Pesanan Buat Anakandaku

Berkata Syeikh Qadir Jailani; "Jangan istiqomah dalam amalan sunat hingga menjadi satu bebanan, akhirnya hati cepat menjadi bosan". Allah Maha Lemah Lembut pada hambaNya, Dia tahu keterbatasan hambaNya, maka jangan pula kita beratkan hal yang tidak diberatkan Allah. Jika istiqomah amalan sunat tiada merasa bebanan silakan, jika terasa bebanan lakukan sekadar kemampuan tanpa perlu istiqomah … Continue reading Pesanan Buat Anakandaku

Asal Perkataan Sufi

Dari mana asalnya perkataan "SUFI" ? Ibn Khaldun Rahimahullah (1322M - 1406M) menegaskan bahawa pada kurun ke-2 Hijrah dan seterusnya, masyarakat mula cenderung kepada urusan duniawi. Pada masa itu, nama “SUFI” diberikan kepada mereka yang cenderung kepada ibadah. [Rujukan kitab (al-Muqaddimah, 3/76)] Menurut Abu Nasr al-Sarraj Rahimahullah pula istilah SUFI ditemui seawal zaman al-Imam al-Hasan … Continue reading Asal Perkataan Sufi

Malam dan Siang

Malam diciptakan untuk manusia oleh Allah SWT agar manusia boleh beristirehat sedangkan siang diciptakan untuk melakukan aktiviti baik bekerja dan sebagainya. Allah Maha Adil bagi semua makhluk, setiap penciptaan ada hikmahnya. Apakah kita bersyukur terhadap apa yang telah diberikan? Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang Agung; هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ لِتَسْكُنُوا فِيهِ وَالنَّهَارَ … Continue reading Malam dan Siang

Siapakah Yang Kamu Cintai?

Saudaraku Yang Mulia,Jika cinta makhluk yang kita cari, bermakna kita akan terus berharap sepanjang hayat. Maka, mintalah cinta Allah kerana itu yang akan kekal abadi. Berikut ini beberapa tanda Allah mencintai hamba-Nya, semoga kita pernah menemukan tanda-tanda ini; Allah Berikan Kesedaran Beragama "Allah memberikan dunia pada yang Dia cintai dan yang Dia benci . Tetapi … Continue reading Siapakah Yang Kamu Cintai?

Bismillah Daku Menyintaimu Srikandiku

Alhamdulillah,MasyaAllah,Syukur pada Mu Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang melanjutkan lagi usia perkahwinan ini agar dapat menikmati kurniaan Mu dan menambahkan amal ibadat kami buat bekalan di sana nanti. Ya Allah,Kami mohon pada Mu,Berkatilah perkahwinan ini, kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal, keturunan yang soleh dan solehah, nikmat kesihatan fizikal … Continue reading Bismillah Daku Menyintaimu Srikandiku

DINAR – Sebagai Peringatan Buat Diriku

Jika dilihat pada suku kata Dinar; ianya merujuk kepada perkataan DIN dan NAR. AD-DIN bermaksud agama atau cara hidup yang telah ditetapkan oleh Allah SWT yang mencakupi kekuasaan Allah yang mutlak, penyerahan lahir dan batin kepadanya, iman dan amalan di bawah pengawasannya serta ganjaran baik dan buruk. Di dalam dunia ini terdapat banyak agama tetapi … Continue reading DINAR – Sebagai Peringatan Buat Diriku

Kenali Hawa Nafsu

Sifat ADA adalah sebenarnya sifat Allah. Sifat ADA itu ESA, hanya Allah sahaja yang layak bersifat dengan sifat ADA. Selain daripada Allah sebenarnya bersifat dengan sifat tidak ada atau tiada. Untuk memperkenalkan diriNya, Allah telah tajalli atau zahirkan sifat adaNya. Apabila Allah zahirkan sifat adaNya, sifat ada itu tetap menjadi milik Allah juga dan tidak … Continue reading Kenali Hawa Nafsu

Jalan Pencarian Tuhan

Para penguasa / pemimpin / sultan / pemerintah / raja di waktu silam sentiasa merujuk kepada Guru Rohani mereka. Sepertimana Sultan Muhammad al-Fateh yang sentiasa merujuk Sheikh Aaq Syamsuddin, sepertimana Sultan Zainal Abidin III merujuk Tokku Paloh dan ramai lagi. Mereka tidak membuat keputusan terburu-buru sebaliknya akan merujuk dahulu kepada guru rohani mereka. Seorang pemimpin … Continue reading Jalan Pencarian Tuhan

Mengenali Maqam Diri

Pada diri peribadi setiap manusia terdapat 'tempat' yang disebut 'MAQAM DIRI'. Tempat ini sangat penting untuk diketahui dan difahami kerana apabila sebuah maqam tersebut tidak pernah kita kunjungi atau tidak pernah kita perdulikan sama sekali maka bencanalah yang akan melanda diri baik di dunia mahupun di akhirat. Ada waktu, kita menziarahi maqam kuburan mereka yang … Continue reading Mengenali Maqam Diri