Pengertian Tasawwuf Pada Ilmu Kesufian

Pengertian ilmu "Tasawwuf" pada syariat adalah akhlak. Sedangkan pada ilmu "Kesufian" hakikat Tasawwuf adalah; Ta (ﺕ )Sa ( ﺱ )Wau ( ﻭ)Fa ( ﻑ) Maksudnya; Ta ( ﺕ) - Daripada kalimat Taubat. Iaitu harus bersih/suci daripada dosa, dengan cara taubat zahir dan taubat batin. Apabila seseorang itu tidak melakukannya dengan sebenar taubat, maka tidak akan … Continue reading Pengertian Tasawwuf Pada Ilmu Kesufian

Kisah Ahli Maksiat Yang Membenci Maksiat, Menyintai Para Soleh Dan Mengharapkan Rahmat Allah

Di kisahkan terdapat seorang lelaki pada zaman Nabi Musa ‘alaihissalam yang telah meninggal dunia. Orang ramai tidak mahu menguruskan jenazahnya kerana kefasikan lelaki ini. Mereka kemudiannya membuang jenazahnya ke sebuah tempat yang kotor dan busuk. Allah Subhanahu Wa Taala kemudiannya memberikan wahyu kepada Nabi Musa ‘alaihissalam; “Wahai Musa, seorang lelaki telah meninggal dunia, tetapi orang-orang … Continue reading Kisah Ahli Maksiat Yang Membenci Maksiat, Menyintai Para Soleh Dan Mengharapkan Rahmat Allah

Al Kisah – Zun Nun Al Misri Dengan Pemuda

Dalam khazanah kisah-kisah Sufi ada diceritakan tentang seorang pemuda yang begitu lantang mencemuh tokoh sufi Zun Nun Al Misri dan tarikatnya. Setelah pemuda itu puas memperlihatkan kebenciannya, Al Misri mencabut cincin dari jarinya dan berkata; "Bawalah cincin ini ke pasar dan gadaikanlah dengan harga satu dinar sahaja" Pemuda itu hairan, namun cincin itu diterimanya jua … Continue reading Al Kisah – Zun Nun Al Misri Dengan Pemuda

Maqam Rasa

Orang yang Alim Billah itu ialah orang yang mengenal Dzat Allah, sifatNya dan asmaNya, serta Afa’alNya. Allah menyertai ilmunya dan mereka amalkan dengan tekun apa yang mereka ketahui tanpa cacat. Mustahil orang yang memusuhi Ilmu Tasawwuf, Sufi dan Tarikat mampu berbicara tentang Sufi dengan adil dan betul, tidak ubah seperti orang yang tidak pernah berkahwin … Continue reading Maqam Rasa

Pesanan Indah Almarhum Mbah Maimoen Zubair

Tokoh Nahdlatul Ulama, Kiai Haji Maimun Zubair, meninggal dunia di saat melakukan rangkaian ibadah Haji pada hari Selasa (6/8/2019) di rumah sakit An Noer Mekkah, Saudi Arabia. Kewafatannya merupakan suatu kehilangan yang begitu besar bagi sebagian besar umat Islam khususnya di bumi Nusantara. Mbah Moen merupakan seorang guru, pembimbing, penuntun, dan ulama yang sangat tinggi … Continue reading Pesanan Indah Almarhum Mbah Maimoen Zubair

Kuasailah Nafsumu !

Kuasailah nafsumu !Jika tidak, maka ia yang akan menguasaimu. Nafsu selalu mengajak kepada kejahatan dalam soal dunia dan akhirat. Jauhilah orang-orang yang menjauhkan kamu dari Allah, seperti kamu menjauhi binatang buas. Berbuatlah sesuatu untuk Allah !Sesungguhnya orang yang berbuat sesuatu untuk Allah itu akan beruntung. Barang siapa yang mencintai Allah, maka Dia akan mencintainya. Dan … Continue reading Kuasailah Nafsumu !

Usir Hawa Nafsu Dari Kalbumu

Nasihat Syeikh Abdul Qadir Al Jilani; “Keluarkan dirimu dari nafsumu dan jauhilah ia! Lepaskan segala kepemilikanmu dan serahkan semua pada Allah. Jadilah gerbang di pintu kalbumu. Patuhilah segala perintahNya untuk memasukkan orang-orang yang memang diperintahkan dan diizinkan masuk. Patuhi pula segala laranganNya untuk mengusir orang-orang yang diperintahkanNya untuk engkau usir. Jauhi dari pintu kalbumu! Jangan … Continue reading Usir Hawa Nafsu Dari Kalbumu

Si ‘Pembaca Kitab’ dan Sufi

Syekh Junaid al-Baghdadi berkata; "Putuskan hubungan dirimu dengan si pembaca kitab, dan bergabunglah dengan orang-orang Sufi !" Syekh Bahauddin Naqshabandi di tanya siapa yang dimaksud ahli kitab dan siapa Sufi? Beliau menjawab;"Si pembaca adalah orang yang sibuk dengan kata-kata dan nama-nama, sedangkan Sufi adalah orang yang sibuk dengan inti dari nama-nama itu." Dan berpesan-pesan lah … Continue reading Si ‘Pembaca Kitab’ dan Sufi

Lirik Dan Makna Lagu Lir Ilir

Pencipta lagu Lir-ilir ini adalah Sunan Kalijaga yang juga merupakan salah seorang dari anggota Walisongo. Alasan menyebarkan dakwah menggunakan medium kesenian setempat dapat membuka hati kepada pendengarnya yang selama ini sudah lama sebati dalam kehidupan mereka. Namun, ianya bukan sekadar lagu tetapi turut mengandungi makna yang sangat dalam apabila kita menghayati sepenuhnya. https://videopress.com/v/M8JYe3Ai?preloadContent=metadata Lagu Lir Ilir … Continue reading Lirik Dan Makna Lagu Lir Ilir

Makna Zikir – Syeikh Ibnu Atha’illah

Menurut Syeikh Ibnu Athaillah, zikir adalah melepaskan diri dari kelalaian dengan selalu menghadirkan kalbu bersama al-Haqq (Allah). Pendapat lain mengatakan bahawa zikir adalah mengulang-ulang nama Allah di dalam hati mahupun melalui lisan. Hal tersebut dilakukan dengan mengingat lafaz jalalah (Allah), sifatNya, hukumNya, perbuatanNya atau suatu tindakan yang serupa. Zikir boleh pula berupa doa, mengingat para … Continue reading Makna Zikir – Syeikh Ibnu Atha’illah