Pengertian Tasawwuf Pada Ilmu Kesufian

Pengertian ilmu “Tasawwuf” pada syariat adalah akhlak. Sedangkan pada ilmu “Kesufian” hakikat Tasawwuf adalah;

  • Ta (ﺕ )
  • Sa ( ﺱ )
  • Wau ( ﻭ)
  • Fa ( ﻑ)

Maksudnya;

Ta ( ﺕ)Daripada kalimat Taubat. Iaitu harus bersih/suci daripada dosa, dengan cara taubat zahir dan taubat batin. Apabila seseorang itu tidak melakukannya dengan sebenar taubat, maka tidak akan didapatkannya hakikat kesucian.

Sa ( ﺱ )Daripada kalimat Saffa (tenang/sejahtera). Adalah orang-orang yang sudah dibersihkan/disucikan hati dan pusat hatinya oleh Allah.

Wau ( ﻭ)Daripada kalimat Wilayah (maqam). Maksudnya ialah suasana kesucian dan keaslian para pencinta Allah dan kekasihNya. Keadaan ini bergantung kepada kesucian batin.

Fa ( ﻑ ) – Daripada kalimat Fana (lenyap diri sendiri dalam ketiadaan). Maksudnya diri yang palsu akan hancur dan hilang apabila sifat-sifat yang suci memasuki seseorang, dan apabila sifat-sifat serta keperibadian yang banyak menghalang tempatnya akan digantikan oleh satu sahaja iaitu sifat KeESAan.

Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebaikan dan kesabaran.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s