Pesan ikhlas dari Along Ateh buat semua ahli keluargaku;EMAS tidak sukar untuk dibeli malah, tiada tarikh luputnya manakala nilai wang kertas yang kita agung kan selama ini ternyata tidak mengekalkan keupayaan kuasa nilai nya. Jika kalian mempunyai wang lebihan walau hanya sekadar mampu sekalipun maka ubah secepatnya menjadi EMAS. Biar berdikit, insya-Allah di suatu masa … Continue reading Pesanan Ikhlas Dari Along Ateh!
Category: Hailyza Abadi
Coretan Dhuha Yang Terindah
Disebalik sesuatu kejayaan mahupun aturan kehidupan, pasti ianya bermula dari dorongan yang kuat samada melalui pengalaman peribadi, kisah inspirasi dari pelbagai manusia hebat, mahupun seseorang berhati mulia yang ingin kita berada di landasan yang tepat demi menggapai kejayaan di masa mendatang.Buat saya secara peribadi,Ayahanda adalah pemangkin kepada kejayaan yang saya kecapi ketika ini atas izin-Nya. … Continue reading Coretan Dhuha Yang Terindah
Lagu Rasmi Politeknik Ungku Omar
Politeknik Ungku Omar,Megah Terbina di Lembah Kinta,di Ipoh Bandaraya,Perak Darul Ridzuan. Menjunjung Wawasan Pertiwi,Mendidik Ilmu Teknologi,Membantu Membangun Industri,Negara Berdikari. Menyahut Segala Cabaran,Bina Negara Perusahaan,Walaupun Seribu Halangan,Maju Terus Ke Hadapan. Politeknik Ungku Omar,Mendukung Cita-cita Bangsa,Prinsip Rukun Negara,Menjadi Panduan Kita. Tunjukkan Kepada Dunia,Kita Juga Ada Upaya,Menjadi Bangsa Berjaya,Hidup Bebas Dan Merdeka. Walaupun telah puluhan tahun menjadi Graduan … Continue reading Lagu Rasmi Politeknik Ungku Omar
Biji Saga
Sepanjang perjalanan menuju Masjid Wilayah Persekutuan Labuan tadi, laluan itu berselerakan dengan biji-biji buah saga yang berguguran. Secara tidak langsung, mengimbau kembali zaman kanak-kanak dahulu di Kuantan, Pahang yang mana permainan traditional ini menjadi salah satu hiburan kami di masa itu. Permainan ini sebetulnya sesuai dimainkan oleh kanak-kanak perempuan. Bagaimanapun ada juga kanak-kanak lelaki yang … Continue reading Biji Saga
Pesanan Buat Anakandaku
Berkata Syeikh Qadir Jailani; "Jangan istiqomah dalam amalan sunat hingga menjadi satu bebanan, akhirnya hati cepat menjadi bosan". Allah Maha Lemah Lembut pada hambaNya, Dia tahu keterbatasan hambaNya, maka jangan pula kita beratkan hal yang tidak diberatkan Allah. Jika istiqomah amalan sunat tiada merasa bebanan silakan, jika terasa bebanan lakukan sekadar kemampuan tanpa perlu istiqomah … Continue reading Pesanan Buat Anakandaku
Bismillah Daku Menyintaimu Srikandiku
Alhamdulillah,MasyaAllah,Syukur pada Mu Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang melanjutkan lagi usia perkahwinan ini agar dapat menikmati kurniaan Mu dan menambahkan amal ibadat kami buat bekalan di sana nanti. Ya Allah,Kami mohon pada Mu,Berkatilah perkahwinan ini, kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal, keturunan yang soleh dan solehah, nikmat kesihatan fizikal … Continue reading Bismillah Daku Menyintaimu Srikandiku
Srikandi Cinta Hatiku
Tidak terasa,Sudah hampir menuju setengah abad usia pinjaman Ilahi ini aku lalui,Waktu yang dilewati sangat indah dengan pelbagai warna,Ada terang benderang, adanya malap mahupun hitam. Pasti, warna-warna kehidupan ini akan berakhir tatkala diri di panggil 'pergi'. Segala Pujian buatmu Ya Allah dengan pujian yang melimpah ruah, agung serta penuh keberkahan buatNya, kerana tidak pernah henti … Continue reading Srikandi Cinta Hatiku
Nukilan Khas Buatmu – Junior Politeknik Ungku Omar, Ipoh (Perak)
Adalah suatu yang membanggakan apabila menjadi 'Duta Kecil' PUO di persada dunia. Harapan menguatkan keyakinan, kesungguhan menggapai puncak menara gading. Bermula sebagai pelajar PUO sessi Jan 1999 di bawah Kejuruteraan Elektronik membuka lembaran meniti kejayaan. Pada mulanya adalah sukar untuk merealisasikan impian kerana saya di bawah aliran Elektrik Kuasa sebelum itu yang pernah menuntut di … Continue reading Nukilan Khas Buatmu – Junior Politeknik Ungku Omar, Ipoh (Perak)
