Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung; "Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang … Continue reading Hikmah Surah Al-Baqarah Ayat 216
Category: Sekadar Renungan
Jangan Sampai Kita Muflis di Akhirat !
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda; "Tahukah kalian siapakah yang disebut dengan orang yang muflis?" Para sahabat menjawab;"Orang yang muflis menurut kami wahai Rasulullah, adalah orang yang tidak punya dirham dan dinar serta harta benda." Baginda bersabda;“Seorang muflis daripada kalangan umatku ialah seorang yang datang pada hari Kiamat dengan pahala solat, puasa … Continue reading Jangan Sampai Kita Muflis di Akhirat !
Bacaan Selawat Mengeluarkan Bauan Harum
Diceritakan oleh Guru Mulia, Al-'Allamah Al-Habib Umar bin Hafidz; "Hampir di setiap waktu ba'da Solat Maghrib ada seorang Ulama besar di Hadramaut selalu berjalan di sebuah daerah. Terdengar dari tiap-tiap rumah, penghuninya membaca Al-Quran, berzikir, membaca ratib dan berselawat. Lantas, dilihatnya dari rumah-rumah tersebut mengeluarkan cahaya namun, cahaya yang lebih terang hingga ke langit adalah … Continue reading Bacaan Selawat Mengeluarkan Bauan Harum
Khalifah Yang di Tunggu
Meriahkanlah taman ini,Dengan lagu yang merdu,Menghiburkan hati penghuni,Taman yang telah lesu. Mereka sangat menginginkan,Kehidupan yang murni,Berilah khabar yang gembira,Pada mereka semua. Akan tibanya seorang pembela,Tidak lama lagi dikurun ini,Menegakkan keadilan merata,Tiada beza antara manusia. Berjihadlah kita sambil menunggu,Berbaris menunggu ketibaannya,Yang sudah pasti akan datang,Tiada siapa yang dapat menghalang. Sebagai mana kedatangan Rasulullah di Madinah,Disambut wajah … Continue reading Khalifah Yang di Tunggu
Tidak Terhenti di Situ
Berapa banyak jalan keluar yang datang sesudah putus harapan,Dan berapa banyak kegembiraan yang datang sesudah berputus asa.Adakalanya jiwa ini mengeluh,Kerana musibah yang menimpa,Walhal, adanya jalan keluar semudah membuka ikatan.Apabila semua jalan terasa buntu,Maka fikirkanlah janji yang ada di dalam 'Alam Nasyrah'. Abu AdamUthmaniah Field - Saudi Arabia
Renungan Bersama – Zakat Emas dan Perak
Salah satu 'Keunikan' sebagai seorang Muslim itu ialah pembayaran Zakat Emas dan Perak. Emas dan Perak adalah logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaatnya kepada manusia dan manusia juga menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan Emas dan Perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang … Continue reading Renungan Bersama – Zakat Emas dan Perak
Bicara Pada Hati
Berbicara pada hati,Hanya Tuhan menjadi saksi,Berbicara pada insan akan mudah tersentuh perasaan,Pelbagai gaya rasa terpacul bertabur di halaman rasa,Ada kata merobek hati, belum pasti pulih kembali,Ada kata menyejuk jiwa tersimpan kemas di dalam dada,Ada kata melecur berdarah tersimbah amarah bertikam telagah,Ada kata menyampai amanah melabur pahala pada tunjangan hidup,Ada kata menyampai dakwah meraih kebajikan sampai … Continue reading Bicara Pada Hati
Tanda Kita di Tipu Syaitan
Sepatutnya semakin kita belajar maka semakin kita; Tawadhu’Terasa diri makin jahilNampak pelbagai kekurangan diri yang perlu diperbaikiCinta pada para ulamaSemangat untuk tambah ibadahHati akan menangis mengenang keadaan ummahKasih dan sayang kepada saudara-saudara kita Namun, jika semakin kita belajar dan kita semakin; Nampak kesalahan orang lainRasa diri kita lebih baikRasa kita sahaja yang betulSukar bersangka baik … Continue reading Tanda Kita di Tipu Syaitan
Al-Quran Sebagai Pelindung di Akhirat
Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung; Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. [Surah Al Baqarah : … Continue reading Al-Quran Sebagai Pelindung di Akhirat
Waspada Ciri Pemimpin Akhir Zaman
Saudaraku Yang Mulia, Dari Tsauban ra bahawa Rasulullah ﷺ bersabda;“Sesungguhnya yang paling aku takuti dari umatku adalah para pemimpin yang sesat. Jika meletakkan pedang pada umatku, ia tidak akan mengangkatnya sampai hari kiamat.” [HR Abu daud dan Ibnu Majah] Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun … Continue reading Waspada Ciri Pemimpin Akhir Zaman
