The Lydian Lion Coin

Nilai pertukaran pasaran duit syiling berasaskan daripada nilai sejarah dan/atau nilai Intrinsik bahan-bahan logamnya (umpamanya, Emas atau Perak). Bagaimanapun pada zaman yang serba moden ini, kebanyakan duit syiling diperbuat daripada logam asas dan nilainya sendiri ditarafkan sebagai wang fiat. Ini bermakna, nilai duit syiling diputuskan oleh perintah kerajaan dan bukannya daripada persetujuan orang ramai. Oleh sebab itu, duit … Continue reading The Lydian Lion Coin

SALASILAH BANI JAWI

Book Of Mormon (yang diriwayatkan Nephi), memperihalkan kisah pelarian, pelayaran dan suka-duka pengembaraan Lehi berserta isterinya Sariah, yang membawa bersama mereka anggota keluarga dari anak-anak mereka Laman, Lemuel, Sam dan Nephi (yang masing-masing menikahi wanita puak Bani Ismail) untuk mencari ‘Bumi Bertuah’ (Promised Land) yang dijanjikan Tuhan. Menasseh (Manasye) adalah salah satu dari '10 Puak … Continue reading SALASILAH BANI JAWI

Lagu Rasmi Politeknik Ungku Omar

Politeknik Ungku Omar,Megah Terbina di Lembah Kinta,di Ipoh Bandaraya,Perak Darul Ridzuan. Menjunjung Wawasan Pertiwi,Mendidik Ilmu Teknologi,Membantu Membangun Industri,Negara Berdikari. Menyahut Segala Cabaran,Bina Negara Perusahaan,Walaupun Seribu Halangan,Maju Terus Ke Hadapan. Politeknik Ungku Omar,Mendukung Cita-cita Bangsa,Prinsip Rukun Negara,Menjadi Panduan Kita. Tunjukkan Kepada Dunia,Kita Juga Ada Upaya,Menjadi Bangsa Berjaya,Hidup Bebas Dan Merdeka. Walaupun telah puluhan tahun menjadi Graduan … Continue reading Lagu Rasmi Politeknik Ungku Omar

Profesor Dato’ (Dr.) Ungku Omar Bin Ahmad

Profesor Dato’ (Dr.) Ungku Omar Bin Ahmad dilahirkan di Johor Bahru pada 18 Januari 1931 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Kluang, Segamat Pontian, Tangkak di samping Sekolah Agama sehingga darjah enam. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar sebelum meneruskan pelajaran di Universiti Malaya Singapura dan lulus dengan ijazah Perubatan … Continue reading Profesor Dato’ (Dr.) Ungku Omar Bin Ahmad

Falsafah Amalan Wong Jowo

Setiap insan, pasti mempunyai falsafah tersendiri dan falsafah ini dipegang teguh di dalam perjalanan kehidupan. Saya secara peribadi menyukai falsafah yang baik dan unik dari masyarakat Jawa kerana ianya terkenal dengan makna yang sangat dalam untuk dihayati. Jika diri menyedari, pasti akan kita mampu untuk mendapatkan manfaat yang baik terhadap diri kita. InsyaAllah Antara falsafah … Continue reading Falsafah Amalan Wong Jowo

Konafa – Pastri Unik Dari Timur Tengah

Jika anda ke Timur Tengah terutamanya Arab Saudi rasanya tidak akan lengkap sekiranya anda tidak merasai keenakan manisan unik yang sangat istimewa yang mengandungi krim serta ditaburi kacang pistachio di atasnya! Manisan ini sering di hidangkan sewaktu musim perayaan ataupun di sesebuah majlis khas dan merupakan tradisi sekian lama oleh masyarakat di sini. Pelbagai nama diberi antaranya … Continue reading Konafa – Pastri Unik Dari Timur Tengah

Apa itu Qarin?

Daripada sudut bahasa, qarin bermaksud sesuatu yang menyertai (lihat al-Munjid, ms. 625) manakala dari sudut istilah, qarin bagi manusia ada dua iaitu malaikat dan syaitan. Qarin dalam kalangan malaikat menyuruh manusia melakukan kebaikan dan menggalakkannya. Manakala qarin dalam kalangan syaitan menyuruhnya melakukan kejahatan dan menggalakkannya. (lihat al-Nihayah fi Gharib al-Hadith, 2/447). Wajib bagi orang-orang yang beriman untuk meyakini akan … Continue reading Apa itu Qarin?

Beza Khadam dan Qarin

Anda pasti pernah mendengar tentang Khadam dan Qorin. Sebenarnya apa perbezaan dari semua itu? Khadam diambil dari kata bahasa arab dari kata 'Khodam' yang berarti pelayan atau pembantusamada pembantu lelaki mahupun perempuan. Khadam bagi kalangan paranormal adalah makhluk halus dari jenis jin yang menjadi pembantu manusia. Sementara Qorin adalah teman ghaib dari bangsa jin yang … Continue reading Beza Khadam dan Qarin

Kain Semutar – Seni Warisan Yang Perlu di Banggakan

Semutar ialah kain yang digunakan untuk mengikat/melilit/menutup kepala bagi orang-orang Melayu pantai timur khususnya Melayu kelantan. Kebiasaannya semutar terdiri daripada kain batik lepas , kain tuala dan kain serban. Selain kegunaan untuk melindungi kepala dari panas matahari , mengibas badan ketika berehat dan juga untuk mengelap peluh ianya turut berfungsi sebagai senjata. Pada masa kini … Continue reading Kain Semutar – Seni Warisan Yang Perlu di Banggakan

Mendam Berahi – Kapal Kesultanan Melaka

Mendam Berahi = Lupa Daratan Kerana Cinta Kapal Mendam Berahi adalah sebuah kapal jenis ghali/gholi yang amat berbeza sekali dengan kapal-kapal lain yang sezaman dengannya. Kapal ini jauh lebih besar daripada kapal "Flor De La Mar". Dibina pada Tahun 1453, Kapal Mendam Berahi ini diterajui ataupun diketuai oleh Dato Laksamana Hang Tuah ke manapun ia … Continue reading Mendam Berahi – Kapal Kesultanan Melaka