Saudaraku Yang Mulia,Seorang pemuda berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kuntuman bunga dan kupu-kupu yang indah tetapi sebaliknya Allah SWT memberikannya kaktus dan ulat. Lelaki ini bersedih dan tidak mengerti mengapa pemberian-Nya berbeza dengan apa yang di mohon. Lalu pemuda itu berfikir;“Barangkali Allah SWT terlepas pandang kerana begitu ramai hamba-Nya yang harus diurus”. Setelah sekian … Continue reading Al-‘Aliim – Yang Maha Mengetahui
Author: Muhammad Yuhailmy Jamil (Abu Adam)
Debaran Menanti Titian Sirat
Allahu,Dikhabarkan bahawa Titian Siratul Mustaqim itu sangatlah gelap. Pernah suatu ketika Sahabat bertanya kepada Baginda Rasulullah; "Bagaimana untuk kita melintasinya kerana kegelapan itu?" Baginda Rasulullah menjawab;"Dengan cahaya yang keluar dari anggota kita. Terang atau malap cahaya tersebut, bergantung kepada amalan kita semasa di dunia. Setelah melalui saat-saat mendebarkan ketika berada di Padang Mahsyar, diadili dan … Continue reading Debaran Menanti Titian Sirat
Fakir Miskin
Kenapa kita perlu bersedekah kepada fakir miskin? Ianya adalah kerana;Allah ingin menunjukkan kepada kita bahawa fakir miskin itu sebenarnya adalah diri kita sendiri. Yakni, Fakir dengan ilmu dan Miskin dengan amalan. Apabila kita bersedekah, sebenarnya pemberian itu adalah untuk diri kita sendiri agar dapat membantu kita di akhirat kelak. Wallahu a'lam
Siti Khadijah – Wanita Yang Begitu Istimewa
Dua pertiga (2/3) wilayah Makkah adalah milik Siti Khadijah, isteri pertama Rasulullah SAW. Ia wanita bangsawan yang menyandang kemuliaan dan kelimpahan harta kekayaan. Namun ketika wafat, tidak selembar kafan pun dia miliki. Bahkan baju yang dikenakannya di saat menjelang ajal adalah tersangat usang dengan 83 tampalan. “Fatimah puteriku, aku yakin ajalku segera tiba” Bisik Khadijah … Continue reading Siti Khadijah – Wanita Yang Begitu Istimewa
Wang Gajian Yang Tidak Pernah Mencukupi
Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami. Dia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai orang upahan dengan gaji sebanyak 5 dirham tetapi ianya sentiasa tidak pernah mencukupi untuknya. Lalu Imam Syafie menyuruh lelaki itu untuk menemui majikannya supaya mengurangkan gajinya menjadi 4 dirham. Lelaki itu terkedu dengan saranan yang diberi … Continue reading Wang Gajian Yang Tidak Pernah Mencukupi
Jadual Amalan Kehidupan Seharian
Berdoa, berzikir, dan permohonan sesuatu hajat merupakan amalan mulia yang perlu ada dalam diri setiap muslim. Ketiga-tiga faktor ini dapat merapatkan diri seseorang hamba itu dengan Penciptanya iaitu Allah SWT. Ia juga merupakan pelindung diri serta perawat jiwa bagi setiap umat Islam. Perbuatan ini juga adalah antara cara untuk mengucapkan syukur kepadaNya atas segala kenikmatan … Continue reading Jadual Amalan Kehidupan Seharian
Di Sebalik Ketidaktahuan
Jujur, kita tiada siapa yang tahu segala yang berlaku itu menjadi tercela atau kerugian di kemudian hari. Bahkan, boleh jadi ianya suatu keberuntungan yang membawa kenikmatan hidup. Ketidaktahuan seharusnya membuat kita terus bergerak di dalam lingkaran kebaikan dan menyedarkan bahawa kita adalah seorang hamba yang sangat bergantung kepada-Nya. Saudaraku yang mulia, Nabi Nuh tidak tahu … Continue reading Di Sebalik Ketidaktahuan
Bahtera Penyelamat
Saudaraku yang mulia, Pada hari ini terlalu banyak fitnah yang berlaku sehinggakan amat sukar sekali untuk kita menghadapinya. Baginda Rasulullah SAW bersabda;"Fitnah akan datang umpama kepingan kegelapan malam" [HR Muslim] "Kegelapan Malam" yang disebut di dalam hadith ini adalah gambaran betapa banyaknya fitnah yang menyelubungi umat islam di akhir zaman. Yang menakutkan kita terhadap fitnah … Continue reading Bahtera Penyelamat
Renungan Buat Diriku
Jika saya membeli jam seharga $30 atau $3000, maka saya akan mendapatkan waktu yang sama.Jika saya membeli beg seharga $30 atau $3000, maka tidak akan ada perbezaan apa yang ada di dalamnya.Sama hal nya jika saya punya rumah seluas 300 meter atau 3000 meter, rasanya pun sama saja.Begitu juga ketika saya menaiki kendaraan lalu duduk … Continue reading Renungan Buat Diriku
Kita Tahu – Malangnya Tidak Kita Peduli
Nukilan ini khas sebagai peringatan buat diriku yang maha kerdil lagi tercela. Semoga dirimu sedar akan siapa dirimu, dari mana asal usulmu dan ke mana tujuan sebenar hidupmu setelah itu. Semoga dirimu terus dalam pemeliharaan, rahmat serta kasih dan sayang-Nya. Allahumma Ameen Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah Sunnah, mendapat lebih 27 darjat lebih … Continue reading Kita Tahu – Malangnya Tidak Kita Peduli
