Sekolah Tahfiz Anak Yatim Alkitab (Beranang, Selangor)

Capture.PNG

Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israel (dengan berfirman) “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah solat serta keluarkan zakat” [Al Baqarah 2:83]

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah ? Katakanlah, Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, dan orang-orang terlantar dalam per jalanan. Dan apa jua yang kamu lakukan dari kerja-kerja kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui ( dan membalas dengan sebaik-baiknya). [Al Baqarah 2:215]

Cetusan idea dan daya usaha untuk menubuhkan Sekolah Tahfiz Anak Yatim (STAY ALKITAB) Beranang ini muncul hasil dari motivasi untuk berbakti kepada almarhumah Nenekanda Hajjah Esah Binti Dol (kembali kerahmatullah pada Februari 2008) dan mutakhir almarhumah Bonda Hajjah Hasmah Binti Tahir (kembali kerahmatullah pada 20 Ramadhan1431/30 Ogos 2010) khususnya selain daripada seruan dan tuntutan dari Allah S.W.T. dan anjuran dari baginda Rasulullah S.A.W untuk menyantuni anak-anak yatim dan golongan fakir dan miskin.

Bermula dari sebuah bangunan rumah peninggalan Almarhumah Nenekanda Hajjah Esah dan Almarhumah Bonda Hajjah Hasmah yang diwaqafkan atas nama mereka untuk mengalirkan pahala jariah dalam usaha meraih rahmat Allah untuk yang telah kembali ke rahmatullah dan anak cucu yang tinggal. Turut mewaqafkan bangunan rumah untuk asrama para pelajar ialah keluarga almarhumah Hajjah Khafsah@Burok binti Dol.

Dalam masa yang sama jiran-jiran kepada almarhumah nenek Hajjah Esah iaitu dari kalangan keluarga almarhum Haji Ujang Bin Dol, almarhum Haji Salleh Bin Maskun, almarhumah Hajjah Midah Binti Sha’ari dan almarhumah Mariam Binti Engku Hussein juga berminat dan menyokong usaha-usaha ini. Waris pada kedua-dua keluarga ini juga bersama-sama memberikan rumah kediaman peninggalan ibubapa mereka untuk kegunaan mendirikan Sekolah Tahfiz Anak Yatim ini. Selain itu, inisiatif ini juga adalah untuk memangkin minat kita semua untuk mendalami Al Quran dan menuju kepada
pembentukkan generasi Al Qur’an.

Secara kebetulan Mukim Beranang belum lagi mempunyai Sekolah Tahfiz Anak Yatim yang dijalankan di sini khasnya pada tahun 2010. Potensi ini diisi untuk menyuburkan suasana masyarakat dengan sinar dan aura keberkatan Al Quran yang tiada tolok
bandingnya. Keadaan ini juga akan memberi warna baru dan menyegarkan kehidupan bermasyarakat khususnya di Mukim Beranang ini.

Capture

Matlamat
Membina generasi Qur’ani yang berwawasan dunia dan akhirat serta berketerampilan yang berdaya saing

Motto
Al-Quran amalan kehidupan

Visi
Melahirkan 1 mukim 1 huffaz, 1 kampung 1 huffaz dan akhirnya menuju 1 keluarga 1 huffaz

Misi
Menyediakan aliran pengajian kemahiran menghafal Al-Quran kepada anak-anak yatim miskin secara sepenuh masa dan separuh masa

Capture.PNG

Sasaran
Anak-anak yatim miskin dan asnaf zakat dari kalangan lelaki yang berminat, berakhlak mulia, tiada rekod buruk di sekolah rendah dan bersedia mematuhi disiplin serta peraturan sekolah, dalam dan luar negeri Selangor.

Sistem Pengajian
Menggunakan sistem ala madrasah dan pondok dengan penumpuan kepada hafalan Al Quran dan berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pengajian asas fardu ‘ain dan kifayah seperti Jawi, Bahasa Arab, Tajwid diberi tumpuan pada masa tertentu semasa tempoh pengajian ini dijalankan. Subjek asas akademik seperti Bahasa Inggeris, Asas Komputer turut diajarkan. Pendidikan kemahiran pertanian juga dipraktikkan. Selain itu, pendedahan kepada pendidikan keusahawanan juga diberikan secara berkala.

Pengurusan
Syarikat pengurusan Al Kitab Management yang tidak berorientasikan keuntungan mula beroperasi pada 6 Oktober 2010 dan gerak kerja penubuhan sekolah juga pada tarikh yang sama. Jemaah Pengurusan Sekolah ditubuhkan pada 5 November 2010. Sesi pengajian per tama bermula pada bulan Januari 2011.

Capture
Capture.PNG
Capture.PNG
Capture.PNG
Capture

Sedekah Penyubur Rezeki dan Keberkatan

Buat Anda yang dimuliakan Allah, ayuh bersama saya merealisasikan misi pembangunan anak-anak yatim STAY Alkitab ini. Sumbangan Anda amat bermakna buat mereka. Para dermawan boleh menyampaikan sumbangan wang derma, zakat, dan sedekah melalui pelbagai bentuk yang dihajati.

Pembayaran melalui bank boleh anda laksanakan melalui akaun Sekolah Tahfiz Anak Yatim Alkitab seperti di bawah;

Al Kitab Management (Sedeqah)
Maybank Islamic : 5625 2612 6782 

Sekolah Tahfiz Anak Yatim AlKitab (Wakaf)
Maybank Islamic : 5625 2650 8931

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

SEKOLAH TAHFIZ ANAK YATIM AL KITAB (STAY AL KITAB) 
(Di bawah pengurusan AL KITAB MANAGEMENT) 
Belakang Pejabat Pos Beranang 
Lot 417 Kampung Paya 
43700 Beranang, 
Selangor Darul Ehsan 

Mobile No: 017-672 7584 (Ustaz Asmadi) / 012-290 7895 (Puan Yatie Aziz) 

Email : alkitab.tahfizanakyatim@gmail.com 
Facebook : STAY Alkitab dan Pages STAY Alkitab
Capture.PNG

Kebaikan Bersedekah 

  • Memperkuat Keimanan Dan Mendekatkan Diri kepada Allah SWT 
  • Melahirkan Rasa Syukur 
  • Mendapat Ganjaran Pahala 
  • Mendatangkan Keampunan Allah 
  • Melatih Berfikiran Positif Dan Adil 
  • Bertambah Rezeki Dan Mendapat Keberkatan 
  • Memberi Ketenangan Hati Dan Kebahagiaan 
  • Menyembuhkan Penyakit 
  • Terhindar Dari Sifat Kedekut 
  • Menolak Bala 
  • Memanjangkan Umur 
  • Terhindar Dari Sikap Keduniaan Dan Materialistik 
  • Menjauhkan Diri Dari Sikap Bongkak Dan Sombong

Kesimpulannya, contoh terbaik dalam bersedekah adalah Nabi Muhammad SAW. Baginda seringkali memberikan makanannya kepada golongan miskin sehinggakan Baginda sendiri kerap berlapar. Rasulullah sangat takut jika di rumahnya terdapat hanya sedikit saja harta atau makanan yang belum dibahagikan. Bahkan pakaian Baginda sendiri dari bahan kasar dan berharga paling murah.

Abu Dzar pernah berkisah bahawa suatu hari sewaktu beliau berjalan bersama-sama Rasulullah SAW. Tiba di sebuah tanah lapang di Madinah yang terlihat Bukit Uhud, Rasulullah SAW bersabda;
“Sesungguhnya, harta itu hijau dan manis. Barang siapa mengambilnya dengan kedermawanan hati, maka akan diberkahi; barang siapa mengambilnya dengan keserakahan, maka tidak akan diberkahi. (Jika tidak diberkahi, maka dia) seperti orang yang makan, tapi tidak pernah kenyang. Tangan di atas (memberi) lebih baik daripada tangan di bawah (diberi).” [Hadis Riwayat Muslim] 

Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebaikan dan kesabaran. Semoga anda kaya dan berjaya di dunia dan pastinya di akhirat. Allahumma Ameen

5 thoughts on “Sekolah Tahfiz Anak Yatim Alkitab (Beranang, Selangor)

  1. Alhamdulillah. Hanya Allah sahaja yg dpt membalas usaha murni En Yuhailmy ini. Dari mula mengenali sehingga sekarang tak putus membantu. In Sha Allah kita sama sama berdoa & berusaha semuga kita dapat membina sekolah yg sempurna utk anak anak yatim ini In Sha Allah. ini adalah tanggungjawab kita bersama semua. Aamin

    Liked by 1 person

Leave a reply to stayalkitab Cancel reply