Alhamdulillah. Sudah melebihi 3 tahun saya menjadi salah seorang pembimbing emas dan perak yang aktif. Bukan hanya di Malaysia malah turut sama berkongsi ilmu sewaktu diperantauan. Ada masanya saya membuka kelas khusus berkaitan logam mulia ini selepas waktu bertugas di Saudi Arabia. Pasti ianya suatu pengalaman terindah buat saya.
Jujur, ini adalah jihad ilmu saya secara peribadi dan In Shaa Allah tidak akan saya berhenti melakukannya !!
Subhanallah, terlalu banyak pengalaman yang saya dapati sejak menjadi seorang pendidik. Semakin saya gali ilmunya, maka semakin banyak ilmu dan rahsianya yang terbongkar. Tidak juga saya lupa akan perasaan bahagia dan duka malah saya turut merasai pengalaman hiba para pelanggan saya berkenaan kisah lalu yang masih menghantui. Maaf, ianya rahsia dan tidak perlu saya kongsikan di sini kerana ianya bersifat peribadi.
Walaupun ribuan kali berkongsi ilmu, tidak pernah juga saya mendapatkan hal yang sama. Selalu sahaja ianya berbeza. Bagaimana pula dengan empayar emas saya?
Allahu rabbi, demi tuhan sejak awal nawaitu saya adalah mendidik. Alhamdulillah atas rezeki kurniaan-Nya selama diri bekerja di Oil & Gas Industry. Hati saya berkobar untuk terus membuka mata hati manusia agar mereka tahu apakah itu logam mulia dan kepentingannya. Tetap rezeki Allah terus mengalir melalui empayar emas ini walaupun tidak sehebat insan istimewa yang lain. Kepada-Nya jua saya panjatkan setingi-tinggi kesyukuran.
Buat para insan yang sering mengikuti setiap posting saya malah memberikan galakan dan sokongan, anda inilah membuatkan saya terus teruja demi mencapai impian saya.
“Laksana melihat cahaya sebuah berlian yang disorot sinar lampu, maka cahaya yang dipantulkan akan menghasilkan spektrum yang berwarna warni”
Doakan saya agar terus bahagia malah diberikan kekuatan oleh Allah …. 😊
