Jika kamu mengumpulkan 100 ekor Semut Hitam dan 100 ekor Semut Merah dan, memasukkannya ke dalam sebuah bekas kaca, pasti tidak akan terjadi apa-apa.
Tetapi, jika kamu mengambil bekas kaca itu lalu menggoncangkannya dengan keras dan biarkan di atas meja, maka semut-semut tersebut akan mulai saling berbunuhan antara satu sama lain.
Ketika itu Semut Merah menganggap Semut Hitam adalah musuh begitu pula Semut Hitam juga percaya bahawa Semut Merah adalah musuhnya. Sebetulnya, musuh yang sebenar adalah orang yang menggoncang bekas kaca itu tadi dan, hal yang sama ini memang berlaku di masyarakat kita.
Sebelum kita mulai berkelahi antara satu sama lain, kita harus bertanya pada diri kita sendiri bahawa;
Siapakah yang menggoncang bekas kaca tersebut?
Sungguh,
Hanya anda yang faham akan keadaan sekeliling mampu merungkai segalanya. Jangan terus terpedaya!