.html

Premium Over Spot Price

Buat anda yang mahu membeli Emas buat kali pertama, pasti anda akan tertanya-tanya bagaimanakah caranya untuk membeli Emas Fizikal pada harga Gold Spot ??

Dalam realiti secara jujurnya, Emas Fizikal yang dijual oleh syarikat mahupun di kedai emas tidak mungkin dapat dibeli pada harga current Gold Spot oleh kerana harga jualan semsanya pasti melebihi kadar tersebut.

Lebihan harga inilah yang disebut sebagai “Premium Over Spot Price” … !!

Setiap Pengeluar Emas menanggung harga kos pengeluaran dan kos-kos lain yang berbeza-beza melibatkan minting, penyimpanan, pengangkutan, insurans, gaji staf syarikat, sewa premis dan sebagainya yang mana mempengaruhi harga jualan Emas secara todak langsung.

Oleh itu, mohon anda jangan sesekali bingung melihat harga yang ditawarkan berbeza dari setiap pengeluar walaupun Gold Spot Price adalah sama.

Kaedah Pengiraan Premium Over Spot Price

Premium di sini bermaksud perbezaan di antara Gold Spot Price dan harga jualan Emas oleh pengeluar yang biasanya dikira dalam bentuk peratusan.

⚠ Formula pengiraan adalah seperti yang tertera di lampiran

Contoh Pengiraan

Di sini saya menggunakan menggunakan produk Public Gold berdasarkan kepada beberapa maklumat yang diperolehi pada harga semasa tersebut iaitu:

✔ Produk – 10 gram Gold Bar

✔ Harga Jualan Produk Semasa – RM 1682

✔ Harga Jualan 1 gram Semasa – RM 168.20

✔ Harga Gold Spot Semasa – RM 160.48

Maka kiraan Premium Over Spot Price bagi 10 gram Gold Bar Public Gold ketika ini adalah:

[(RM168.20 – RM160.48) / RM160.48] x 100% =4.81%

Kesimpulannya, anda tidak mungkin mampu membeli Emas pada harga Gold Spot namun, bagi memaksimumkan keuntungan pelaburan Emas, gunakanlah pengiraan ini bagi memastikan kalian dapat membeli Emas dengan kadar paling hampir dengan Gold Spot Price semasa dunia.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s