Apa Itu Sistem Bretton Woods ?
Sistem Bretton Wood merupakan sistem urustadbir matawang antarabangsa yang menetapkan peraturan-peraturan hal ehwal kewangan dan komersil di antara negara-negara industri utama dunia pada pertengahan abad ke-20. Dengan sistem ini setiap negara perlu mempunyai dasar monetari bagi sistem pertukaran nilai mata wang yang ditetapkan yang ditambat dengan nilai emas. Sistem ini adalah contoh pertama rundingan aturan dan seliaan matawang yang bertujuan untuk mentadbir hal-ehwal kewangan di antara negara-negara merdeka.
Di bawah Sistem Bretton Woods, setiap negara hendaklah mewujudkan dasar kewangan yang mengekalkan kadar pertukaran mata wang dalam nilai yang tetap-dengan kelonggaran unjuran tidak melebihi 1 peratus negatif (-1%) atau positif (+1%)- yang ditambat dengan nilai emas dan kemampuan IMF sebagai penyelesaian sementara ketidakseimbangan bayaran. Dalam menghadapi peningkatan kekangan kewangan, sistem ini runtuh pada tahun 1971, selepas Amerika Syarikat secara bersendirian menamatkan kebolehtukaran dolar kepada emas. Tindakan Amerika ini mewujudkan keadaan di mana dolar Amerika Syarikat menjadi satu-satunya mata wang jaminan dan mata wang sandaran untuk negara-negara ahli.
IMF dan Bank Dunia hari ini adalah warisan sistem Bretton Woods yang roboh pada era 1970an.
Bagaimana Ianya Di Wujudkan ?
Sistem Bretton Woods wujud berdasarkan kepada beberapa faktor politik utama antaranya pengalaman bersama yang dikongsi negara-negara dunia dalam Kemelesetan Besar, penumpuan kuasa sebilangan kecil negara (yang diperkuatkan dengan pengecualian sejumlah negara penting kerana perang), dan kewujudan kuasa dominan yang bersedia dan mampu membawa peranan sebagai pemimpin dalam urusan kewangan global.
Dalam persediaan membina semula sistem ekonomi antarabangsa ketika Perang Dunia II masih berlangsung dan memusnahkan peradaban dunia, 730 delegasi dari semua 44 negara sekutu berkumpul di Hotel Mount Washington di Bretton Woods, New Hampshire, Amerika Syarikat, bagi menghadiri Persidangan Monetari dan Kewangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Para delegasi menandatangani Perjanjian Bretton Woods semasa tiga minggu pertama bulan Julai 1944.
Dalam menyiapkan sistem peraturan, institusi, dan prosedur untuk mengawal selia sistem kewangan antarabangsa, para delegasi di Bretton Woods menubuhkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Antarabangsa bagi Pemulihan dan Pembangunan (IBRD), yang sekarang ini merupakan sebahagian daripada Kumpulan Bank Dunia. Pertubuhan-pertubuhan ini mula beroperasi pada tahun 1945 selepas mempunyai negara ahli yang cukup untuk meratifikasi perjanjian.
Di bawah Sistem Bretton Woods, setiap negara perlu mewujudkan satu dasar kewangan yang mengekalkan kadar pertukaran matawang kertasnya yang ditambat kepada dolar Amerika Syarikat.
Dolar Amerika Syarikat pula nilainya ialah pada kadar 35 dolar bersamaan satu auns emas.
Orde Dunia Baru
Rekabentuk sistem Bretton Woods memaksa negara-negara di dunia hanya boleh melaksanakan penukaran emas kepada “matawang utama” iaitu dolar AS. Negara-negara dunia boleh untuk tidak menukar dolar kepada emas, dan sebaliknya hanya menyimpan dollar.
Secara amalinya, bagaimanapun, oleh kerana “matawang rizab” utama ialah dolar AS, ini bermakna matawang negara-negara lain ditambat kepada dolar AS, dan akan membeli atau menjual dolar AS bagi memastikan pasaran tukaran matawang tidak melebihi perbezaan satu peratus dari kadar yang ditetapkan.
Demikian itu, dolar AS mengambil alih peranan yang dimainkan emas di bawah standard emas dalam sistem kewangan antarabangsa. Dengan terciptanya Bretton Woods, dengan Amerika Syarikat menghasilkan separuh dari barangan perusahaan dan separuh dari simpanan emas dan matawang, AS memainkan peranan sebagai pemacu utama ekonomi dunia.
Sepanjang 1950an, Washington mengekalkan defisit pembayaran dalam usaha untuk membiayai pinjaman, bantuan dan askar untuk rejim-rejim sekutu. Bagaimanapun, akibat penglibatan Amerika dalam Perang Vietnam, negara itu mengeluarkan jumlah wang kertas melebihi simpanan emasnya. Oleh itu, pada 15 Ogos 1971, Amerika menceraikan tambatan dolar kepada emas.
Tindakan menceraikan tambatan dolar kepada emas diambil oleh Presiden AS ketika itu, Richard Nixon bagi mengelakkan negara-negara yang menandatangani Perjanjian Bretton Woods daripada menuntut jumlah emas yang setara dengan dolar Amerika Syarikat yang berada dalam rizab mereka kerana jika itu berlaku, Amerika Syarikat tidak akan dapat menunaikan janjinya dan berkemungkinan jatuh muflis.
Akibat daripada tindakan ini, dolar Amerika Syarikat menjadi satu-satunya matawang sandaran dan juga matawang rizab kepada negara-negara yang terlibat dalam perjanjian tersebut.
Risiko Besar Menyimpan Aset Dengan Wang Fiat
Seperti yang kita maklum, wang kertas yang kita pakai hari ini asalnya adalah ‘Voucher’ mewakili Emas. Namun begitu sejak ‘Perjanjian Bretton Wood’ ditamatkan pada tahun 1971 oleh Presiden US pada ketika itu yang bernama Richard Nixon, Wang Fiat tidak lagi bersandarkan kepada Emas.
Oleh itu, sekiranya berlakunya ketidakstabilan ekonomi negara / dunia, penyimpan wang fiat akan mengalami masalah yang sangat besar berkenaan dengan kewangan negaranya.
Ayuh kita imbas kembali semasa ‘Krisis Kewangan’ yang melanda Asia sekitar tahun 1997 ~ 1998. Ringgit Malaysia ketika itu telah jatuh lebih dari 50% hanya dalam tempoh beberapa bulan !
Daripada perbandingan sekitar RM 2.50 untuk USD1 pada asalnya merundum kepada RM4.70 dan ianya sangat menyedihkan.
Tidak di nafikan wang yang kita simpan di dalam bank tempatan itu tetap kekal digitnya tetapi, harus diingat, bahawa kuasa belinya sudah hilang separuh dan sangat menyakitkan. Bayangkan ‘Orang Luar’ mampu membeli kekayaan kita dengan nilai yang rendah ketika itu.
Alhamdulillah, buat penyimpan Emas kekayaan mereka tidak terjejas teruk kerana Emas yang disimpan olehnya meningkat, menyimpan kekayaannya malah kalis inflasi.
Impak dari permasalahan tersebut membuatkan Tun Mahathir sedar dan menyarankan Dinar Emas sebagai alat tukaran dagangan antarabangsa sebelum ini.
Masih ingin terus menunggu ?
Richard nixon senang , habis rosak ekonomi DUNIA !!!!
LikeLike
Tatkala negara dan bank besar dunia mulai menyimpan emas, kita seharusnya mengikuti langkah mereka. Paling tidak, melalui emas kita mampu mempertahankan kekayaan yang di bina untuk generasi mendatang. Tiada siapa yang mampu membantu walaupun permerintah negara sekalipun melainkan diri kita sendiri.
LikeLike