Hikmah Surah Al-Baqarah Ayat 216

Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung;

“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 216)

Kisah Sekadar Renungan

Alkisah ada seorang petani miskin mempunyai seorang anak lelaki dan seekor kuda betina. Kehidupan mereka sekadar ala kadar sahaja.

Suatu hari, tanpa disedari kuda betina petani itu telah hilang. Maka, orang kampung yang simpati pun pergilah ke rumah petani tersebut. Sudahlah kuda betina seekor, hilang pula.

“Kesian!” kata orang kampung.

Namun, si petani tidak bersedih, sebaliknya berkata; “Yang tidak baik itu tidak semestinya tidak baik! Yang baik itu tidak semestinya baik!”

Tidak lama kemudian, kuda betina yang hilang itu balik semula ke rumah si petani dan didapati ianya telah bunting. Orang kampung datang ke rumah petani itu untuk melihat kuda betina yang bunting itu.

“Tidak disangka, kuda betina itu bunting! Untungnya dia!” kata orang kampung.

Petani itu berkata seperti biasa; “Yang tidak baik itu tidak semestinya tidak baik! Yang baik itu tidak semestinya baik!”

Tidak berapa lama kemudian, si kuda betina yang bunting itu melahirkan seekor kuda jantan. Setiap hari anak lelaki petani itu menghabiskan masa bermain-main dengan anak kuda jantan tersebut.

Tanpa disangka, suatu hari anak petani itu ditendang oleh anak kuda jantan tersebut yang tiba-tiba melenting. Cederalah si anak muda itu dan patah tangannya.

Orang kampung seperti biasa datang berziarah dan berkata; “Kesian! Anak ada seorang, patah tangan pula!”

Si petani miskin itu memberitahu ungkapan yang sama; “Yang tidak baik itu tidak semestinya tidak baik! Yang baik itu tidak semestinya baik!”

Tibalah saatnya kerajaan memerintahkan semua anak muda dalam kampung itu diwajibkan menjalani kerahan tenaga untuk persiapan ke medan perang.

Hanya anak petani miskin tadi yang tidak disuruh berperang, kerana dia masih cedera akibat tangannya yang patah. Ditakdirkan, semua anak muda yang pergi berperang itu, terkorban.

Maka yang tinggal dikampung itu hanyalah anak gadis yang belum berkahwin. Orang kampung datang ke rumah petani tadi mengucapkan tahniah sebab hanya anak lelaki petani miskin itu yang terselamat.

Maka beruntunglah si anak petani itu kerana ramai gadis yang berebut-rebut hendak berkahwin dengannya.

Petani itu lalu berkata; “Dari dulu lagi sudah aku katakan bahawa, yang tidak baik itu tidak semestinya tidak baik dan yang baik itu tidak semestinya baik. Setiap kebaikan dan keburukan yang diuji oleh Allah itu ada hikmah disebaliknya!”

Saudaraku yang bahagia,

Apabila mendapat sesuatu kebaikan, jangan terlalu gembira, tetapi bersyukurlah. Begitu juga jika mendapat sesuatu musibah atau keburukan, jangan kecewa atau berputus asa.

Percayalah, ada hikmah disebalik Qada dan Qadar Allah itu. Jangan terlalu cepat melatah apabila diri ditimpa musibah/ujian.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu.”

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s